Meeting Batal
Pagi tadi dapat notis mesyuarat yang di minit oleh Boss, Mesyuarat akan berlangsung pada petang jam 3.30. Selepas makan tengah hari dan rehat kejap. siapkan serba sedikit kerja yang masih dalam tangan. Jam 3.10 dengan langkah yang tidak berminat berjalan kaki melalui basement ke Bilik Mesyuarat yang terletak selang beberapa blok dari pejabat. Sampai ke tingkat 6 seperti yang tercatat dalam surat jemputan mesyuarat, didapati suasana yang lengang aje, tiada kelibat urusetia dan Ketua-Ketua Jabatan dan SUB. dengan bantuan staf sokongan di situ bergerak ketingkat 9 tingkat yang menempatkan Pejabat KSU dan KPPM, kerana dijangkakan mungkin mesyuarat berpindah venu. Setelah menghubungi Urusetia mesyuarat, dimaklumkan mesyuarat telah dibatalkan. Pembatalan berkenaan telah dimaklumkan kepada PA Boss, message tersebut tidak dimaklumkan. Ini yang tak gemar ni kerana tidak dimaklumkan pembatalan mesyuarat berkenaan.
Comments