Kereta Lama

Sebahagian model kereta semasa di sekolah rendah, opps! Lupa la pulak nak letakkan gambar Volkswagen (Wak Segan).
Semasa sekolah menengah, ramai guru-guru memiliki kereta seperti ini:
Ini pulak model yang banyak dipakai oleh RAAF (Tentera Udara Australia – dulu kemnya berada di Butterworth). Kereta mereka besar-besar (kiranya adik kereta kebal). Antaranya jenis Holden Kingswood.
Ini pulak panel meter kat dashboard. Luas dan ampuh.
Tidak ketinggalan, Fiat 127, agak baru juga model ini, sekitar hujung tahun 80-an. Aku selalu pandu kereta ini (kereta ofis kepunyaan En. Ahmad Fawzal Mohd Noor) berurusan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hantar kerja-kerja berkaitan rekaletak buku-buku terbitan DBP! Kiranya hampir 20 tahun sudah! Aku anggap model ini gah bergaya macam MyVi yang comel sangat rekabentuknya.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN