Bajet Masih Belum Turun
Setelah masuk bulam keempat, sebanyak 4 tugasan telah selesai dijalankan, dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM 31K++, ini bererti peruntukan yang ada telah dibelanjakan hampir 90%. Tugasan baru tidak dapat dijalankan kerana baki peruntukan untuk tahun 2010 masih belum diturunkan oleh BK walaupuan permohonan secara bersurat telah dibuat. Harapan adalah agar peruntukan diturunkan lebih awal supaya program kerja dapat dilunaskan mengikut perancangan kerana jika peruntukan diterima selepas bulan 6, akan mengganggu kelancaran kerja kerana bulan puasa akan menjelang pada bulan ogos (11 hb). Dalam bulan puasa tugas luar tidak begitu selesa dan suasan menyambut raya juga akan menyumbang kepada ramai pegawai yang bercuti. Keperluan untuk mendapat bajet yang awal tidak dapat dinafikan lagi.
25 April 2010 juga menjadi penting kerana hari itu adalah hari pengundian PRK Hulu Selangor antara Calun PKR dan MICNO. Sepanjang berkempen seolah2 pertandingan antara PKR dengan Parti K******n M******a
Comments