Bercuti Telah Habis
Perjalanan untuk makan angin dan bercuti telah selesai petang tadi apabila sampai balik jam 4.00 ptg. Perjalanan ke Kuantan melalui lebuh raya karak dan lebuh raya pantai timur. Sampai di Swiss Garden, pantai balok jam 5.00 ptg, malamnya makan ikan bakar harga ikan bakar, tomyam campur dan sayur aparagus RM34.oo sahaja. Pagi jam 9.00 bertolak ke Kuala Terengganu, dalam perjalanan jumpa penjual lemang, singgah beli lemang untuk makan alas perut. hampir pukul 12.oo thari sampai kat Pasar Payang, borong keropok dan batik trengganu. Petangnya ke Kampong Losong untuk membeli keropok lekor di Kedai Adik Beradik, seleseai membeli keropok terus ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man untuk bersolat dimasjid Kristal. Hampir Magrib bertolak balik ke Swiss Garden, tersasar jalan terpaksa pusing balik dan sampai kat Hotel dah pukul 11.00 malam. Hari ketiga bertolah balik melalui kuantan, masuk ke Lebuhraya karak dengan kelajuan yang sederhana secara bersantai.
Meter penunjuk kelajuan kereta yang dipandu.........................
Comments