Posts

Showing posts from April, 2010

Panel Temuduga

Image
Panggilan Telefon dari Bahagian Pengurusan HQ, ingin mendapat pengesahan sama ada pada 11 hingga 13 Mei 2010 telah ada program atau tidak. JAN sedang mencari calun untuk menjadi Panel Temuduga untuk jawatan Gred W27. Tapi ketidak pastian telah menjadikan tawaran tersebut terpaksa ditolak, kenapa jadi begitu.....................Bila pula peluang seperti ini akan menjelang lagi................... Adakah hidangan seperti ini akan menjelma lagi,...............................................

Meeting Batal

Pagi tadi dapat notis mesyuarat yang di minit oleh Boss, Mesyuarat akan berlangsung pada petang jam 3.30. Selepas makan tengah hari dan rehat kejap. siapkan serba sedikit kerja yang masih dalam tangan. Jam 3.10 dengan langkah yang tidak berminat berjalan kaki melalui basement ke Bilik Mesyuarat yang terletak selang beberapa blok dari pejabat. Sampai ke tingkat 6 seperti yang tercatat dalam surat jemputan mesyuarat, didapati suasana yang lengang aje, tiada kelibat urusetia dan Ketua-Ketua Jabatan dan SUB. dengan bantuan staf sokongan di situ bergerak ketingkat 9 tingkat yang menempatkan Pejabat KSU dan KPPM, kerana dijangkakan mungkin mesyuarat berpindah venu. Setelah menghubungi Urusetia mesyuarat, dimaklumkan mesyuarat telah dibatalkan. Pembatalan berkenaan telah dimaklumkan kepada PA Boss, message tersebut tidak dimaklumkan. Ini yang tak gemar ni kerana tidak dimaklumkan pembatalan mesyuarat berkenaan.

Kelakar 1 Malaysia

Sekumpulan tiga orang sahabat dari Kuantan melancong ke Afrika, konon untuk mencari hiburan luar biasa sambil meninjau-ninjau peluang berniaga.Ong, Subra dan Mat entah macam mana melanggar peraturan masyarakat di bandar Bodo-Bodo, Afrika, yang masih dikuasi oleh kepala suku kaum keturunan asli bandar itu. Segala wang dan kepunyaan mereka dirampas, dan ketiga-tiga mereka dipenjara pada penjara di tepi jalan terdedah kepada lalu lintas orang, menurut adat tradisi di situ.Mereka hanya diberi minum tanpa makan dua kali sehari supaya jangan mati. Untuk makanterpulang pada belas kasihan yang lalu lalang saja. Penduduk setempat pun ramai yang terpenjara, tetapi pada petak-petak berlainan di sepanjang jalan yang sama.Setelah tiga hari berlangsung mereka menjadi semakin tersiksa lapar, dan hampir tak ada orang yang mahu melemparkan makanan kepada orang yang terpenjara di situ. Mereka bertiga harus berbuat sesuatu untuk mendapat perhatian dan makanan daripada pejalan kaki di luar atau apa-apa pe

Kereta Lama

Sebahagian model kereta semasa di sekolah rendah, opps! Lupa la pulak nak letakkan gambar Volkswagen (Wak Segan). Semasa sekolah menengah, ramai guru-guru memiliki kereta seperti ini: Ini pulak model yang banyak dipakai oleh RAAF (Tentera Udara Australia – dulu kemnya berada di Butterworth). Kereta mereka besar-besar (kiranya adik kereta kebal). Antaranya jenis Holden Kingswood. Ini pulak panel meter kat dashboard. Luas dan ampuh. Tidak ketinggalan, Fiat 127, agak baru juga model ini, sekitar hujung tahun 80-an. Aku selalu pandu kereta ini (kereta ofis kepunyaan En. Ahmad Fawzal Mohd Noor) berurusan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hantar kerja-kerja berkaitan rekaletak buku-buku terbitan DBP! Kiranya hampir 20 tahun sudah! Aku anggap model ini gah bergaya macam MyVi yang comel sangat rekabentuknya.

Tugas Harian

Nampaknya Bajet masih juga tidak turun. Program staf untuk tugasan di Sekitaran PJ telah mula berjalan. Perancangan telah dapat dijalankan mengikut jadual. Satu Team akan bergerak dan dijangka selesai dalam tempoh 2 minggu sahaja.

Panas dan Panas

Cuaca di Putrajaya begitu panas, dengan design rumah yang tidak mesra alam menyebabkan cuaca dalam rumah begitu panas tanpa mengira siang atau malam, sama ada hujan atau tidak. Kerana kepanasan yang keterlaluan menyebabkan pemasangan aircon bukan lagi pilihan tetapi satu kemestian. Setelah membuat survey di beberapa kedai Barangan eletrik yang menjual set aircon. Berdasar jenama Aircon yang dijual, bagi jenama yang tidak popular harha dijual termasuk pemasangan antara harga RM 830 seunit, bagi jenama yang popular seperti York, Sanyo dan panasonic harga melebihi RM900+++,

Laman Seni Putrajaya

Image
Hari Sabtu dan Ahad setiap hujung bulan di Jambatan Putra diadakan Laman Seni Putrajaya. Laman Seni akan meyediakan gerai pameran dan jualan kraftangan dan aktiviti seni seperti seni lukus, seni Arca, seni tekad dan seni ukir. Peniaga2 kecil akan memasarkan barang kraf. Tadi selepas berjoging ditaman Botani, juga ada program jualan pokok2 hiasan dan pameran pokon hiasan. Oleh kerana pokok Anggur yang ditanam menghadapi serangan serangga perosak daun, Minyak pemusnah sera

Tugasan Di Pejabat

Image
Setelah 3 hari bercuti, Pagi ini masuk kepejabat dengan tugasan yang tertunggak telah menanti. Boss pun tak masuk kepejabat. Surat-surat yang masuk terpaksa di teliti dan di minit untuk tindakan KCA/KPP yang mana berkaitan. Laporan yang terakhir belum lagi siap untuk semakan dan seterusnya di kemukakan kepada boss untuk kelulusan oleh Pihak Atasan. Nampaknya KPI yang disediakan tidak dapat dicapai. Pindaan perlu dibuat.

Bercuti Telah Habis

Image
Perjalanan untuk makan angin dan bercuti telah selesai petang tadi apabila sampai balik jam 4.00 ptg. Perjalanan ke Kuantan melalui lebuh raya karak dan lebuh raya pantai timur. Sampai di Swiss Garden, pantai balok jam 5.00 ptg, malamnya makan ikan bakar harga ikan bakar, tomyam campur dan sayur aparagus RM34.oo sahaja. Pagi jam 9.00 bertolak ke Kuala Terengganu, dalam perjalanan jumpa penjual lemang, singgah beli lemang untuk makan alas perut. hampir pukul 12.oo thari sampai kat Pasar Payang, borong keropok dan batik trengganu. Petangnya ke Kampong Losong untuk membeli keropok lekor di Kedai Adik Beradik, seleseai membeli keropok terus ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man untuk bersolat dimasjid Kristal. Hampir Magrib bertolak balik ke Swiss Garden, tersasar jalan terpaksa pusing balik dan sampai kat Hotel dah pukul 11.00 malam. Hari ketiga bertolah balik melalui kuantan, masuk ke Lebuhraya karak dengan kelajuan yang sederhana secara bersantai. Meter penunjuk k

Program Percutian

Program Percutian Dalam Negeri untuk tahun ini ialah Destinasi pilihan ialah Negeri di Pantai Timor ia itu Pahang dan Terengganu. Percutian bermula pada 20 April hingga 22 April. Dah lama pantai timor tidak dilawati. Perjalanan akan bermula pada pagi 20 April melalui Lebuhraya Karak dan memasukki lebuhraya pantai timur dan persinggahan pertama ialah di tempat penginapan ia itu Swiss Garden dan SPA, Pantai Palok, kuantan. Hotel nya tak la begitu gah sangat. tetapi lokasinya ok, kerana terletak ditepi pantai, dan sesuai bagi kaki mandi laut. Hari kedua perjalanan dijangka akan berkunjung ke Terengganu kerana Taman tamadun islam yang menpunyai menuman yang berhubung kait dengan perkembangan islam masa lampau dan masjid kristal belum lagi sampai, Inshaallah akan sampai pada 21 April. Jika internet ok, boleh la up date blog, kalau tak ok, tunggu balik dari percutian la. Tunggu program percutian keluar Negara pula pada 28 mei hingga 18 jun, inshaallah. moga masalah debu gunung berapi di Ic

Kenapa Jadi Begitu

Petang tadi ke Alamanda untuk membeli keperluan hari, sememangnya sebelum pergi shopping mesti mempunyai cash yang mencukupi. setelah memeriksa dompet didapati cash yang ada dah melebihi RM100 dan menjangkakan keperluan yang dibeli tidak akan melebihi amaun tersebut. Entah macam mana sama ada perkara ini berlaku kerana kecuaian atau memang satu pengajaran. Tetapi rupanya dengan Kad ATM bank dah boleh berbelanja tanpa perlu mengeluarkan tunai dari mesin ATM. Itu adalah penyelesaian apabila tunai tidak mecukupi untuk membayar pembelian di supermarket.

Shah Alam

Image
Save Now Perjalanan pagi tadi ke Shah Alam, singgah ke Masjid Sultan Salahuddin terpandang Wisma Masalam yang mencatat rekod kerana Kejatuhan makhluk dari tingkat 14 ke bawah yang membawa maut tetapi tidak membawa kecederaan yang dahsyat kecuali dengan kecederaan yang paling minima. Keajaiban ini menjadi tanda tanya samaada sebenarnya berlaku kejatuhan atau tidak kerana kecederaan yang dialami tidak boleh diterima oleh akal yang waras kecuali oleh orang-orang yang berfikiran kemitot (pinjaman dari bahasa yang digunakan oleh Sasterawan Pak Azizi).

Bajet Masih Belum Turun

Setelah masuk bulam keempat, sebanyak 4 tugasan telah selesai dijalankan, dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM 31K++, ini bererti peruntukan yang ada telah dibelanjakan hampir 90%. Tugasan baru tidak dapat dijalankan kerana baki peruntukan untuk tahun 2010 masih belum diturunkan oleh BK walaupuan permohonan secara bersurat telah dibuat. Harapan adalah agar peruntukan diturunkan lebih awal supaya program kerja dapat dilunaskan mengikut perancangan kerana jika peruntukan diterima selepas bulan 6, akan mengganggu kelancaran kerja kerana bulan puasa akan menjelang pada bulan ogos (11 hb). Dalam bulan puasa tugas luar tidak begitu selesa dan suasan menyambut raya juga akan menyumbang kepada ramai pegawai yang bercuti. Keperluan untuk mendapat bajet yang awal tidak dapat dinafikan lagi. 25 April 2010 juga menjadi penting kerana hari itu adalah hari pengundian PRK Hulu Selangor antara Calun PKR dan MICNO. Sepanjang berkempen seolah2 pertandingan antara PKR dengan Parti K******n M******a

Pertukaran Pegawai

Image
Staf Cawangan Khas, BAD, Ramainya perempuan Ketua Unit Sedang memberi Ucapan Penyampaian Cenderahati oleh KPP(P&P) Cawangan Khas akan kekurangan seorang pegawai lagi kerana Puan Fadzilah akan bertukar ke Jabatan Audit Negara, Cawangan Johor mulai 15 April 2010. Satu Majlis perpisahan telah diadakan sebagai menghargai sumbangan pegawai berkenaan sepanjang bertugas di Cawangan Khas.

Joging

Hari untuk Joging seminggu sekali. Lokasi joging yang menjadi pilihan ialah di Taman Botani dan Taman Putra Perdana. Pilihan kedua-dua lokasi ini kerana terdapat kemudahan trak joging yang elok, keadaan yang berbukit serta mempunyai teduhan yang mengurangkan panas pancaran matahari walaupun menjelang jam 10 pg.

Berkebun

Hujan turun sebelah pagi menyebabkan pokok yang ditanam begitu segar dan perlu dibaja dengan secukupnya. Keadaan tanah yang keras dan berbatu menyebabkan tumbesar pokok2 tidak begitu menggalakan. Tanah top soil perlu di tambah dan pembajaan yang berkala perlu dibuat supaya pokok dan sayuran yang ditanam dapat hidup dengan subur.

Program Ke Trengganu

Dijangka akan bertolak pada pagi 10 April dan balik pada ptg 10 April 2010. Tetapi sambutan amat medukacitakan, hanya 17 penyertaan, dan halangan lain peruntukan untuk minyak telah habis, kutipan dari peserta sebanyak RM30.00 tidak mencukupi menyebabkan program terpaksa dibatalkan

Meeting CAK

Hari ini diadakan mesyuarat CAK, kerana banyak perkara yang perlu disampaikan kerana terdapat arahan yang diberi tidak dipatuhi dan tugasan yang mencapai standard yang ditetapkan. Banyak perkara yang dileterkan supaya halatju CAH lebih jelas dan fokus. Selesai meeting diadakan pula majlis perpisahan staf yang akan bertukar ke Jabatan Audit Negara Cawanngan Johor, balik kampong kerana beliau berasal dari johor.

Pandai Sendiri

Pagi tadi meeting bermula jam 9.00 pg, banyak perkara dibincangkan, Nampak 3S telah menimbulkan impk yang besar dalam suasana sejuk menjadi panas kerana terdapat tugasan yang diberi tidak dilaksanakan tanpa dimaklumkan. Nampaknya, peribahasa berbunyi "Seperti pahat dengan pemukul" terpaksa diamalkan, jika tidak banyak tugasan terpaksa disiapkan disaat akhir, hasilnya hampes la.

Ronda-Ronda ke Market Dengkil

Image
Perjalanan ke Pasar Pekan Dengkil singgah kat Semaian beli tanah organik untuk tanak sayur-sayuran dan juga ulama, Terpandang pokok anggur sedang membesar harga jualan RM40.00, nampak subur juga Benih Cili padi berharga RM3.00 pokok dah berbunga, tak lama lagi tak yah beli cili, Pasar pagi di pekan Dengkil meriah dengan para peniaga yang berniaga pelbagai barang jualan seperti makanan, pakaian basahan dan keperluan dapor Selalunya pagi Ahad akan ke Pasar Awam Dengkil kerana merasai suasana kampong, harga barang tak mahal sangat, terdapat sayur dan ulam-ulam kampong.

Dari Blog: Tukar Tiub

SATU MALAYSIA SENTIASA DITIPU Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi? Apa istimewanya orang Arab? Kata RAKYAT DI DAHULUKAN . ..kah kah kah.. Kenapa ARAB LEBIH DIUTAMAKAN. ..kah kah kah NOTA BANDUNGAN Harga Persona kat Saudi = SR 36,100 Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600 Harga Waja kat Saudi = SR 37,950 1 Saudi Riyal = RM 0.94 Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 Satu Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia ! RM31,126.97 lebih MAHAL!

Para Angur

Image
Kalau membesar seperti ini seronok la juga. Pokok anggur ni terdapat ditapak semaian Dengkil, harga sepokok RM 40.00 Pokok Anggur makin membesar, para untuk memanjat perlu disediakan. Ranting pokok pukul lima yang diletak ditepi jalan menjadi mangsa, 5 batang kayu telah dijadiakan para memanjat seperti gambar. Tapi Daun Anggur pula dah dimakan ulat, ini kena cari racun pula. Pokok ni dibeli dengan harga RM 10.00 sahaja...............................

Banyak Pula Tetamu Hari Ini

Boss tak ada tak masuk pejabat hari ni kerana ada program diluar pejabat. Pejabat telah menerima 2 tetamu. Oleh kerana boss tak ada. Terpaksalah melayan dua tetamu tersebut. Student post graduan peringkat Phd dari UiTM ingin mendapat maklumat bagi menyiapkan pengajian nya yang difokus kepada Internal Audit oleh itu bahan dan maklumat berkenaan IA perlu disediakan untuk rujukan dan semakan beliau. Tetamu kedua ialah Pegawai Kanan dari BTP, KPM. yang lebih menjurus untuk mendapat pandangan dan khidmat nasihat disegi pengurusan dan kawalan kewangan mengikut peraturan kerajaan. Perkara ini perlu diteliti supaya isu yang dibincangkan diputuskan dengan tepat dan mematuhi peraturan yang masih berkuatkuasa.