Dimana Akhbar Berbahasa Melayu.

KERAJAAN akan membuat keputusan muktamad dalam masa terdekat ini mengenai jumlah kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya di negara kita.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh, semalam berkata, sekiranya kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar tol, tiada cara lain yang dipilih kecuali terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.
“Dalam mengatasi isu kadar tol ini, pihak kerajaan menghadapi dilema iaitu sama ada membenarkan kenaikan kadar tol ataupun memberikan pampasan. Itulah dua pilihan yang ada pada kerajaan.
“Dengan erti lain, pengguna jalan perlulah membayar jika ingin menggunakan kemudahan tol ini manakala bagi pihak kerajaan, bebanan hutang tetap akan ditanggung di bawah terma-terma perjanjian yang dipersetujui,” kata Fadillah.
Mengikut perjanjian antara kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi, terdapat lapan lebuh raya telah dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai Januari 2016. 
Sekiranya kerajaan tidak meluluskan kenaikan ini, jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan ialah sebanyak RM593 juta.
Kelapan-lapan lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).
Manakala empat lebuh raya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB). 
Menteri Kerja Raya ini turut menjelaskan, disebabkan keprihatinan kerajaan pusat agar tidak membebankan rakyat, kerajaan melarang sebarang kenaikan kadar tol antara tahun 2008 hingga 2014.
“Bagaimanapun, yang menanggung akibatnya ialah kerajaan.  Jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi ini melebihi RM2.2 bilion sepanjang tempoh enam tahun itu,” kata Fadillah.
Beliau tidak ingin membuat sebarang spekulasi sama ada berlaku kenaikan kadar tol pada lapan lebuh raya ini atau tidak sebabkan rundingan masih dijalankan antara kerajaan dengan semua syarikat konsesi terbabit.
Manakala bagi tahun depan, mengikut perjanjian, terdapat empat lebuh raya lagi dibenarkan menaikkan kadar tol. Keempat-empat lebuh raya ini ialah Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Senai-Desaru Expressway (SDE) dan Eastern Dispersal Link (EDL).   
Sementara itu, difahamkan, kecuali Jambatan Pulau Pinang, semua lebuh raya utama di bawah kendalian Plus (Lebuhraya Utara-Selatan), dibenarkan menaikkan kadar tol mulai Januari 2016. 
Di bawah perjanjian itu juga, mulai tahun 2016, Plus dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali sehingga tahun 31 Disember 2038.
Kali terakhir Plus menaikkan kadar tol ialah pada tahun 2005.
Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 kilometer mula dibuka kepada pengguna jalan mulai tahun 1994 dengan kos pembinaan menelan perbelanjaan sebanyak RM5.9 bilion.
Pada PRU lalu, BN melalui manifestonya berjanji tidak akan meluluskan kenaikan kadar tol dalam tempoh lima tahun, iaitu antara tahun 2013 hingga 2018. 

Kini, rakyat tertunggu-tunggu apakah kerajaan akan berpegang pada janjinya itu untuk melarang sebarang kenaikan kadar tol sehingga tahun 2018.

Kadar tol 8 lebuh raya akan naik?
Posted on Tuesday, June 14 @ 09:00:00 MYT 

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14