dari: SENAPANG SAKTI


Mahathir dijembalangkan, Najib dimalaikatkan-
JUNE 19, 2016
Dari gembira kepada menghina. Itulah perilaku pemenang yang angkuh. Dalam sejarah, semua dictator berlagak demikian keatas orang yang dikalahkan. It’s the victor’s hubris. Bila singa membunuh hyena, ia tidak memakan nya- tapi mutilate body nya.


Saya tidak tahu dengan orang lain, tapi apabila Dr Mahathir diperlakukan oleh lanun Bugis sedemikian, saya juga terasa kesan lukanya.
Saya harap orang Melayu yang menyokong Najib turut bergembira bila Najib menghina Dr Mahathir. Najib sindir Mahathir dan mengata Dr Mahathir seorang pembohong. Rakyat tidak percaya Mahathir. Najib berjanji akan melawan Mahahir sampai Mahathir mati. Dan Najib kata, nampaknya, idi Amin Dada Malaysia lebih popular.
Tapi jangan menghitung ayam dari telur yang belum menetas. Tidak berubah sebetulnya. Najib masih Idi Amin Dada. Masih embezzler-in-chief. Masih Najib 1MDB.
Rakyat terutama nya orang Melayu tentu puas hati melihat Najib memperlakukan seorang tua 91 tahun demikian rupa. Saya harap orang Melayu yang merasai nikmat pemerintahan Mahathir ada ayah yang berumur  80an. Bayangkan Najib dengan angkuh, memperlakukan ayah mereka seperti Najib memperlakukan Mahathir. Hamburan kata2 seperti ini memanglah terduga dari orang yang biasa kata haramjadah dan papa kedana. The man does not understand the concept at all. Orang yang lahir dengan sudu perak dimulutnya.
Mahathir membantu PRK, tapi bukan Mahathir yang bertanding dalam PRK.
Orang tua 91 tahun ini bekas PM selama 22 tahun- yang dahulu nya, rakyat menyembah  jejak kaki nya. Kata orang putih, people worship the ground on which he walks.  Orang Melayu terutama nya, yang meminta-minta, yang tertunduk tunduk, yang terkial kial macam tamby, yang suka dapat barang percuma, teruslah memuja Najib. Ludah lah puas Dr Mahathir. Jangan lupa kahak nya sekali.
Setelah ludah dengan berkahak sekali, tanya lah -Apa sebetulnya yang dicapai oleh Najib dengan hutang dan tanggungan RM50 billion? Wang telah lesap dan najib enggan menjawab pertanyaan wang itu kemana.
Literally- dia boleh kata- you people can fuck off. Dia boss. Jho Low panggil dia boss. Boss telah lulus plan menyapu duit. Boss akan cakap dengan pak arab.
Najib mungkin mahu dijulang atas tandu seperti orang putih menjulang Idi Amin Dada atas tandu.
Bagaimana Najib mahu menjawab sumbangan dan derma atau pengaliran wang dalam akaun peribadinya sebanyak RM4.2 billion? Dia tidak perlu jawab . Nazri Aziz kata- you tak perlu jawab. Beri aje kita orang RM5 million seorang, kita akan memenangkan mana sahaja pilihanraya. Kesetiaaan orang Melayu dan Melayu itu tidak terkenal dengan kecerdikan, boleh sahaja dibeli. Orang Melayu tidak ada sense of justice dan tidak tahu membezakan baik dan jahat.
Kalau najib menggunakan wang untuk menang PRU, mengapa kita mahu heran jika Najib yang serupa karakter fraud nya, juga membeli kemenangan PRK Kuala kangsar dan Sungai Besar?
Cara mendapatkan duit ini dibanggakan dan dimuliakan oleh bangsa Melayu. Selain tidak ada sense of justice, mereka tidak ada values system. Benar sangat apabila seorang penulis blog yang sekarang sudah hilang dari orbit tanpa sebab,menyatakan inilah fatal disease orang Melayu.
Yakni, menghalalkan perbuatan sang penjahat hanya kerana penjahat itu sebangsa, seagama dan melakukan apa yang sang penjahat lakukan demi bangsa agama dan negara. Bahkan mereka anggap, apa najib lakukan, kepada Melayu yang tidak berfikir, menghampiri stature jihad sabilillah. Benar juga kata Zaaba, Melayu ini, muda dan tua, hidup mereka suka bersyahwat dan bercandu dan bermadat.
Dan orang Melayu jenis ini akan merelakan sang penjahat memasuki rumah dan meniduri anak2 perempuan bahkan isteri2 orang Melayu. Masih juga, orang Melayu akan kata, tidak mengapa- demi sebangsa dan seagama dan sesunat. Dia pun Melayu macam kita.
Dahulu, bila membaca kenyataan seperti ini, saya rasa revulsion yang kuat kepada penulis nya, sekarang saya bersedia concede, mungkin ada kebenaran bila melihat majority Melayu berkelakuan seperti ini.
Melayu hipokrit bangsa nya, hipokrit Islam nya. Dalam setting perwatakan Melayu yang hipokrit, fasik dan munafik seperti ini, akta 355 haji Hadi mengambil tempat? Ianya satu lagi komplot menyembunyikan hipokrasi orang Melayu yang beragama Islam.  Hukum agama bukan ornamental tahu ustaz hadi?
Apa najib telah lakukan ialah plunder negara kita dan melelong asset nya. Dia boleh lakukan ini sebab kepada orang Melayu, Najib berhak dan dibenarkan melakukan semua itu, kerana dia sebangsa, seagama, sesunat. Orang bukan Islam tidak bersunat.
Najib telah jual syarikat penjana letrik- edra energy. Beli dengan harga 17 billion, jual 16 billion. Rugi kata untung. Harga pembelian janakuasa itu  pun harga yang diinflasikan- harga asal( RM10 billion tolak hutang diwarisi) ialah suatu harga yang tinggi.
Tapi yang lebih penting ialah asset milik negara sudah tergadai kepada syarikatasing.TNB akan beli letrik dari edra energy pada harga yang akan dinaikkan perlahan lahan tapi pasti.  Untuk kekal tarrif, TNB akan dipaksa absorb perbezaan kos. Ini akan memberi tekanan kepada syarikat TNB.
Najib telah jual tanah sungai besi. Sekali lagi asset kita hilang. Tanah ini dibeli dengan harga murah dan dijual dengan harga mahal kerana 1MDB terpaksa menutup hutang dan tanggungan yang dilakukan oleh Najib.
Tabung haji dipaksa beli tanah dari 1MDB pada harga yang tinggi. Sampai hari ini walaupun Pengerusi Tabung Haji janji akan dapatkan untung RM5 juta, tidak ada orang hendak beli tanah tersebut. Kalau kita melabur RM100 jua untuk mendapatkan pulangan RM5 juta, ini menunjukkan bahwa TH tidak tahu berbisness. Bagaimana kita meletakkan bisnes TH dalam tangan oang yang tidak kompeten?
Najib sebetulnya is a big fraud. Ketika mengambil alih dari Pak Lah al tidori dalam tahun 2009, bukan main lagi Najib mengistiharkan bahawa jaman kerajaan tahu semua, kerajaan besar sudah berakhir. Melalui deklarasi tersebut, Najib memberitahu dunia bahawa dia seorang liberal dan demokratik.
Ianya amat jauh dari kebenaran. Sejak 2009, sampai ke hari ini, Najib menguasai infratsuktur perundangan dan kehakiman. Peguam negara ialah budak upahan nya, menyekat segala tindakan undang2 terhadap nya. Tidak ada hakim yang mahu mengambil kes terhadap nya. Infrastructure perundangan dan kehakiman sudah completely dibetinakan.
Dengan kelulusan NSC- national security council act, Najib ada kapasiti jadi dictator. Belum lagi, tapi ada potesi. Kenapa kita perlukan NSC bill pada sebermulanya?- kita sudah ada cukup undang2 untuk menangani kes2 sekuriti. Jawapan nya, Najib mahu ada alat untuk menyelamatkan dirinya jika keadaan nya tiba. Tidak ada sesiapa yang boleh menyekat. Raja2 Melayu bukan lagi sumber dan tempat mencari perlindungan dari kebuasan pemerintah.
Mula2 nampak liberal. Tapi bila wang mari, semua lagi bertukar. 1MDB sebetulnya bukan nya soverien wealth fund- tapi ia adalah penyedut wang. Wealth sponge sebetulnya. Ianya jadi alat menghimpun hutang dan tanggungan dan ATM peribadi Najib dan geng2 nya.
Najib sebetul nya menipu dan berbohong. Dia mungkin juga terlibat dan ada kaitan dengan pembunuhan. Tapi ustaz2 upahan akan segera mempertahankan Najib sebab tidak ada bukti dari 4 rang saksi.
Yang saya hairan ialah mengapakah orang Melayu tolerate Najib dan bagaimana golongan ugama yang berlandaskan amar makruh nahi mungkar, dan penegak keadilan, yang declare sibghah Allah mewarnai kehidupan harian mereka, sekatil dan tidur dengan Najib?
Mungkin jawapan nya ialah kuasa dan wang. Ustaz2 muda diberi pendedahan mengenai dunia sebenar- lawat dunia, makan di restoren mahal, melancung, tengok belly dancing di Turkey, dan setelah melalui proses ‘pembelajaran’ tersebut, bertukar menjadi ustaz liberal.
Geng Hadi dan melayu lain membiarkan Najib bermain biola sambil  melihat Malaysia hangus terbakar.
Hari ini confirm keangkuhan najib dan konco2 nya. Mahathir, kepada mereka boleh terus komplen sampai dia mati. Najib tetap jadi PM dan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh Mahathir lagi. Jadi pejembalangan Mahathir akan terus dilakukan. PM kita selama 22 tahun itu , nyanyuk, berbohong kepada rakyat, pemfitnah.
Yang bercakap ini ialah Melayu jenis baru- yakin, berkuasa dan ada duit dan mendedahkan poor breeding. Dengan duit beli kesetiaan orang melayu yang menadah tangan minta BR1M, bantuan kebajikan, yang meminta payung, beg sekolah dan bonus tahunan.
Tidak ada pemimpin UMNO hari ini yang menjuarai kepentingan rakyat. Semua sudah di korup dengan wang dan kedudukan dan mungkin wanita. Ertinya, kuasa UMNO tidak lagi diasaskan diatas perjuangan Alif Ba Ta, tapi didirikan diatas kehendak dan keinginan seorang individu.
Germany dalam tahun 1940an, mendapati dirinya dalam situasi yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14