KERAJAAN akan membuat keputusan muktamad dalam masa terdekat ini mengenai jumlah kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya di negara kita. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh, semalam berkata, sekiranya kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar tol, tiada cara lain yang dipilih kecuali terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terbabit. “Dalam mengatasi isu kadar tol ini, pihak kerajaan menghadapi dilema iaitu sama ada membenarkan kenaikan kadar tol ataupun memberikan pampasan. Itulah dua pilihan yang ada pada kerajaan. “Dengan erti lain, pengguna jalan perlulah membayar jika ingin menggunakan kemudahan tol ini manakala bagi pihak kerajaan, bebanan hutang tetap akan ditanggung di bawah terma-terma perjanjian yang dipersetujui,” kata Fadillah. Mengikut perjanjian antara kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi, terdapat lapan lebuh raya telah dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai Januari 2016....