Ronda KL pada 10 Oktober 2016. Merakam gambar dari Masjid Negara dan Pusat Islam. Melihat mercu tanda KL yang tegak sejak kenal KL pada tahun 1980 bermula dari lapor diri sebagai penjawat Awam. Berulang alik dari Hotel Malaya jalan Cecil ke Jalan Cengderasari melalui Bank Pertanian dan Bangunan Daya Bumi yang baru sahaja menjadi Mercu Tanda KL. Di Rakam kembali apabila telah tamat sebagai penjawat Awam mulai 9 Okt 2016
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...













Comments