BACAAN SANTAI dari A Kadir Jasin- Lelong lagi

SUNDAY, OCTOBER 02, 2016


Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?


A Kadir Jasin


CATATAN ini saya tujukan khas kepada Melayu yang menakut-nakutkan Melayu lain mengenai bahaya Cina DAP dan kepada Melayu yang percaya Umno lah satu-satunya penyelamat mereka.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.] 

Saya tergerak menulis rencana ini setelah membaca berita akhbar The Star milik Cina MCA pada 30 September mengenai penutupan Desa Water Park di Taman Desa, Jalan Klang Lama, mulai 1 Oktober. Kalau berminat boleh baca di sini.

Berpandukan apa yang saya tahu mengenai standard penguasaan bahasa Inggeris majoriti orang Melayu, maaf cakaplah kalau saya kata tak ramai yang baca The Star atau mana-mana surat khabar bahasa Inggeris.

Boleh jadi segelintir Melayu yang mempropagandakan ancaman Cina DAP terhadap orang Melayu baca berita di atas. Tapi majoriti Melayu yang percaya propaganda Cina DAP jahat tak baca.

Inti patinya, taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong. Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.

Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun 2011. Satu nama yang sangat tepat kerana tanah Desa Water Park itu sangat bernilai - macam emas – dan sesiapa yang dapat tentu jadi kaya.

Chai Kin Kong tauke Aset Kayamas
Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno.

Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.

Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.

Antara soalan saya:

1. Apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu?

2. Kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak boleh arah Khazanah belanja RM650 juta bangunkan semula kawasan Tugu Negara, apakah dia tak boleh arah, misalnya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beli dan majukan tapak itu?

Ledakan Patriotisme Najib: RM650 juta majukan Taman Tugu Negara
3. Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?

4. Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?

5. Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?

6. Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?

7. Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?

8. Bukankah penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga di situ (yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju merah Umno September tahun lalu? Tapi sekarang syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia.

Melayu Umno marah Duta China lawat Petaling Street
9. Siapakah yang jual murah tanah TUDM Sungai Besi kepada 1MDB guna duit hutang dari Tabung Haji kemudian jual kepada konsortium Cina Malaysia-China negeri China - Cina DAP atau Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno?

10. Apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?

11. Yang mana sudah terbukti bahaya - Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?

12. Siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP)hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion - kerajaan BN atau Cina DAP?

Soal Keutamaan

Bukan sekali-kali tujuan saya menafikan hak usahawan Cina tempatan beli tanah Desa Water Park atau mana-mana aset di negara.

Saya tahu ini bukan kali pertama DBKL jual tanah kepada syarikat Cina. Ia pernah jual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan jadi Pantai Hillpark.

Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.

Tapi ikut laporan The Star, tanah Desa Water Park itu dijual terus kepada Aset Kayamas tanpa sebarang ikatan lagi. Nampak sangat macam nak cari duit cepat.

Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.

Saya tahu Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini. Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana kelemahan urus tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini.

Desa Water Park: Satu lagi tempat lipur manpu lawat hanyut
Sambil itu saya juga nak tanya kepada Melayu yang takut DAP, siapakah yang ambil beratus ribu hektar tanah rizab Melayu untuk pembangunan tapi tak ganti balik – Cina DAP bedebah atau Kerajaan BN pimpinan Umno?

Cuba Melayu yang tak makan dadak tanya, bolehkah Cina DAP yang ada 30 kerusi dalam Parlimen dengan 222 kerusi boleh sendiri-sendiri perintah negara?

Akhir kalam, bagi Melayu yang katut sangat kepada Cina DAP, cuba selidik sikit berkenaan Cina Jho Low, Cina MCA, Cina Gerakan dan Cina PPP.

Wallahuaklam.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN