Selamat Pulang Hj & Hjh dhuyoof al-Rahmaan (Tetamu Allah yang Maha Pengasih).

Ya

TERKENANGKAN ABAH DAN EMAK

Ketika itu hati saya berasa sangat sayu. Terkenangkan arwah abah ketika mengerjakan Haji bersama emak tidak lama dulu. Bagaimanakah keadaan mereka? Apakah ada yang membantu mereka? Semasa abah dan emak mengerjakan Haji, mereka diuji dengan peristiwa himpitan Terowong Muassim di musim Haji 1410

Beberapa ahli rombongan yang bersama abah terlewat bersiap. Ketika itu, ramai yang marah-marah kerana bas mereka terlewat bergerak menuju ke Arafah. Tetapi rupa-rupanya besar hikmah di sebalik kelewatan itu. Rombongan abah dan emak, hanya beberapa ratus meter sebelum memasuki Terowong Muassim. Pertembungan jemaah Haji dari dua arah telah menyebabkan berlakunya himpit menghimpit yang amat dahsyat. Peristiwa 10 Dhulhijjah 1410 itu telah menyebabkan 1426 orang terbunuh, membabitkan 79 jemaah Haji dari Malaysia.

Saya mengurut dada.

Masih terkenang betapa sesaknya dada kami lima beradik menunggu perkembangan emak dan abah di Tanah Suci.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN