Pagi ke ofis dengan plan untuk siapkan slide untuk presentation pada 13 dan 14 Dis. ni kerana lepas solat jumaat nanti ada meeting kat bahagian SM, tengah sedap mengadap PC, Pkl 9.00 pg PA Boss panggil, katanya Boss nak jumpa, masuk mengadap Boss, " Pegi ganti I, ada Meeting pengurusan Tertinggi Kemeneterian kat Aras 11, Chair by KSU, meeting dah start". aduh!!! ini yang paling tidak gemar ni, hari2 meeting, lambat habis pula tu, meeting yang berkesan adalah meeting yang cepat habis kerana cepat buat keputusan, ini meleret2, keputusan tak juga dibuat. Entah lah, Dalam tangan dah ada 2 Fail minit mesyuarat yang perlu hadir pada 15 dan 16 Disember ni.
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...
Comments