Ingatan Jika Melancong ke Negara Luar











UK Trip -Kakak /adik kat London

Saya dan Nushi bergerak pantas menuju ke kaunter imigresen. Urusan masuk sangat mudah. Kami diberikan pas pelancong untuk tinggal di Turki selama 3 bulan maksima.

Selesai mengambil beg, kami termenung seketika di balai ketibaan. Mahu ke mana? Persoalan yang berlegar di kepala. Sebuah negara asing yang serba asing buat kami berdua.

‘Assalamualaikum. Apa khabar?” seorang lelaki Melayu menyapa kami dari belakang.

“Eh, waalaikum al-Salaam. Khabar baik,” Nushi menjawab.

“Kalian dari mana? Kali pertama datang ke Istanbul?” tanya beliau.

“Saya Nushi. Ini Hasrizal. Kami pelajar Malaysia di Jordan. Ini kali pertama kami datang ke Istanbul, obviously!” kata Nushi. Kami ketawa.



“Oh begitu. Saya Zam. Panggil sahaja Abang Zam. Saya orang Singapura. Mengajar Bahasa Inggeris di Arab Saudi. Kalau begitu, jomlah kita bersama. Boleh juga saya pandukan kamu berdua. Bahaya juga kalau terpinga-pinga. Banyak pemangsa yang memerhati,” kata Abang Zam memperkenalkan dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN