Posts

Showing posts from 2009

Good bye dan Welcome

Image
Gambar 1 dan 2 ialah Pejabat Baru kat KPM, Gambar 3 - Pejabat masa bertugas kat KDN, Fail Meeting terakhir masih atas meja belum serah kepada Boss lagi, Boss cuti sampai habis tahun, Tadi adalah hari terakhir kat KDN, tempoh perkhidmatan yang paling singkat dan 6 jam lagi tahun 2010 akan menjelang,

Meeting oh Meeting

Tiap hari ada meeting, kerja yang paling tidak suka. Mungkin kat tempat baru tak banyak kut meeting ni. Sepanjang minggu ini semua pegawai P & P termasuk Boss bercuti hingga habis tahun. Meeting ada tiap-tiap hari, kekadang pagi ada dan petang ada. Terpaksa la hadhir juga walaupun mood kerja dah tak ada kerana 31 Dis 2009 adalah hari terakhir kat KDN. Pagi 31 Dis pun masih ada meeting, tak hadir pun kerana nak siapkan kerja yang masih ada. Nota serah tugas pun hanya serah kat Pegawai Eksekutif aje. kerana pegawai lain masih bercuti hujung tahun dan juga untuk membuat persediaan anak-anak yang akan mula persekolahan tahun 2010.

Perjalanan Lagi

Pukul 3 bertolak

Entah lah...........

BP nampak nya makin naik, entahlah, tak berubah-rubah, malah makin menggila pula jadinya

Ada Juga Pengikut

Fajar 2010 makin hampir menjelang, tapi suasan K*N nampak masih kurang jelas apa yang sebenarnya berlaku, masing-masing membawa cerita sendiri.

My Celcom

Image
31 Disember 2009 akan menjelang tak berapa hari lagi, dah empat bulan berlalu, hanya hari ini baru dapat My Celcom, tapi Good bye KDN

“don’t talk to stranger!”

Bukankah kita diajar supaya “don’t talk to stranger!” Tetapi di Turki lain halnya. Semua orang seperti begitu ramah. Mustahil untuk saya bezakan antara kawan dan lawan, siapa yang menawar persahabatan dan siapa pula yang bakal merompak dan menghulurkan penipuan? Hanya gerak hati sahaja yang menyuluh kami.

Kehadhiran Dihargai

Satu kenyataan yang hanya akan lahir apabila berlakunya kehilangan

Ingatan Jika Melancong ke Negara Luar

Image
UK Trip -Kakak /adik kat London Saya dan Nushi bergerak pantas menuju ke kaunter imigresen. Urusan masuk sangat mudah. Kami diberikan pas pelancong untuk tinggal di Turki selama 3 bulan maksima. Selesai mengambil beg, kami termenung seketika di balai ketibaan. Mahu ke mana? Persoalan yang berlegar di kepala. Sebuah negara asing yang serba asing buat kami berdua. ‘Assalamualaikum. Apa khabar?” seorang lelaki Melayu menyapa kami dari belakang. “Eh, waalaikum al-Salaam. Khabar baik,” Nushi menjawab. “Kalian dari mana? Kali pertama datang ke Istanbul?” tanya beliau. “Saya Nushi. Ini Hasrizal. Kami pelajar Malaysia di Jordan. Ini kali pertama kami datang ke Istanbul, obviously !” kata Nushi. Kami ketawa. “Oh begitu. Saya Zam. Panggil sahaja Abang Zam. Saya orang Singapura. Mengajar Bahasa Inggeris di Arab Saudi. Kalau begitu, jomlah kita bersama. Boleh juga saya pandukan kamu berdua. Bahaya juga kalau terpinga-pinga. Banyak pemangsa yang memerhati,” kata Abang Zam memperkenalkan diriny

Indahnya Kisah Ini dari Blog Saiful Islam

Pengorbanan Seorang Adam Abu Saif | “Assalamualaikum Imam. Saya saudara kamu, Adam”, seorang lelaki Irish menghulurkan tangan kepada saya selepas selesai bersolat Jumaat di masjid. “Wa ‘alaikum al-Salaam. Apa khabar? Awak orang baru di sini?”, saya bertanya kepadanya. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Adam (bukan nama sebenar – penulis), atau nama sebelum Islamnya John. Beliau baru sahaja pulang ke Ireland dari Jordan dan tengah hari ini, kami dipertemukan buat pertama kali. Adam memeluk Islam dua tahun yang lalu. Beliau berasal daripada sebuah bandar di utara Belfast. “Saya ada satu perkara yang ingin saya tanya kepada Imam, bolehkah?”, Adam menyoal saya. “Tentu sahaja. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya. Tanyalah, tiada apa yang perlu dirisaukan.”, saya memberi laluan kepada Adam untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. “Imam pernah tak membaca atau mengkaji tentang seorang tokoh bernama Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah?”, Adam memulakan perb

Sahabat Lama

Alhamdulillah, subhanallah maha suci Allah telah menemukan kembali Saudara seislam yang pertama kali bertemu semasa menunai ibadah Haji tahun 2007, Pertemuan berlaku semasa Ziarah disekitar kota Madinah untuk melihat kesan sejarah sejak zaman Rasulullah, Shahabi telah bermurah hati untuk menjadi pemandu pelancung. Sejak kembali dari Tanah Air tidak lagi bertemu, tapi Maha Suci Allah telah menemukan kembali ukhuwah Islamiah di majlis ilmu, Majlis Muhadharah Perdana Al Allamah Prof. Dr. Yusoff Qaradawi. Akhi Nur telah duduk dikerusi bersebelalah semasa dalam Dewan, setelah bertanya khabar, maka sah lah Shahabi yang mula dikenali di Madinah, bumi penuh barakah, maka persahabatan kembali bertaut, Alhamdulillah, Tabarakallah.

Muhadharah Perdana

Image
Pemandangan dari PICC, Aras 2 Ulama Kontemporary terkini Al-Allamah Prof Dr. Skheikh Yusoff Al Qaradawi telah menyampaikan ceramah di PICC yang bertajuk Kepentingan Jihad dalam Islam. Fadhilatus Syeikh telah mengupas kategori jihad dalam islam dan kepentingannya kepada Islam. Dari intipati Ceramah tersebut, dapat lah dibuat kesimpulan bahawa Jihad amat penting, untuk menegak daulah islam dimuka bumi ini, jika jihad telah dicabut dari diri Umat Islam, maka akan hancur lah Ugama islam dimukabumi ini. Oleh itu musuh-musuh islam sentiasa berusaha agar umat islam akan terhakis sifat dan semangat jihad dalam diri umat islam. Dengan Jihad, musuh islam amat gentar, kerana jihad telah membuatkan umat islam sanggup mati demi menegakkan Ugama Islam.

Hati ini masih Bertanya

Kenapa jadi begini, adakah memang telah diatur, atau semula jadi kerana sebelum ini memang ada percaturan dalam penyusunan oleh tangan-tangan ghaib ynag begitu kuat mengcengkam dan tiada siapa mampu mengganggu gugatnya.

1 Muharram

Tanpa sedari, dah beberapa jam 1 Muaharram 1431!

Kejutan

Walaupun sudah dijangka, tetapi tak le hingga 100%, rupanya itu lah ketentuannya. 4 Januari 2010 akan berpindah ke Kementerian Baru, tempoh perkhidmatan yang paling singkat hanya 4 bulan sahaja. Walaupun perpindahan itu tidak memeritkan tetapi memberi seribu erti. Semua program yang dirancang bagi tahun 2010, hanya tinggal atas kertas sahaja. Hajat hati nak ke tempat yang di Plan tak akan menjadi kenyataan. Program tahun 2010 di Kem. Pelajaran entah macam mana belum lagi diketahui. sama ada lebih bail atau sebaliknya. Alla kul li hal, adalah mengharapkan Destinasi yang dirancang bagi tahun 2010 di Kementerian Dalam Negeri dan program di Kementerian Pelajaran tidak banyak berbeza.

Rupanya 2

Pagi tadi ke ofis untuk siapkan paper yang perlu disiapkan pada ptg kerana pg ada meeting, rupanya ptg pun ada meeting juga, hai boring

Tak Mau Susah, Jangan Susahkan orang lain

Tak mahu susah, jangan susahkan orang lain. NO PAIN, NO GAIN! Mempelajari Islam untuk menjadi pegangan hidup, berbeza dengan mempelajari Islam untuk campur tangan dalam isu-isu umat Islam. Apabila seseorang mendatangi permasalahan Syiah melalui pintu politik, tentu sekali dia akan memulakan langkah dengan kekaguman yang menjulang tinggi terhadap keupayaan Khomeini menumbangkan kezaliman Shah Iran. Tetapi politik tetap politik. Allah SWT mempertimbangkan kesahihan Ubudiyyah hamba-Nya bermula dengan pintu Aqidah dan seterusnya Ibadah, sebelum Siasah. Jika politik hebat, namun Aqidahnya sulit, menumbangkan kezaliman pemimpin yang zalim tiada makna jika gagal menumbangkan kezaliman Syirik yang diistilahkan sebagai sebesar-besar kezaliman oleh al-Quran. Aqidah dahulu, baru ibadah dan siasah. Sama jugalah dengan isu-isu yang lain. Maka jika keliru dengan Islam dan isu-isunya, periksalah kembali, anda sebenarnya berada di dalam kekeliruan ini kerana Islam yang mengelirukan, atau anda s

Up Grade Poss

Tugasan tak kemana juga

Alangkah Indahnya Fikiran ini

Image
Catatan dari; blog SaifulIslam' “Assalamualaikum ustaz. Hai, ustaz berceramah sana sini, tapi semalam nampak macam ada pelamin aje! Apa hal?”, tanya beliau. Tentu sahaja fikiran saya amat terganggu dengan panggilan itu. Hanya tinggal sejengkal sebelum saya masuk ke alam baru. Saya perlukan sepenuh keyakinan diri untuk hari ini, tetapi ada pula ‘panggilan nakal’ seperti itu. Tak supporting sungguh! Saya kuatkan semangat dan fokus kembali kepada apa yang saya boleh kawal. Saya malah isteri, tidak berupaya untuk menentukan sesuatu yang dikongsi bersama dengan keluarga. Maka kami berjanji untuk mengawal dan mempertahankan diri, sebaik yang kami terdaya. Setibanya di rumah pengantin perempuan, dengan iringan kompang, saya melangkah antara debar dan tenang. Saya rasa berdebar kerana terlalu ramai mata yang memerhati dan mereka akan memerhatikan saya duduk di kerusi yang dinamakan pelamin. Namun saya tenang, kerana saya faham apa yang sedang berlaku pada masa itu. Langkah antara debar

Persidangan BAD

Image
Majlis Makan Malam dan Membentangkan Rancangan Tahun 2010 Persidangan BAD KDN dah selesai, 2 Kertas kerja telah dibentangkan. Nampak nya, hasil kerja tidak mengecewakan, hanya terdapat sedikit komen untuk penambahabaikan, dan banyak perkara telah diambil sebagai rujukan pegawai lain. malam kedua dia adakan Majlis Grand Dinner untuk peserta dan keluarga, Sambutan sungguh meriah,

Meeting oh Meeting

Pagi ke ofis dengan plan untuk siapkan slide untuk presentation pada 13 dan 14 Dis. ni kerana lepas solat jumaat nanti ada meeting kat bahagian SM, tengah sedap mengadap PC, Pkl 9.00 pg PA Boss panggil, katanya Boss nak jumpa, masuk mengadap Boss, " Pegi ganti I, ada Meeting pengurusan Tertinggi Kemeneterian kat Aras 11, Chair by KSU, meeting dah start". aduh!!! ini yang paling tidak gemar ni, hari2 meeting, lambat habis pula tu, meeting yang berkesan adalah meeting yang cepat habis kerana cepat buat keputusan, ini meleret2, keputusan tak juga dibuat. Entah lah, Dalam tangan dah ada 2 Fail minit mesyuarat yang perlu hadir pada 15 dan 16 Disember ni.

Wahai Melayu, Lihat Lah dan Fikir lah

“Mengapa tidak undi BN sahaja?”, tanya rakan saya lagi. “11 penggal BN memerintah, mahu tambahan 5 tahun lagi? Udah-udah le”, saya menjawab. JENAYAH UMNO-BN Jika mahu bercakap soal Melayu, Muslim dan hero-hero pembelanya, jawablah soalan ini… Siapakah yang menyekat kewangan pusat kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan? BN, UMNO. Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu? BN, UMNO. Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu? BN, UMNO. Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik? BN, UMNO. Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu? BN, UMNO. Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri? BN,, UMNO, Gerakan… Kita kehilangan segala-galanya di baw

Tiga Hospital Tiga Suasana

Betapa besarnya nilai jauh perjalanan banyak pengalaman,

Entah La

Rumahtangga Hilang Perencah Kata “Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja. “Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya. Wajah suami menjadi kelat. Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang. “Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya. “Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan. Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan. SEMUSIM TELAH BERLALU Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu. Tetapi selepas masa be

Slide Untuk Presentation

Nampaknya bulan ni sibuk juga, nak kena sediakan 2 slide presentation, untuk rancangan tahun 2010 dan Laporan Tahun 2009,tambahlagi untuk Laporan Tahunan KDN nak kena siap bulan ni juga. Harap budak2 saja tak juga siap. Masih banyak lagi maklumat yang tak dikemaskinikan. Perancangan dan persediaan awal adalah penting untuk memastikan tugasan dapat disiapkan mengikut jadual dan berkualiti. Inshaallah tahun 2010 akan menjadi lebih baik dari tahun ini apabila program dirancang dengan teratur dan penuh perseiaan.

Tak Semudah itu

Salsilah adalah penting................................... berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka. 1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat 2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut 3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat 4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang 5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara 6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka 7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta 8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan . memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka 10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak 11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka 12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu 13. sentiasa memint

Persiapan untuk persidangan

Slide untuk persidangan belum siap

Mesyuarat Lagi

Hari ni masuk pejabat dah dapat 2 fail mesyuarat yang perlu hadir

Dia cuba test

R4

Bukit merah

Image
Selesai sudah

Selamat Pulang Hj & Hjh dhuyoof al-Rahmaan (Tetamu Allah yang Maha Pengasih).

Ya TERKENANGKAN ABAH DAN EMAK Ketika itu hati saya berasa sangat sayu. Terkenangkan arwah abah ketika mengerjakan Haji bersama emak tidak lama dulu. Bagaimanakah keadaan mereka? Apakah ada yang membantu mereka? Semasa abah dan emak mengerjakan Haji, mereka diuji dengan peristiwa himpitan Terowong Muassim di musim Haji 1410 Beberapa ahli rombongan yang bersama abah terlewat bersiap. Ketika itu, ramai yang marah-marah kerana bas mereka terlewat bergerak menuju ke Arafah. Tetapi rupa-rupanya besar hikmah di sebalik kelewatan itu. Rombongan abah dan emak, hanya beberapa ratus meter sebelum memasuki Terowong Muassim. Pertembungan jemaah Haji dari dua arah telah menyebabkan berlakunya himpit menghimpit yang amat dahsyat. Peristiwa 10 Dhulhijjah 1410 itu telah menyebabkan 1426 orang terbunuh, membabitkan 79 jemaah Haji dari Malaysia. Saya mengurut dada. Masih terkenang betapa sesaknya dada kami lima beradik menunggu perkembangan emak dan abah di Tanah Suci.

Mesyuarat PIN Ke2

Dah Tamat

Mesyuarat Lagi

Hari mesyuarat untuk menyediakan PIN KDN diadakan di PICC, mengikut program asal, Mesyuarat mula 2 Disember jam 8.00 hingga 10.30 mlam. Tetapi kerana tempat penginapan tidak disedaikan. Masyuarat ditamatkan Jam 6.30 ptg dan bersambong pula jam 8.00 pg, 3 Disember. Sebelum balik tadi belasah makam malam yang disedaikan, dengan menu Nasi Briani berlauk, Ayam korma, Daging kicap dan Udang besar goreng, belasah 2 ekor, nak ambil 3 ekor rasa malu, walaupun udang masih banyak kerana ramai juga peserta balik tak tunggu makan kerana dah lewat.

Program Bulan Disember

Nampaknya padat juga program akhir tahun ni

Perpindahan Selesai

Kerja2 pepindahan telah selesai walaupun berlaku kelewatan yang tak dijangkakan.

Zulhijjjah Makin menghujung

Ya Allah, sesungguhnya hambamu memohon kepada mu,makbullah hajat ku, Amin

Dari Blog Saiful Islam

Semuanya tiada. Tiada Jualan Murah. Tiada Lagu Raya. Tiada rancangan khas di televisyen. Tiada mercun dan panjut menghias malam. Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja. Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan? Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa. Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya. KEKURANGAN YANG SATU Kekurangannya hanya pada yang satu. Anak-anak tidak pulang ke desa. Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan a

Aidul Adha Ke 2

Persiapan punggah memunggah menjadi akan rancak, banyak barang yang perlu dibawa, lori 3 tan boleh muat ke

Sekatan

Image

Persiapan Balik Kampong

Persiapan dari lepas subuh hingga dah pukul 2.09 ptg, belum lagi dapat bertolak, jadi malam juga sampai kat Alor Setar,

Wukuf 1430

Hari ini Umat Islam yang berada di Mekah untuk menunaikan ibadah Haji mula berangkat ke Arafah kerana besok yakni hari khamis adalah hari Wukuf diarafah yang merupakan rukun haji. Bagi Jamaah haji negara yang mengamalkan mengikut amalan haji Nabi iaitu bertolak ke mina dan bersolat di mina dan bertolak ke Arafah dari mina. Jamaah Malaysia bertolak terus ke Arafah dari Mekah pada 8 Zulhijjah. Perjalanan dari Mekah ke Arafah adalah perjalanan yang sungguh mencabar kerana semua jamaah bertolak serentak ke Arafah ini menyebabbkan berlaku kesesakkan yang melampau, kerana

Sewa Lori

Perpindahan secara menyeluruh kian hampir, tempahan lori untuk membawa barang telah di Buat dengan bayaran RM1,000 perjalanan dari Alor Setar ke Putrajaya. Inshaallah semoga semua berjalan lancar

Catatan Saiful Islam> UMAZA

Tetapi Ustaz Asri adalah Ustaz Asri. Sesuatu yang tidak pernah berubah bermula daripada hari pertama saya mengenalinya. Dua sifatnya yang paling menonjol ialah beliau sentiasa berpendapat berlapikkan hujah, dan sifat peribadinya, pantang dicabar. Adakalanya kami jadi letih dengan asakan-asakan yang ditujukan kepadanya kerana sebahagiannya lebih bersifat ’sengaja mencari penyakit’. AJAR MENGKAJI SYIAH Antara jasa terbesar Ustaz Asri kepada saya, ialah pada mengajar saya cara mengkaji tentang Syiah. Semasa di sekolah menengah, saya memiliki gambar Khomeini di dalam dompet. Tidak pernah mengambil tahu tentang Syiah sebagai Mazhab Aqidah dan Fekah, saya mengagumi Khomeini pada siasah dan revolusinya. Regu berbual tentang Syiah pula adalah Ustaz Maszlee Malik yang merupakan salah seorang pelajar Rancangan Bersama JPA – Petronas ketika itu. Kami ditempatkan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) untuk kursus intensif Bahasa Arab sebelum berlepas ke Jordan, Morocco dan Mesir. Selepas Per

First Service

Perdana in Putraj

Program Kerja 2010

Sepanjang tahun 2010, program telah dirancnag meliputi semua negegi di Malaysia

الوقوف بعرفة هو يوم الخميس الموافق الـ 26 من نوفمبر 2009، والجمعة 27 نوفمبر هو أول أيام عيد الأضحى المبارك

أَعْلنت المملكة العربية السعودية أن الأربعاء هو أول أيام شهر ذي الحجة، وعليه يكون الوقوف بعرفة هو يوم الخميس الموافق الـ 26 من نوفمبر 2009، والجمعة 27 نوفمبر هو أول أيام عيد الأضحى المبارك. وقالت المحكمة العليا السعودية: إن الوقوف بصعيد عرفة سيكون يوم الخميس بعد المقبل، في حين سيكون يوم الجمعة أول أيام العيد. وكانت المحكمة العليا السعودية دعت عموم المسلمين في جميع أنحاء المملكة إلى تحري رؤية هلال شهر ذي الحجة مساء الثلاثاء. وأكدت السلطات السعودية على ضرورة رؤية الهلال بالعين المجردة وأقرَّت مؤخرًا إمكانية رؤية الهلال بالمناظير، وهو ما كان مستبعدًا من قبلُ. ويعدّ تحديد بداية شهر ذي الحجة حاسمًا لمعرفة توقيت وقوف الحجاج على جبل عرفات، الركن الأهم في ركن الحج. ومن المتوقع أن يصل عدد الحجاج القادمين من خارج المملكة هذا العام لأداء الحج إلى حوالي نحو مليوني حاج من جميع أنحاء العالم.

15112009

Image
Persiapan perjalanan sedang rancak berjalan http://www.blogger.com/img/blank.gif Perjalanan menjadi panas

Indahnya

Image
MUsim Haji Tahun 1430 hampir sampai kemuncaknya, Jammah hari semakin ramai yang telah berada di Mekah, Melihat gambar dari Blog Jamaah yang berada di Mekah tentang pembangunan Fizikal kemudahan di Mekah seperti Tempat untuk mengerjakan Sai begitu cantik sekali, Kesesakan Jamaah semasa menunaikan Solat Jumaat, sehingga kawasan yang menjadi laluan untuk ke Masjidil Haraam semasa menunai Haji tahun 2007 telah dijadikan tempat solat yang menunjukan betapa ramainya jamaah yang berada di Mekah untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, Subhanallah...............

Kata2 Orang Yang Berilmu dan Beriman

"Apapun, saya hanya memberikan jawapan berupa pandangan kepada orang yang menyoal, boleh jadi pandangan ini benar dan wajar difikirkan, boleh jadi ia tidak mempunyai sebarang nilai untuk difikirkan. Keikhlasan saya dalam melontarkan pandangan ini, tidaklah perlu untuk dipersoal dan didebatkan dan cukuplah Allah swt sebagai saksinya. Saya yakin lontaran ini dibuat secara ikhlas, untuk kebaikan umat Islam di Malaysia khusunya ahli-ahli PAS." Kata2 Ustaz Zaharuddin Entah la, JIka masih ada lagi orang berburuk sangka....................

Refrigerator

Image
Keperluan yang pertama mengisi rumah di PJ, keperluan lain akan menyusul.

Hikmah

Nampak nya tidak lagi kerisauan

Panggilan Haji 1430

Image
Ucapan Talbiah berkumandang di Tanah Suci Mekah....................

Hari Ini, Bagaimana Isna miah wa Khamsun

Jenis-jenis wanita Imam Al-Ghazali ada mencatatkan, jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya. 1) wanita Ananah Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit untuk kepentingan dirinya. 2) wanita Hadaqah Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginan untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. 3) wanita Mananah Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “aku membuat ini keranamu”.. 4) wanita Baraqah Wanita ini ada 2 makna: 1- wanita yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya. 2- dia akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya. 5) wanita Hananah Wanita ini mengatakan kasih-sayangnya kepada suaminya yang lain yang dikahwininya sebelum ini, atau kepada anaknya daripada suaminya yang lain. 6) wanita Syadaqah Wanita ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai sifat s

26 Zulkaedah 1430

Image
Iman Masjidil Haram, Syeikh Sudasi dan Syeikh Mahir Perhimpunan Umat Islam terbesar akan menjelang iaitu 9 Zulhijjah kemuncak ibadah Haji Wukuf diarafah, Jamaah Haji semakin ramai tiba ke Mekah apabila menjelangnya kemuncah kepada Ibadah Haji, Kenangan menunaikan hai pada tahun 1996 dan 2006 menjelang lagi, keshaduan bacaan ayat2 suci oleh Iman Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi akan tetap mengamit kerinduan ke Tanah Suci, Ya Allah, sesungguhnya engkau jemputlah hambamu ini untuk menjadi tetamumu di makkatul mukarramah dan madinatul munawwarah, Amin.

PTK 2009

PTK 2009 dah bermula 4 hingga 6 Nov. 2009, kerana tanpa persediaan PTK berlalu saja. Inshaallah tahun depan PTK akan diharungi supaya Langkah tidak terhenti disini sahaja.

ke SACC

Image
2 dan 3 Nov. 2009, program Simposium diadakan di SACC, perjalan awal dari Putrajaya perlu untuk mengelak dari terperangkap dalam kesesakan jalanraya dan hujan juga turun dengan lebat. Dengan kekurangan arif jalan ke Shah Alam, perjalanan menjadi begitu sukar, tatapi alhamdulillah perjalanan tanpa gangguan dan sampai mengikut masa yang dijadual kan

Simposium Pengauditan Air

SACC menjadi Destinasi 2Nov 2009

Erti Perjalanan, AIS2 kat Dia

Perjalanan yang dijalankan

Jamaah Haji Dah Mula Terbang

Kenangan lalu mengusik jiwa, untuk menjadi tetamu Allah, Laibaikallahum malaibai, labaikala sharikakalabai, ............................

Dari Bolg Ustaz Zaharuddin

Bagus dan menyakinkan. Apa pendapat anda sekiranya anda menjumpai sebuah kotak icecream yang tercatat jelas pengumuman seperti berikut: Gambar :Di belakang kotak icecream Pada hemat anda, berapa ramai yang akan berpura-pura tidak puas hati dan kembali menuntut ‘refund' atau ganti.? Jika dapat kembali wangnya atau ditukar, apa yang dapat dipuaskannya? Hanyalah nafsu sendiri, tanpa sedar tindakannya membawa bencana dan keburukan jua terhadap dirinya. Tawaran ‘refund' dan tukar ganti seperti ini, boleh didapati secara meluas dalam amalan berniaga di negara bukan Islam, khususnya di sebelah Eropah. Setiap kali terlihat paparan seperti itu, akan terdetik di dalam diri, cukup ‘selesa' menjadi pelanggan dan berniaga jika sesebuah masyarakat itu profesional, telus dan amanah. Melaluinya, bilangan peniaga telus dan berhemah turut bertambah sehingga mampu melahirkan sebuah masyarakat amanah, selesa didiami, berniaga serta menjadi pelanggan. Mela

RAUB

Alhamdulillah, perjalanan ke RAUB telah sampai pergi dan balik dengan mudah dan tanpa masalah walaupun perjalanan yang pertama kedaerah itu, berseorangan diri pula. Dalam perjalanan pulang, cuaca tidak begitu baik kerana hujan turun dalam keadaan kadang2 lebat dan renyai2. Keadaan lalu lintas di MRR2 juga berjalan lancar dalam keadaan hujan dan kereta yang agak banyak. Program PK ke Raub telah selesai dilaksanakan oleh5 pegawai dan Laporan perlu disiapkan.

SHAWAL bererti bermulanya Musim Haji 1430

Musim Haji menjelang lagi, dan penerbangan untuk membawa jemaah haji musim ini akan bermula 22 oktober 2009?. menjelangnya musim haji akan membawa kembali kenangan mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah pada tahun2 yang lalu. Sesungguhnya hamba mu ini memohon agar diberi peluang untuk mengujungi Baitullah dan masjid Nabawi bagi menziarahi kekasihmu Ya Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Amin

First Program

Image
Inshaallah, esok 22 oktober 2009. Tugasan luar yang pertama setelah bertukar ke Pejabat yang bertempat kat Putrajaya. Destinasi yang dituju ialah di Pekan Raub, Pahang. Sejak 19 oktober lagi 5 staf telah berkampong disana untuk menjalankan tugas mengikut perancangan yang telah disediakan. Pada 23 Okt. tugas berakhir dan 'exit conference' perlu diadakan dengan pengurusan pejabat berkenaan bagi membentangkan 'finding' yang telah ditemui sepanjang tempoh tugasan dijalankan sebelum laporan lengkap disediakan dan dikemukakan untuk mendapat maklum balas dan tindakan pembetulan yang efision diambil. Kenangan di Scotland