Sekumpulan tiga orang sahabat dari Kuantan melancong ke Afrika, konon untuk mencari hiburan luar biasa sambil meninjau-ninjau peluang berniaga.Ong, Subra dan Mat entah macam mana melanggar peraturan masyarakat di bandar Bodo-Bodo, Afrika, yang masih dikuasi oleh kepala suku kaum keturunan asli bandar itu. Segala wang dan kepunyaan mereka dirampas, dan ketiga-tiga mereka dipenjara pada penjara di tepi jalan terdedah kepada lalu lintas orang, menurut adat tradisi di situ.Mereka hanya diberi minum tanpa makan dua kali sehari supaya jangan mati. Untuk makanterpulang pada belas kasihan yang lalu lalang saja. Penduduk setempat pun ramai yang terpenjara, tetapi pada petak-petak berlainan di sepanjang jalan yang sama.Setelah tiga hari berlangsung mereka menjadi semakin tersiksa lapar, dan hampir tak ada orang yang mahu melemparkan makanan kepada orang yang terpenjara di situ. Mereka bertiga harus berbuat sesuatu untuk mendapat perhatian dan makanan daripada pejalan kaki di luar atau apa-apa pe...