UMRAH DIY 4

1. Boleh ke pergi umrah sendiri tanpa travel agent?
Boleh tiada masalah. Saya dah buat dua kali DIY tiada masalah.
Malah ada segelintir rakyat Malaysia yang dah lama buat umrah DIY. Masa trip ini kami ada terjumpa dengan pakcik dan makcik dari Malaysia buat umrah DIY.
Cute and romantic senior couple.
Di kaunter imigresen di Saudi pun pegawai mereka hanya soalan standard seperti:
“Coming here for omra?” atau “Where is your mahram?”.
Dan tak tanya, “Where is your travel agent?” atau “Which package you’re taking?”
2. Sesuai bawa anak kecil untuk umrah DIY?
Boleh saja. Tiada beza antara umrah DIY dan umrah rombongan kalau bawa anak kecil dan orang tua.
3. Berapa anggaran keseluruhan umrah DIY?
Saya pernah terbaca umrah DIY serendah RM3000. Tetapi Umrah DIY yang saya buat dalam lingkungan RM5-6 ribu seorang kerana saya mementingkan sikit keselesaan di hotel dan perjalanan.
Kalau nak dibandingkan dengan jumlah yang saya bayar dengan pakej travel agent lebih kurang RM10 ribu. Labur lebih sikit tak apa untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah.
Harga juga bergantung berapa lama kita duduk di hotel, semakin banyak hari semakin mahal. K
Kalau kongsi bilik ramai-ramai boleh kurangkan lagi kos, kalau tinggal di hotel bajet boleh kurangkan lagi kos dan bermacam cara lagi.
Sama sahaja seperti kita bercuti ke tempat-tempat peranginan. Tidak ada beza.
4. Hotel – senang ke nak tempah online? Atau walk-in sahaja?
Hotel memang senang tempah online melalui Booking.com, Hotels.com, Agoda.com atau mana-mana hotel dengan kemudahan tempahan online.
Saya tidak syorkan untuk walk-in, sebab tempahan hotel penting untuk dapatkan visa.
Lagipun kalau walk-in harga lebih mahal dan buat kita kelam kabut. Dengan online, kita boleh rancang nak duduk hotel mana, bilik yang mana dan pada harga apa.
5. Hotel – ada tak masalah buat dengan Agoda?
Setakat ini tiada masalah. Saya rasa masalah jadi bila tempah last minute. Mungkin transaksi tu tak sampai lagi ke sistem tempahan hotel.
6. Hotel – bila nak tempah sebelum pergi?
Kebiasaannya, saya akan tempah hotel 2-3 bulan sebelum pergi. Nak lagi murah, tempah awal. Hotel yang bagus selalu penuh.
7. Umrah DIY, perempuan perlu mahram?
Ya perlu mahram. Sebenarnya untuk buat visa, mahram dah kena ada. Nanti di imigresen pegawai akan buat spot check dengan mahram.
Saya juga diberitahu kalau wanita berumur lebih daripada 45 tahun tak perlu mahram, tapi perlu dengan rakan wanita.
Sila tanya agen untuk pengesahan lanjut. Waallahualam.
8. Kawan saya cakap kena pergi juga dengan agen sebab di Jeddah banyak check-point.
Check point apa saya tak pasti. Setahu saya, check point imigresen untuk masuk dan keluar memang kena di mana-mana negara sekali pun.
Selain daripada check point ini memang tiada yang lain sepanjang 4 kali saya mengerjakan umrah melalui agen atau DIY.
9. Tapi saya tak pandai berbahasa arab.
Ini adalah myth kebanyakan rakyat Malaysia sehingga takut sangat hendak ke negara Saudi. Ini semua tak jadi masalah.
Sila rujuk balik bahagian 1. Ada dijelas dengan panjang lebar.
Malah ikut pengalaman saya bercuti ke Itali dan Perancis (non-english speaking), negara Arab lagi senang.
10. Arab banyak menipu betul ke?
Saya tak setuju dengan pendapat atau buruk sangka macam ini. Bagi saya, saya tak pernah kena tipu dan kita kena selalu berlapang dada sesama umat Islam.
Bagi saya bangsa Arab banyak berpegang kepada janji.
Bila beli barang, harga memang diletakkan dengan tinggi, terpulang kepada kita hendak runding sehingga jadi. Lepas harga jadi, mereka akan ikut perjanjian. Jadi tak timbul masalah menipu.
Saya rasa benda ini normal di mana-mana sahaja orang berniaga buat macam ini. Apa-apa bangsa pun ada penipu.
11. Betul ke pergi sendiri lagi murah?
Bagi saya memang lagi murah. Tapi kadang-kadang murah ini subjektif.
Contohnya, RM3000 ada sesetengah orang cakap murah dan ada sesetengah cakap mahal.
Walaupun harga macam mana sekalipun benchmark berbeza mengikut latar belakang masing-masing.
Mungkin jawapan lebih hampir adalah ‘value for your money’.
Ianya bergantung kepada 2 perkara utama:
1. Penerbangan. Kalau dapat harga promo, lagi jimat.
2. Hotel. Lagi lama stay, lagi mahal. Lagi dekat dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, lagi mahal.
Kos-kos lain:
1. Teksi. Boleh tawar menawar dengan teksi atau gunakan Uber. Bandingkan harga.
2. Makan. Makan tak mahal sangat dan bukanlah big cost item.
3. Visa.
Strategi paling berkesan dan tak terasa adalah bayar kos-kos beransur-ansur. Contohnya, duit gaji bulan ini beli tiket kapal terbang, kemudian gaji bulan depan tempah hotel dan seterusnya.
Yang pasti, anda tahu apa yang anda bayar. Kalau nak selesa, laburlah lebih sikit. Kalau nak jimat, kena tahanlah sikit.
12. Boleh kongsi travel plan Tuan?
Jumaat (29 Apr) – Kuala Lumpur / Madinah
Sabtu (30 Apr) – Madinah
Ahad (1 Mei) – Madinah
Isnin (2 Mei) – Madinah
Selasa (3 Mei) – Madinah / Mekah
Rabu (4 Mei) – Mekah
Khamis (5 Mei) – Mekah
Jumaat (6 Mei) – Mekah
Sabtu (7 Mei) – Mekah
Ahad (8 Mei) – Mekah
Isnin (9 Mei) – Mekah / Kuala Lumpur
13. Tuan ada ambil travel insurance?
Kebiasaanya, kalau saya bercuti ke luar negara memang saya ambil travel insurance.
Insurans akan banyak membantu bila kita berada dalam kesusahan. Nak ambil pun boleh, tak ambil pun tak mengapa.
Terpulang kepada keperluang masing-masing. Beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan. Nampak biasa tapi penting.
14. Umrah DIY adalah berisiko kalau jadi apa-apa.
Bukan umrah DIY saja berisiko, kalau kita bercuti ke mana-mana dalam dan luar negara pun ada risiko. Kalau ambil umrah rombongan pun berisiko.
Saya tak pernah dengar lagi ada rompak dan bunuh di negara ni. Lagipun mereka mengamalkan undang-undang hudud.
Saya rasa sangat selamat dan terpelihara. Jadi kesimpulannya, sama saja. Dalam hal kecemasan, saya fikir sama sahaja kalau kita ada kecemasan di negara lain.
Hubungi saudara mara di Malaysia, berhubung dengan kedutaan Malaysia atau minta pertolongan dari hotel.
Malah, di Mekah dan Madinah ramai saja rakyat Malaysia sedang mengerjakan umrah. Saya rasa tiada masalah untuk rakyat Malaysia tolong menolong antara satu sama lain ketika kecemasan.
Kalau kita atau ahli keluarga kita meninggal dunia di Tanah Suci, Alhamdulillah! Pengakhiran yang baik (khusnul khatimah).
Beratus ribu atau berjuta orang akan sembahyangkan jenazah dan meminta keampunan daripada Allah untuk jenazah.
“Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana,” maksud sabda Nabi.(Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Sebagaimana kita menjaga tetamu kita datang ke rumah dengan menyediakan tempat tinggal dan makanan, macam tu juga Allah akan menjaga tetamu-tetamu Allah.
Cuba bayangkan atuk dan nenek kita pergi haji naik kapal laut dan naik unta. Betapa susahnya.
Sekarang semua maklumat di hujung jari. Maklumat flight, hotel, teksi, makan dan segala-gala sudah ada. Jangan fikir negatif sehingga menyusahkan sangat. Boleh je.
Overthinking: The art of creating problems that don’t exist.
15. Sama je harga umrah DIY dengan umrah rombongon melalui travel agent?
Secara realistik harga bergantung kepada harga kapal terbang dan harga hotel. Kalau anda dapat lagi murah, Alhamdulillah itu rezeki masing-masing. Harga mungkin lebih kurang sama.
Tetapi dengan harga RM6 ribu seorang saya dapat bilik berdua yang amat selesa dan betul-betul di perkarangan Masjidil Haram.
Saya juga naik kapal terbang dari Madinah ke Mekah yang memberi keselesaan semasa dalam ihram selain masa perjalanan yang dipendekkan.
Kalau melalui travel agent mungkin tak dapat harga macam ini. Buat pilihan bijak dan tak salah pergi dengan travel agent.
Asalkan kita jelas apa yang kita pentingkan bersesuaian dengan harga pakej.
Kalau anda malas nak peningkan kepala dengan urusan tempahan dan pengangkutan, pilihlah travel agent yang bertanggungjawab. Sila jelas nama hotel, jarak ke masjid, lokasi dan lain-lain. Kemudian buat perbandingan harga.
16. Berapa lama tempoh berihram dengan umrah DIY?
Tempoh berihram dengan umrah DIY sekitar 4-5 jam. Perjalanan umrah saya dipendekkan dengan menaiki flight dari Madinah ke Mekah. Cara ini amat mudah dan tak penat.
Kalau naik bas perjalanan boleh memakan masa sehingga 8 jam (450 km) bergantung kepada trafik. Naik bas dalam tempoh yang lama sahaja dah buat kita penat.
Lepas tu kita kena tunggu check-in hotel, tunggu 30-40 jemaah untuk check-in hotel, turun semula ke lobi dan bergerak secara berkumpulan. Ini semua memakan masa dan kita kena banyak bersabar.
Kita kena hormat juga kepada jemaah yang tua dan uzur untuk berehat dan bersiap.
Secara umumnya, umrah rombongan boleh memakan masa yang amat lama sehingga 15 jam dan ini bagi saya sesuatu yang amat memenatkan.
Dalam tempoh lama kita cenderung untuk melakukan kesilapan mudah (pantang larang ihram).
Kalau bergerak secara sendiri, masa dapat dipendekkan kepada 4-5 jam.
Saya ambil penerbangan dari Madinah waktu pagi atau tengahari. Jadi sampai di Mekah, waktu tengah cerah dan kita tidak kelam kabut.
Bagi saya, umrah cara begini ini mudah, santai, tak penat dan kemungkinan melanggar pantang larang adalah tipis.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN