Tip Melancong Ke Luar Negara

1. TUJUAN

Apa tujuan anda ke luar negara? anda bekerja? anda menghadiri workshop atau seminar? anda melancong? Khas nya Secara Persendirian

Apabila kita mempunyai tujuan yang jelas maka pertama sekali kita perlu ada perancangan. Perancangan dari segi tempoh masa berada di luar negara dan ianya berkait rapat dengan sumber kewangan kita serta masa yang kita ada. Pastikan semua perkara itu jelas dan sumbernya ada dalam pegangabn kita maka mulalah membuat perancangan jadual pergerakan kita dari mula kita bergerak dari rumah hingga kita kembali semula ke tanah air.

- Negara mana yang anda akan pergi?

maklumat ini juga amat penting, kerana sekiranya negara yang anda akan pergi kurang dari segi keselamatannya maka apabila selesai menjalankan tugas eloklah kembali segera ke tanah air atau jika anda bercadang untuk ke mana-mana negara lain semasa dalam perjalanan pulang pilihlah negara yang selamat. Seperti mana yang nyatakan diawal tadi anda perlu lihat kedudukan kewangan dan masa yang anda ada.

- bagaimana hendak membuat budjet perjalanan kita?

anda perlu membuat perkiraan dari segi tambang pengangkutan - udara, feri jika ada, pengangkutan awam di luar negara terutamanya dari lapangan terbang ke pusat bandar atau ke lokasi yang ada akan tuju dan perbelanjaan pengangkutan sepanjang berada di negara terbabit.

budjet penginapan - jenis hotel apa yang anda duduki, berapa anggaran kosnya (termasuk oertukaran wang), lokasi tempat penginapan atau boleh pilih hotel sederhana dan hostel.

budjet makan - mudahkah anda mendapat makan di negara yang anda akan kunjungi? andakah anda jenis orang yang mudah makan makanan luar? jika sukar mungkin boleh membawa sedikit bekalan tetapi lihat juga negara yang anda akan tuju. Jika negara tersebut Australia jangan bawa sebarang jenis makanan atau minuman walaupun anda beli makanan yang siap dari supermaket yang dibungkus kemas akan tetap 'dibuang' dan jika nasib tidak baik mungkin bagasi anda akan diperiksa 1000% disebabkan mereka menemui makanan sedemikian. Ini kerana negara berkenaan merupakan negara pertanian dan mereka menelakkan dari sebarang bentuk ancaman kepada industri pertanian dan penternakan mereka dan kita harus menghormati undang-undang mereka .

- Bagaimana memilih Hotel Penginapan?

Kemudahan internet perlu dimanfaatkan. 'Search' tempat-tempat penginapan yang ada dan buatlah perbandingan dari segi kedudukan dan harganya antara satu sama lain juga jangan lupa lihat jaraknya dengan pusat bandar dan adakah kemudahan pengangkutan awamnya efisyen? Jika anda ke negara maju seperti UK, USA, negara-negara Eropah Barat, Jepun, Australia, Korea Selatan, Singapura anda tidak perlu risau kerana bukan sahaja efisyen malah hingga lewat malam pun pengangkutan awam masih ada.

Berbeza jika kenegara seperti Indonesia, Bangladesh, Filifina dan India yang ramai penduduk pengangkutan awamnya kurang selesa walaupun mudah diperolehi. Sekiranya ada tidak begitu kesah dengan jenisnya adalah ianya mudah mengapa tidak mencuba menaiki jeepney di Filifina, Tut-tut di Thailand, Bajai di Indonesia atau juga motosikal yang ada di mana-mana, tetapi berhati-hatilah dan jangan tunjukkan yang ada tidak tahu apa-apa. Anda perlu membuat penyelidikan mengenai tempat yang anda hendak pergi jika dengan teksi, berapa jaraknya dari segi masa dan kos dan berapa pula jika naik kenderaan seperti yang saya nyatakan di atas.

Sebaiknya anda mempunyai sebuah buku PETA bandar tersebut jadi buatlah semakan dan catatan terlebih dahulu jadi semasa anda ingin mendapatkan pengangkutan anda sendiri boleh memberikan arah and 'landmark' beberapa bangunan atau stesyen keretapi atau lain-lain kepada pemandu anda. Ini akan memberikan kelebihan kepada anda supaya tidak mudah dipermainkan oleh mereka.

Sentias sediakan wang kecil bersama anda sepanjang masa bagi memudahkan anda membuat pembayaran kerana kerap menjadi amalan mereka tiada wang pecah menyebabkan anda terpaksa membayar lebih secara terpaksa atau tidak sengaja dengan mimik muka kesian mereka terutama di negara kurang maju mereka kerap mendapatkan simpati kita.

- Bagaimana hendak ke suatu tempat?

Apabila anda berada di bandar besar, pastikan anda mempunyai peta kemudian 'study' perjalanan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi. Bandaraya seperti kota London, Amsterdam, Singapura, Tokyo termasuk Kuala Lumpur pengangkutan awamnya mempunyai rangkaian. Kita membeli sekeping kad untuk satu tempoh masa tertentu yang lebih murah dan kita boleh gunakan dengan mudah, tak perlu beratur setiap kali hendak membeli tiket dan ini akan membuang masa sedangkan memang kita memerlukannya. Kad nya lebih kurang macam kad 'touch n go' kat Malaysia ini di mana kita boleh gunakan untuk naik bas, naik PUTRA dan STAR kan mudah, senang dan menjimatkan masa, wang dan masalah.

Pertama kali naiklah bas untuk pusing bandar beberapa kali sehingga anda faham betul kawasan tersebut, lihat bangunan tinggi dan 'landmark' supaya anda tidak sesat. Gunakan hp berkamera atau kamera untuk merakamkan gambar tempat anda mula kerana bila hendak kembali semula ke tempat anda mula anda boleh 'recall' semula dengan gambar yang telah diambil kerana kita mungkin akan terlupa. Dengan gambar yang diambil seperti bangunan , nama jalan atau 'landmark' kita boleh gunakan untuk bertanya kepada orang bagi menunjukkan arah kepada kita. Mulut amat penting di luar negara, yang penting jangan malu dan segan. Seperti kata pertatah "malu bertanya sesat jalan" betul tak...?


- Bagaimana menggunakan PETA?

Jika anda tinggal beberapa hari di sesebuah bandar besar di luar negara dan anda ingin ke beberapa tempat maka ada dua pilihan. Pertama gunakana peta yang ada dibekalkan untuk pelancong biasanya boleh diperolehi di kaunter penerangan di Lapangan Terbang/Stesyen Keretapi atau Terminal Bas. Kedua anda boleh membeli peta dari kedai-kedai buku utama atau grocey di tepi jalan. Sekiranya anda membeli buku peta ianya lebih lengkap dan mudah bagi anda membuat rujukan terutama merujuk kepada index dan kemudian rujuk muka surat dan lokasi kedudukan tempat yang dicari.

Bawalah 'highlighter' dan penanda buku untuk membuat tanda tanpa merosakkan buku anda. Ini juga memudahkan anda membuat rujukan semula. Buku tersebut boleh digunakan semula pada masa hadapan walaupun ada perubahan tetapi kedudukan sesebuah bangunan atau jalan tetap sama dan masih boleh digunakan untuk beberapa tahun.

Saya mempunyai beberapa buah buku seumpama ini untuk rujukan dan saya senaraikan beberapa yang saya ingat. Saya akan 'update' maklumat ini untuk membantu anda jika memerlukan untuk rujukan (boleh buat photocopy). Antara Buku Peta yang ada dalam simpanan saya adalah: Kota London, Bandar Amsterdam, Bandar Manila dan ada beberapa buku yang dikeluarkan oleh Syarikat "Lonely Planet' ( akan update)

- Kawan di luar negara mungkin perlu dan membantu di masa susah dan senang

Berhubunglah dengan rakan-rakan anda di luar negara, mungkin kenalan yang anda jumpa sekali di mana ada mempunyai 'name card'nya. Hubungi mereka dan nyatakan yang anda akan ke sana dan maklumkan anda tidak akan menyusahkan mereka tetapi jika anda di dalam kesusakan atau kesukaran anda akan hubungi mereka untuk membantu. Sekiranya mereka menghargai kedatangan anda ke negara mereka dan walaupun berjumpa hanya sekali biasanya mereka akan membantu kita. Sebolehnya jika anda boleh memnguruskan diri tidak perlulah menyusahkan mereka. Jika mereka tetap ingin menawarkan bantuan terimalan sekadarnya, Jangan menolak sepenuhnya kerana jika ada di dalam kesasahan seperti saya katakan tadi dia boleh membantu anda.

- Perhubungan dan Telefon

zaman sekarang ramai yang ada dua buah handphone. Jadi bawa dua buah satu gunakan talaian Malaysia yang telah 'roaming' (pastikan sebelum anda keluar negara), dan sebuah hp lagi digunakan untuk membeli sim card di negara yang anda lawati. Ini memudahkan anda berhubung dengan selamat. Jika bergantung hanya satu cara takut pula di waktu kecemasan dan sangat kritikal anda menghadapi kesukaran.

Tidak perlu telefon yang canggih, bawa yang murah pun tak apa yang penting boleh digunakan untuk bercakap dan menghantar sms. Simpan nombor-nombor telefon penting di dalam hp kerana mudah semasa hendak digunakan dan adalah lebih baik jika anda juga menyimpan nombor tersebut di dalam buku catatan perjalanan. Membawa talefon murah ke luar negara lebih baik kerana kalau tercicir atau kecurian kita akan merasa sangat kerugian dan akan menjejaskan pula perjalanan anda...renung-renung kan lah dan selamat mencuba.

Maklumat penting juga boleh disimpan di dalam hp - seperti dalam note pad, word text, note, what to do - kerana ada kalanya kita terlupa membawa buku nota tetapi hp biasanya kita jarang tertinggal jadi jika sudah meninggalkan hotel tak mungkin kita nak berpatah semula. Catatan yang kita buat tentu membantu dan memudahkan perjalan kita.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN