Hari ini agak sebuk dengan urusan kerja dan urusan peribadi. Urusan pejabat, terdapat banyak surat pemerhatian yang telah disiapkan oleh staf untuk semakan dan tandatangan kerana semua surat perlu dihantar kepada auditi pada hari ini atau selewat2nya besok. Semakan surat PA amat memenatkan kerana pelbagai gaya penulisan yang perlu diperbetulkan dari staf yang majoritinya masih baru dalam penulisan PA. Urusan peribadi pula, menyelesaikan masalah KAD ATM yang telah di sekat kerana kesilapan membuat transaksi di mesin ATM. Temu janji dengan Pengurus Bank telah dibuat untuk mengaktif semula kad tersebut. Pesanan barang dari rakan yang datang ke Putrajaya perlu diselesaikan tengahari kerana beliau akan bertolak balik tengah hari ini. Alhamdulillah semua urusan dapat diselesaikan. Kerana pada minggu depan akan berada diluar stesen selama seminggu dan terus bercuti sehingga 20 jun 2010 dan masuk ofis semula pada 21 jun 2010.
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...
Comments