Renungan Pagi -
Jangan Fikir Semua Orang Macam Anda ?
Kita renungkan kata-kata seorang "Atok" yang muncul di sebuah stesyen radio berkata :
Demikianlah antara intipati dakwaannya yang liar dan cuba di ‘generalize'kan sesuka hati.
Malanglah kita jika sentiasa mengganggap semua orang lemah macam kita atau kuat dan bijak macam kita. Keadaan ini boleh menimbulkan perpecahan, tidak puas hati dan kemarahan.
Sebagaimana contoh di atas, jika kita tergolong dalam golongan yang boleh dibeli, jangan dengan mudah mengganggap semua orang lain juga boleh dibeli seperti kita.
Agak pelik dengan dakwaan liar seperti ini, ia seolah meremeh fungsi Penasihat Syariah yang bertugas di dalam sesebuah syarikat yang pada masa sama mengawal selianya urusan kepatuhan Syariahnya. Samada ia sebuah bank Islam, syarikat MLM, ataupun sebuah kilang pengeluar makanan tertentu.
Dalam masa yang sama individu bergelar 'atok' ini cuba memuji penasihat Syariah luaran.
Padahal jika itu sifirnya, sudah tentu semua Penasihat Syariah luaran juga boleh dibeli, kerana mereka juga dibayar elaun oleh bank, syarikat dan kilang yang sama juga. Kemungkinan juga, jika mereka tidak meluluskan satu-satu produk, mereka juga boleh ditamatkan tempoh ‘appointment' mereka.
Justeru, dakwaan ini hanyalah bersifat menghancur tanpa asas, padahal ramai rakan-rakan saya di bank Islam yang berdebat dengan CEO mereka kerana isu Syariah, saya juga banyak pengalaman dalam hal ini, sehingga adakala saya bawa isu Syariah ke peringkat yang lebih tinggi dari CEO bagi memastikan kepatuhan Syariah dijaga. Malah apabila dibuat demikian, CEO makin hormat dan sayang ke kita kerana ketegasan dan amanah dalam menjalankan semakan Syariah. Tidak seperti yang dijangkakan oleh Atok tadi.
Malah ada penasihat Syariah yang saya kenali pernah menarik diri dan meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan sesuatu struktur kewangan yang ingin dilaksanakan. Walaupun projek itu memperuntukan penghargaan wang sebanyak RM 50,000 jika ia berjaya dilulus dan dilaksanakan.
Justeru, jangan mudah menyangka buruk secara umum kepada ahli agama sebagai menjual agama mereka kerana duit. Tidak saya nafikan jumlah ahli agama yang menjual agama mereka kian bertambah dari hari ke hari tetapi untuk dipukul rata kesemuanya bersifat demikian adalah tidak harus sama sekali.
Fatwa Rakan
Rakan saya berkata : "Wah, ustaz dah keluar dari bank, lepas ini susahlah orang yang benci kat ustaz nak guna hujjah.."ustaz bank tu mestilah pertahan bank Islam. Bank suap dia.", kerana ustaz bukan lagi disuap oleh bank...."
Saya hanya mampu tersenyum, tapi yang pasti saya akan pertahan perbankan Islam dalam perkara yang benar sahaja.
Sekian coretan ringkas di kesempatan waktu di 7 hari terakhir Ramadhan mulia ini.
Moga Allah mengampunkan saya dan anda semua dari sebarang perasan sangka buruk, tuduhan liar dan fitnah tanpa hak di bulan berkat ini.
Petikan dari Blog ""Ustaz Zaharuddin""
Comments