Skip to main content

Bahasa oh Bahasa

bahawa:

”Bahasa itu adalah sesuatu yang pergi. Engkau tinggalkan ia, ia tinggalkan engkau”


Benar sekali . Penguasaan sesuatu Bahasa akan beransur lemah apabila ditinggalkan berbahasa .

Saya mengagumi kesungguhan bangsa lain belajar Bahasa Arab di Jordan. Seorang pelajar China yang saya temui di Masjid Universiti, menulis setiap kalimah yang baru dipelajarinya di tangan, agar dapat memaksa diri menghafalnya sebelum tangan itu dibersihkan untuk berwudhu’ Zohor nanti.

Pelajar-pelajar Kanada, Great Britain dan Amerika Syarikat datang ke Jordan pada musim panas untuk mengikuti kursus intensif Bahasa Arab dalam keadaan tidak kenal Alif, Ba dan Ta. Tetapi selepas dua bulan, mereka sudah boleh berbual dengan yakin di dalam Bahasa Arab, malah turut mampu membaca.

Namun, apa perihalnya dengan kita anak Malaysia (Anak Melayu? ) Belajar bahasa asing, memang tidak menjadi budaya kita. Malah bahasa sendiri pun tidak dijaga. Akhirnya, kita malas berbudi bahasa, malah ramai juga yang tak reti bahasa (cuba anda fikirkan dan renungkan sama ada yang tersurat dan juga tersirat).


Comments

Popular posts from this blog

Jika Keluar dari Mulut Depa [be end], lihat Lah

ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...

TQ Daun Keladi

Berita Tertunda: Ingatan dari Staf; semperna, 9 Oktober 2014. TQ SM

Sekolah Sukan Bukit Jalil