Ramadhan Karim
Perjalanan Ramadhan 1430 telah melepasi separuh, perjalanan Ramadhan makin pantas untuk meninggalkan kita. Setelah separuh Ramadhan berlalu, bagaimana pengisian kita sepanjang Ramadhan yang telah berlalu. Separuh kedua Ramadhan adakah kita telah bersedia untuk meningkatkan lagi pengisian malam dan siang Ramadhan pada separuh kedua Ramadhan, kerana Allah telah menjanjikan satu malam yang mana ganjarannya yang amat besar bagi setiap ibadah yang kita tunaikan. Ayuh marilah kita memperkukuhkan ikatan kain dipinggang kita untuk kita sama mencari malam lailatul Qadar dengan menghidupkan malam-malam Ramadhan yang masih berbaki ini.
Comments