Sya'ban 1430 datang lagi, ini bererti umat islam akan menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi, bulan yang terkandung rukun islam yang ketiga ia itu Ibadat Puasa yang diwajibkan keatas umat islam yang mukallaf untuk menunaikan ibadah puasa disiang hari sepanjang Bulan Ramadhan. Bulan Sya'ban mempunyai pelbagai kelebihan untuk menunaikan ibadah sunat didalam bulan Syaaban sebelum kita menerima kunjungan bulan Ramadhan yang merupakan bulan ibadat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya. Tetapi masih terdapat perselisihan antara ulama tentang amalan sunat yang dituntut untuk diamalkan dalam bulan syaaban. Hingga ada yang menghukum amalan ibadat tertentu adalah bidaah. Kenapa perselisihan pendapat dalam amalan dibulan syaaban dijadikan hikmat dan kekuatan umat islam, tetapi sebaliknya ia menjadi api permusuhan dan perpecahan dalam Agama sedangkan perselisihan tersebut hanya lah dalam aspek cabang dalam ibadat sunat yang telah menjadi amalan dan mendarah dagingkan amalan teresbut dan semakin kita berilmu semakin kita menolak amalan tersebut dan sedangkan dalam kemaksiatan kita tidak ada kesungguhan dan berpatah arang untuk menghapusnya. Sama-sama lah kita renungkan dan bersikap husnul zhon dalam amalan kita.
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...
Comments