Hari Ke5 Ramadhan
Ramadhan telah 5 hari berlalu, Suasana pasar ramadhan di sekitar Bandar Alor Setar begitu sesak dengan pengunjung bermula dari pukul 4 petang lagi, kesesakannya akan memuncak apabila kakitangan kerajaan mula keluar dari pejabat pada pukul 5 petang. Nampaknya bulan ramadhan menjadi bulan pesta makanan kepada orang islam kerana dalam bulan Ramadhan akan tumbuh macam cendawan dimuasim hujan gerai jualan makanan dan minuman. Bulan Ramadhan sebagai bulan beribadah dan bulan mendidik manusia untuk berjimat dan besederhana dalam kehidupan harian telah tersasar. Keadaan ini tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Ya Allah engkau berilah petunjuk kepada kami supaya kami dapat menjalani kehidupan yang sementara ini mengikut ketetapan dan panduan seperti yang terkandung dalam Al Quran dan juga Sunnah kekasihmu, Amin.
Comments