Laporan Audit 2008
Bulan Jun dan Julai setiap tahun adalah bulan yang paling mencabar kerana Laporan Tahunan Audit perlu disiapkan dan dikemukakan untuk semakan dan seterusnya untuk diperakukan oleh KAN untuk di persembahkan kepada SPBYDA dan DYMM bagi setiap Negeri. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah kenapa cara kerja dan proses penyiapannya begitu bercelaru dan berada dalam keadaan kalam kabut serta dalam keadaan yang tidak teratur. Komitmen pegawai di semua peringkat nampaknya boleh dibanggakan tetapi beberapa perkara perlu diberi perhatian dan direnungkan;
i) Pegawai Atasan perlu mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi dan boleh meyakinkan pegawai bawahan
ii) Arahan Ketua hendaklah jelas dan konsisten
iii) Menepati masa yang di tetapkan untuk memudahkan gerak kerja kakitangan bawahan tanpa tekanan dari dalam dan luaran
iv) Keputusan hendaklah konsisten
v) Dalam keadaan tertentu, penglibatan pegawai hendaklah terhad kepada pegawai yang benar-benar diperlukan supaya masa tidak dibazirkan kerana membuat kerja yang berulang

Hari ini adalah hari terakhir untuk disiapkan dan dikemukakan kepada TKAN untuk semakan terakhir sebelum di Perakui oleh KAN. Walau pun malam semalam terdapat pegawai yang berkhemah kat pejabat untuk menyiapkan LA 2008, tetapi masih belum dapat disiapkan dan tugas semakan dan editing akhir terpaksa disambong pada hari ini. Sehingga pukul 5.00 petang tadi proses mencetak dan menjilid masih rancang dijalankan oleh pegawai-pegawai yang mendapat kepercayaan oleh PAN dengan diawasi oleh TPAN. Laporan yang telah siap akan dihantar ke ibupejabat pada malam ini untuk diserah dengan tangan oleh pegawai yang dipilih oleh PAN kepada TKAN(N) pada pagi esok.
Comments