"Kita lihat dan ambil kekuatan seseorang untuk maju dan meningkatkan produktiviti dan jangan lihat kekurangan dan kelemahan sebagai masalah dan halangan untuk maju dan menghasilkan kerja yang berkualiti". Tapi bagi individu yang bercakap, tidak akan suka dan akan menolak dan singkir terus jika terdapat kelemahan dan kekurangan individu yang menjadi beban kepada mereka. Kenyataan yang pertama hanya untuk menyedapkan telinga pendengar dan juga untuk melepas diri dari beban, jika kena batang hidung pasti tidak akan dapat menerima kenyataan pertama diatas.
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...
Comments