Posts

Showing posts from July, 2009

Program 2009 bermula

Program 2009 akan bermula esok, 28 Julai 2009 dengan destinasi pertama adalah PTDKS. dengan tenaga kerja seramai 4 pegawai dan disertakan oleh 3 pelajar praktikal dari Politeknik Kulim. Nampaknya beban kerja bertambah bukannya berkurangan dengan adanya pelajar berkenaan, beban tugas bertambah kerana tugas perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat disamping memberi tunjukajar kepada pelajar berkenaan. Ini sedikit sebanyak akan mengganggu kelancaran tugas. Tapi Inshaallah tugas akan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kualiti kerja yang terbaik.

Penipuan Jurutera Komputer

Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia. Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih. Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut. Kep

Persidangan Telah Selesai

Image
Beberapa maklumat telah dapat dikutip: Banyak perjawatan baru telah diwujudkan terutama di UAD Kekosongan tersebut belum di isi kerana pegawai yang ada masih terlalu baru untuk dinaikan pangkat kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam tugas pengauditan Banyak pegawai baru akan menikmati kenaikan pangkat walau pun hanya baru setahun jagung dalam jabatan. Pegawai Veteran dalam jabatan dan baru dalam gred jawatan sekarang terpaksa menunggu seperti pegawai baru juga.

Jemputan Kahwin

Image
Jemputan Kahwin datang lagi, hingga kini 4 jemputan telah diterima. Walau pun musim cuti sekolah belum tiba lagi dan menjelang bulan Shaaban dan Ramadhan yang merupakan bulan untuk membiasakan diri dengan puasa sunat sebelum menjelangnya puasa wajib di bulan Ramadhan. Majlis Walimatul Urus tetap diadakan. Semua majlis itu moga mendapat keberkatan Allah hendaknya. Jazakallahukhairan khasira atas jemputan tuan-tuan.

Sampai Di sini Sahaja

Image
Orang tua-tua pernah berkata " Hidung tak mancung, pipi tersurung2" perumpamaan ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan bermasyarakat dan juga dalam konteks perhubungan antara manusia. Dalam perkara ini, ketelitian dan kemahiran untuk melihat dan menilai tindak tanduk seseorang individu ada lah penting supaya segala perkara yang dibuat tidak menjadi sia-sia dan membazir masa sahaja. Jangan lagi buang masa dengan kerja yang sia-sia...........................adalah lebih baik makan nasi mandi Kambing, dah dua tahun tak makan nasi mandi kambing di tanah suci mekah.

Laporan Audit 2008

Image
Bulan Jun dan Julai setiap tahun adalah bulan yang paling mencabar kerana Laporan Tahunan Audit perlu disiapkan dan dikemukakan untuk semakan dan seterusnya untuk diperakukan oleh KAN untuk di persembahkan kepada SPBYDA dan DYMM bagi setiap Negeri. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah kenapa cara kerja dan proses penyiapannya begitu bercelaru dan berada dalam keadaan kalam kabut serta dalam keadaan yang tidak teratur. Komitmen pegawai di semua peringkat nampaknya boleh dibanggakan tetapi beberapa perkara perlu diberi perhatian dan direnungkan; i) Pegawai Atasan perlu mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi dan boleh meyakinkan pegawai bawahan ii) Arahan Ketua hendaklah jelas dan konsisten iii) Menepati masa yang di tetapkan untuk memudahkan gerak kerja kakitangan bawahan tanpa tekanan dari dalam dan luaran iv) Keputusan hendaklah konsisten v) Dalam keadaan tertentu, penglibatan pegawai hendaklah terhad kepada pegawai yang benar-benar diperlukan supaya masa tidak dibazir

Persidangan Juruaudit 2009

Image
Musim persidangan tiba lagi, Persidangan Juruaudit 2009 akan diadakan pada 21 dan 22 Julai 2009, semua Juruaudit seluruh Malaysia akan berhimpun di Hotel Bluewive di Shah Alam. Sempena persidangan tersebut, diadakan juga majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Audit Negara Tahun 2009. Penerima Anugerah diucapkan tahniah, dan buktikan sesungguhnya anda adalah pegawai yang cemerlang. Persidangan adalah flatform yang terbaik untuk menjalin rangkaian antara pegawai dari Jabatan Audit Negera seluruh negara untuk meningkatkan kualiti kerja bagi memartabatkan Jabatan Audit Negara bagi memastikan tidak berlaku kebocoran dan ketirisan dalam mengurus Wang Negera dan lebih tepat duit rakyat. Tetapi sejauhmana keberkesanan peranan Juruaudit dalam menjalankan tugas. Selagi tidak ada garis pemisah antara pembuat dasar dan agen pelaksana, selagi itu keberkesanan tugas Juruaudit tidak akan tercapai.

Mercedes Dah Beli

Image
Baru setahun kerja, dah beli kereta Mercedes, cash lak tu. Kalau kat Malaysia hanya mampu beli Myvi jika dengan pendapatan dalamRM 2,000 sebulan, dengan pinjaman bank, tapi kat UK dengan pendapatan GBP 2,000 dah mampu beli Mercedes. Kita renungkan kuasa beli rakyat malaysia. Kat malaysia semua benda termurah di dunia Kononnya. Kerajaan dah subsidi, diskaun, rebet dan serba datuk nenek lagi yang kononnya kerajaan malaysia "rakyat diutamakan ". Poraaaah.............

Apa Tak Kena

Image
"Kita lihat dan ambil kekuatan seseorang untuk maju dan meningkatkan produktiviti dan jangan lihat kekurangan dan kelemahan sebagai masalah dan halangan untuk maju dan menghasilkan kerja yang berkualiti". Tapi bagi individu yang bercakap, tidak akan suka dan akan menolak dan singkir terus jika terdapat kelemahan dan kekurangan individu yang menjadi beban kepada mereka. Kenyataan yang pertama hanya untuk menyedapkan telinga pendengar dan juga untuk melepas diri dari beban, jika kena batang hidung pasti tidak akan dapat menerima kenyataan pertama diatas.

Dah 3 Tahun Terbengkalai

Image
Telah 3 tahun projek ini terbengkalai dan kini kerja pembinaan hampir siap tapi masih menjadi tandatanya adakah ia dapat disiapkan pada tahun ini, Ini lah nasib pengguna yang sentiasa menjadi mangsa kepada pemaju yang tidak bertanggungjawab dan undang-undang juga berah sebelah yang lebih menguntungkan pemaju dari menjaga kepentingan pengguna. Keadaan ini berlaku kerana antara pembuat dasar dengan pengusaha mempunyai kepentingan. Sampai bilakah pengguna sentiasa ditipu dan menjadi mangsa kepada perjanjian yang berat sebelah. Dalam masa yang terdekat ini, adakah perlu berpindah ke Putrajaya dan tinggal di Kondo Villa Perdana ini kerana dijangka akan siap pada bulan ogos ini. Hanya Allah yang akan menentukannya. Kita hanya mampu merancang dalam kapasiti sebagai hamba Allah.

Ini Lah Cerita Di Sebalik Rumah Sembelih Babi

Image
Pemakan Babi Pun Tak Suka Kandang Babi, Bagaimana Pula Orang Melayu Memang Jijik Dengan Babi, Tapi UMNO............................................ Sekitar Rumah Sembelihan Yang Dirobohkan Potong pokok lagi lama dari roboh bangsal Jam 7 Petang pada hari itu 1.7.09 Pasar disebelah rumah sembelih itu Terlalu dekat dengan pasar dan premis perniagaan lain sekitarnya..baunya?? di pasar ini lah saya selalu pergi beli ikan dan sayur pada setiap minggu. Dekat sangat dengan tempat tu, tapi UMNO bacul hanya PAS yang berani menegak keadilan dengan kuasa yang ada, Pokok tua itu melambangkan lamanya rumah itu DAP KELUAR KERANA BABI?? Berkocak juga politik Kedah gara-gara sebuah bangsal tua yang dibuat tempat membantai (sembelih) babi, binatang yang dimakan oleh kebanyakan ahli DAP, MCA, Gerakan dan sesetengah Ahli UMNO....jangan marah la, sebab ada ahli UMNO keturunan siam beragama budha, memang depa makan menatang tu.. Bangsal tua tu usianya dan hampir 40 tahun, dulu bers

LA 2008

Image
30 Jun 2009, adalah hari yang ditunggu sama ada hasil kerja selama setahun diterima untuk dilaporkan. Semasa pembentangan kepada pegawai atasan, tidak banyak persoalan yang dibangkitkan. Ini merupakan petanda positif bahawa isu yang dilaporkan telah menepati citarasa pegawai atasan jabatan dan persembahan laporan juga telah memberi kefahaman kepada pembaca. Tetapi yang menjadi tandatanya, kenapa masih lagi terdapat kesilapan ejaan yang tidak sepatutnya berlaku, walaupun beberapa kali semakan demi semakan untuk memastikan tidak berlaku kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Kesimpulannya Laporan yang disediakan telah mencapai standard yang diharapkan tetapi yang pasti format persembahan laporan totally telah berubah dari format laporan sebelum ini.