Selamat Menempuh Alam Universiti
Petang tadi pergi ronda-ronda kat Bandaraya Alor Setar, Keadaan bandar Alor Setar agak sesak dengan kereta kerana ramai ibubapa dari luar datang untuk mendaftar anak mereka yang akan memasuki alam Universiti pada esok hari, semua hotel, motel dan Homestay pun habis ditempah oleh ibubapa yang akan menghantar anak-anak yang akan mendaftar sebagai pelajar di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis. Ada Ibubapa yang akan mendaftar anak di UNIMAP terpaksa menyewa hotel kat Alor Setar kerana Negeri Perlis kekurangan bilik Hotel. Pengusaha Homestay juga tumpang mendapat rezeki kerana ditempah oleh keluarga pelajar tersebut.
Bermulanya sessi pengajian 2009/2010, maka bertambahlah bilangan graduan yang akan memasukki pasaran kerja. Persoalan yang perlu kita sama-sama fikirkan:
1. Kualiti Graduan kita adakah mencapai tahap yang boleh dibanggakan
2. Peluang pekerjaan yang sedia ada adakah mencukupi untuk graduan yang sedia ada dan yang akan dilahirkan oleh pelbagai Universiti di Malaysia ini
Dan banyak lagi persoalan yang perlu kita renungkan.

Comments