Pusingan Pertama Telah Selesai
1 Jun 2009, Pusingan pertama untuk hasil kerja selama setahun telah dibentangkan kepada pihak yang perlu menjawab persoalan yang dibangkitkan, pada keseluruhannya, menerima dan memperakuinya, kecuali beberapa isu yang memerlukan penjelasan dan maklumat tambahan telah diberi. Perjalanan seterusnya adalah 2 tugasan lagi yang memerlukan tindakan yang awal sebelum menjelangnya 29 Jun 2009. Tarikh tersebut adalah penghujung tugasan tahun 2008. Persediaan yang lebih rapi dan teliti, kerana sebarang kekurangan dan kesilapan akan membawa kesan yang kurang menyenangkan. Sudah lumrah, yang kurang dan cacat itu akan menjadi umpat keji, yang baik itu tidak yang peduli.
Hukum Alam
Comments