Posts

Showing posts from June, 2009

Mana Penentang Cadangan MB Selangor Nak Buka UiTM kat Non Bumi

Sama-sama kita Fahami dan renungi Berita di bawah: BIASISWA NASIONAL -melayu PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan. Mengumumkan perkara itu malam ini, Najib Tun Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama. ‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya. Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini. NAJIB TO INTRODUCE MERIT-BASED

Selamat Menempuh Alam Universiti

Petang tadi pergi ronda-ronda kat Bandaraya Alor Setar, Keadaan bandar Alor Setar agak sesak dengan kereta kerana ramai ibubapa dari luar datang untuk mendaftar anak mereka yang akan memasuki alam Universiti pada esok hari, semua hotel, motel dan Homestay pun habis ditempah oleh ibubapa yang akan menghantar anak-anak yang akan mendaftar sebagai pelajar di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis. Ada Ibubapa yang akan mendaftar anak di UNIMAP terpaksa menyewa hotel kat Alor Setar kerana Negeri Perlis kekurangan bilik Hotel. Pengusaha Homestay juga tumpang mendapat rezeki kerana ditempah oleh keluarga pelajar tersebut. Bermulanya sessi pengajian 2009/2010, maka bertambahlah bilangan graduan yang akan memasukki pasaran kerja. Persoalan yang perlu kita sama-sama fikirkan: 1. Kualiti Graduan kita adakah mencapai tahap yang boleh dibanggakan 2. Peluang pekerjaan yang sedia ada adakah mencukupi untuk graduan yang sedia ada dan yang akan dilahirkan oleh pelbagai

Berita Promo Kembali Lagi

Kawan dari KL call tadi, kononnya 'Exercise for promo'akan keluar pada bulan Jun/Julai 2009 ni, jun dah dipenghujungnya, dan Julai akan menjelang tidak sampai 10 hari lagi, antara 16 hingga 19 calun berpeluang untuk di promo kan, siapa yang bernasib baik dan memeng dah ditentukan oleh Allah akan mendapat, kita tunggu hingga akhir Julai ini, adakah berita ini ada sepoi2 bahasa yang tidak akan menggugurkan buahnya atau sememangnya ribut yang akan memberi Durian runtoh kepada hamba Allah yang telah ditetapkan.Tunggu dan lihat apa akhirnya.

Very Good

Apa kah nilai ucapan ini, jika ucapan ini tidak disertakan dengan keikhlasan oleh pengucapnya. Ucapan ini tanpa keikhlasan dan mempunyai sesuatu tujuan tidak memberi sebarang erti bahkan akan menampak sifat hipokrit pengucapnya. Tapi bagaimana untuk menilai keikhlasan, hanya jauhari yang mengenal manikam...................

LOM, Apa Hasil nya

Ramai dah pegawai kanan jabatan yang menhadiri kursus LOM, yang mengorbankan perbelanjaan yang besar untuk melahirkan Pengarah Negeri, Pengarah Bahagian, ketua Seksyen yang berkemahiran dan berkemampuan untuk menjadi pemimpin yang dapat memimpin orang bawahan supaya organisasi yang dipimpin akan dapat menghasil produk atau servis yang berkualiti melalui kerja berpasukan. Tetapi sayang hingga kini matlamat kursus masih jauh untuk dicapai,Pegawai2 kanan yang mengetuai jabatan/bahagian/unit gagal untuk mengadaptasi dan mengamalkan ilmu yang diperolehi semasa kursus LOM. Walaupun masing-masing mengakui kandungan kursus itu berkesan dan berfaedah serta memberi manafaat kepada peserta, tetapi pada hakikatnya masing pegawai kana masih bersikap dan mengamalkan perangai, feel dan tingkah laku yang lama, kesimpulanya objektif kursus adalah gagal untuk dicapai.

Berita Promo

Image
Berita ini dah bertiup sejak bulanJanuari 2009. Tetapi ribut dan taufan tidak lagi bertiup hinggakan daun pun tidak bergerak, kini berita yang sama kembali bertiup yang khabarnya fenomena Al Promo akan menjelang lagi antara Jun dan Julai ini, biarkan dia bertiup dengan sekuat mana, tidak akan peduli sehingga pokok yang ditiup tumbang baru lah boleh di percayakan.

Persiapan Terakhir Untuk Akaun 2008

29 Jun 2009, Laporan Kajian perlu disiapkan kerana KAN akan datang untuk semakan terakhir, adakah hasil kerja telah dapat di terima.

Pusingan Pertama Telah Selesai

1 Jun 2009, Pusingan pertama untuk hasil kerja selama setahun telah dibentangkan kepada pihak yang perlu menjawab persoalan yang dibangkitkan, pada keseluruhannya, menerima dan memperakuinya, kecuali beberapa isu yang memerlukan penjelasan dan maklumat tambahan telah diberi. Perjalanan seterusnya adalah 2 tugasan lagi yang memerlukan tindakan yang awal sebelum menjelangnya 29 Jun 2009. Tarikh tersebut adalah penghujung tugasan tahun 2008. Persediaan yang lebih rapi dan teliti, kerana sebarang kekurangan dan kesilapan akan membawa kesan yang kurang menyenangkan. Sudah lumrah, yang kurang dan cacat itu akan menjadi umpat keji, yang baik itu tidak yang peduli. Hukum Alam