Posts

Showing posts from 2008

Maal Hijrah , Tahun Masehi

Semalam, sebelum solat magharib umat islam beramai berdoa diaakhir tahun Hijrah dan selepas magharib berdoa untuk menyambut tahun baru hijrah 1430, walau pun ada kalangan kita yang menganggap amalan itu adalah bidaah, tetapi ia tidak bertentangan dengan prinsip berdoa, maka adalah lebih baik berdoa dari tidak berdoa, kita berharap bermulanya tahun hijrah 1430, umat islam akan menjadi umat yang lebih berpegang kepada ajaran islam dan Allah s w t a akan membantu umat islam membangun daulat islam di muka bumi ini, amin.

PRK Kuala Trengganu

Semalam sambil layari internet, terdengar dihujung telinga kenyataan Calun B* PRK KT dalam TV yang katanya, undi rosak berlaku kerana ramai pengundi tidak pandai memangkah kertas undi........ atau saya yang silap dengar kenyataan ini, tolong betulkan kalau silap................................... Kalau kenyataan ini betul, kah, kah, kah, Kenyataan yang amat b****g, adakah setelah 12 kali Pilihan Raya Umum diadakan di Malaysia, masih ada pengundi tidak pandai memangkah kertas undi kerana, anda pernahkah mendengar kenyataan pemimpin2 B*........................ Kononnya B* pandai perintah, Malaysia dah jadi Negara Maju, taraf pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, jika kenyataan itu yang keluar dari mulut calun B* PRK KT, ini tanda kegagalan B*, benda yang paling mudah seperti memangkah kertas undi pun gagal dilaksanakan oleh rakyat Atau memang menjadi budaya pemimpin B* yang memandang rendah tahap pemikiran rakyat malaysia yang masih menganggap rakyat masih berfikiran zaman batu dahul

Lama Tak Up-Date Blog. Jamaah Haji 2008

Kena pi persidangan Pengarah Audit Kat Melaka, Bentang Program Audit 2009/2010, Banyak kerja tahun 2009, Kat Air port, bertembong dengan Jemaah Haji yang baru pulang dari menunaikan rukun islam yang kelima, Betapa ramainya sanak saudara yang menyambut jemaah tersebut, semoga haji dan hajjah tersebut mendapat haji yang mabrur. berbahagialah mereka kerana disambut oleh sanak saudara yang ramai dari saudara, anak menantu, cucu cicit Kenangan semasa menunaikan fardhu haji dan Umrah pada masa-masa yang lalu telah menggamit hati ini untuk menjadi tetamu mu ya Allah, Engkau jemputlah aku untuk menjadi tetamu lagi Amin, ya rubbul alamin ........................................

Persidangan Pengarah Audit Di Melaka

Esok kena pi melaka lak, untuk Persidangan Pengarah2 Audit , 17 hingga 19 Dis. 2008 Banyak juga agenda, kena sedia Slide untuk Kajian Jabatan Hutan, ini yang tak seronoknya, banyak maklumat yang belum dapat, 13 Januari 2009 kena bentang kat Ketua Audit Negara lak, ini lebih pening kepala. Kena buat gak. Yang terbaik adalah matlamat, pasti?

Kalau Ada Duit, boleh la.......................

Image
hehe...lama tidak menulis.tak ada masa.sibuk yang dibuat2kan.Sampai nak pergi jumpa TOK guru pun tak sempat.aduilaaaa. Rupanya Ustaz Man yang call.Dia tanya kami nak kerja dengan pakej al Mas dok?Ana jawab insyaAllah.Tapi kene tengok dulu skop kerja macam mana.(inilah lebih kurang percakapan kami)dia pun send nombor handphone hj khairani.Dia minta kami gi jumpa Hajah Yasmin. >Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan,pakej al mas adalah pakej Tabung Haji paling mahal iaitu harganya RM102 000.00...Lebih dan kurang 16hari di Makah dan Madinah. Dalam kepala kami,kami berasa sangat happy dengan tawaran ini.Bukan faktor gaji tetapi dapat buat haji bersama dengan mereka.tak payah fikir tasrih doh lepas ni :) Kami pun pergilah berjumpa dengan Si Yasmin ni.Setelah berbincang panjang dengannya,kami cakap kami akan fikir balik hal ini.Aku pada mulanya diminta menjaga Aznil hj Nawawi.Aku tolak mentah2 coz aku memang tak pandai nak layan artis :)akhirnya ustaz man pilih khairul arifin untuk men

Ilmu dan Amal

Itulah pentingnye bila berkawan dengan org2 yg berilmu. Dlm sembang-sembang dapat ilmu. Sambil makan dan minum dapat ilmu hatta masa sambil-sambil baring utk rehatkan badan dan mata pun masih berkesempatan mendapat ilmu.

Bila Nak Gi

GuangZhou Guangzhou.....memang terkenal dari dulu lagi,islam disana sudah 1400 tahun yang lalu,bagi saya jika kita kesana sekadar nak tour lebih baik ke Beijing sebab sini adalah Hub Business.Kalau nak niaga memang sini adalah tempatnya.Walaupun begitu bagi orang yang ingin melihat kebesaran Allah dapatlah juga lihak bagaimana kuatnya berusaha orang-orang cina.Dalam kesempatan ke sana ,kami juga berkesempatan menjamu selera di Warung Mee Tarik.Makanan dicina biasanya berasaskan kambing.Jadi rata-rata restoran ada banyak makanan berasaskan kambing. Kalau nak niaga,tak larat kaki nak turun naik gedung-gedung yang besar dan dipenuhi dengan barangan untuk diborong.Kalau ke GuangZhou mesti tepat sasaran.Bahan apa yang kita mahu berniaga...sebab satu-satu benda ada 4-5 pasaraya.Kulit.....semuanya kulit......Kasut dan selipar semuanya kasut dan selipar.......................Barangan mesin pun terlalu banyak...........Makanan muslim banyak dan mudah...................

Tip Untuk Temuduga

Panduan dari Penal Temuduga Pembaca budiman, Alhamdulilah kelmarin saya dijemput untuk menjadi ahli panel temuduga untuk calon PHD dan Sarjana bagi sebuah Yayasan milik GLC. Kegembiraan tersemat di hati dengan jemputan dan pengiktirafan sebegini. Inilah satu lagi ruang untuk saya membantu membina generasi muda. Rata-rata calon yang hadir memiliki CGPA yang cemerlang. Yayasan ini juga menetapkan CGPA minimum 3.6 untuk pengajian Masters dengan pengalaman kerja 5 tahun. Persaingan untuk merebut 3 tempat untuk tajaan universiti ternama di luar negara ini agak sengit jika diukur dari sudut akademik. Cuma 3 calon sahaja yang akan dipilih dari senarai seramai 18 orang yang telah menetapi kriteria. Penilaian untuk mendapat biasiswa ini bukan berdasarkan kepada academic excellence semata-mata. Kebanyakkan calon silap perhitungan. Bagi saya, sudah tentu panel akan melihat dari sudut kepimpinan, emosi dan spiritual. Ada calon yang memberi isyarat badan seolah-olah mereka kecewa kerana gagal menja

Wukuf Di Arafah dan kenangannya

Dikala ini saudara kita yang menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah Haji sedang Berwukuf di arafah yang merupakan satu rukun dalam ibadah haji, tanpa wukuf maka tiada lah haji. Bagi Hamba Allah yang pernah menunaikan ibadah haji akan dapat merasakan betapa sifat kehambaan dengan penciptanya ia itu Allah begitu dekat sekali, suasana di mekah, arafah, muzdhalifah, mina akan merasakan kekerdilan kita sebagai hamba. Walaupun dalam suasana serba kekurangan kita merasakan ketenangan dan kesahduan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kecuali mereka yang pernah menunaikan haji. Laibaikallah humalaibai........................

Adakah Kita Perihatin

Jaga Rohani Awas Pinggan Mangkuk Diperbuat Campuran Tulang Babi PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog. Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu. Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan modern. Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyaka

Perjuangan Melayu masih cara UMNO lagi?

Ramainya orang melayu yang merasa bimbang dengan kuasa Politik Melayu di Malaysia. Kelompok-kelompok ini sering melaungkan ketuanan melayu, hak istemewa melayu dan pelbagai lagi yang kononnya untuk melayu, tetapi jika perjuangan itu masih lagi mengikut acuan dan kepompong UMNO, maka semua yang diperjuangkan hanyanya retorik sahaja. Walaupun perjuangan itu atas dasar keikhlasan dan kesedaran untuk menjamin masa depan orang melayu, lebih dukacita jika perjuangan itu atas kepentingan diri dan kepentingan UMNo sendiri. Jika perjuangan lebih bercorak universal kepada orang melayu, ia lebih cenderong untuk mendapat sokongan padu dari orang melayu. Bangsa melayu diyakini akan lebih berjaya dalam semua bidang kerana peluang dan kesempatan yang ada lebih terbuka dan ini akan melahirkan bangsa melayu yang berjaya dalam persaingan yang sihat dan penuh dengan keadilan kerana hukum alam telah membuktikan siapa yang berusaha, kesungguhan, berikhtizam dan penuh keikhlasan, kesamarataan akan berjaya,

Hari Ke 2 Bengkel

Fungsi Penggunaan Kamera semakin difahami dan kemungkinan akan menghasilkan Gambar yang lebih berkulaiti dan dapat memberi gambarabn dan maksud sebenar gambar yang telah diambil

Bengkel Hari Pertama

Bengkel di kelolakan oleh Jurukemera pro En. Aminuronamin, lihatlah blog beliau........... yang merupakan Fotografer profesional untuk mengenali Fungsi kemera, kaedah untuk mengambil gambar yang jelas dan fokas kepada subjek yang dikehendaki dan mereka yang melihat dapat memahami dan faham mesej yang ingin disampai, satu bengkel yang enjoy dan memeberi kefahaman yang lebih untuk memahami fungsi sesebuah kemera.

Akademi Audit Negara dan imbasannya

Ini adalah kali kedua berada di AAN, kali pertama adalah pada tahun 2001 kerana menerima cenderahati sempena perkhidmatan di Jabatan Audit Negara, kali ini kehadiran sebagai peserta dalam bengkel Fotografi untuk mendapat kemahiran untuk mengambil gambar yang lebih qualiti dan dapat mengambarkan keadaan sebenar supaya orang yang melihat nya dapat memahami dan menikmati mesej yang ingin disampaikan. Bengkel yang enjoy kut, Tapi minggu depan mulai 16hb Nov. Kursus Leadership and organisation untuk pegawai Gred W 44 hingga W 54(pegawai kanan konon) yang akan ditawarkan kejawatan Gred yang lebih tinggi akan diadakan di PD, N 9 lak, seminggu, lama oii, mesti boring punya. apa boleh buat, tak pi tak leh naik pangkat lak, kena pi gak.

Untuk Renungan

Universiti Kehidupan 11 - di sebalik makanan kita Kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya di Mekah Jun 2008. Pagi ini merupakan hari-hari akhir saya di Mekah. Esok, saya akan meninggalkan Mekah dan menuju ke Jordan kerana beberapa urusan.. Seperti biasa, hobi membaca membuatkan saya mencari kedai-kedai buku di sini. Hampir dua jam berada di kedai kitab di belakang Zam-Zam Tower. Setelah membeli kitab-kitab, saya berjalan pulang ke hotel. Di pertengahan jalan, saya singgah di sebuah kedai minum. Saya membeli air jus oren kisar. Sambil meneguk sedikit demi sedikit air ini, saya memerhati gelagat manusia yang lalu lalang. Saya mengeluarkan buku catitan kecil saya dan mulai menulis pengajaran yang boleh saya belajar. Tiba-tiba datang seorang tua dengan pakaian ihram di tepi saya. Dia terus melabuhkan punggungnya di kaki lima hotel, berhampiran saya duduk. Kemudian, pelahan-pelahan dia mengeluarkan beg plastik kecil dari celah simpulan kain di pinggangnya. Beg plastik itu

Kita Bagaimana Pula

KURANG ADAB & BERKAT Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Semasa saya sedang memberikan kuliah pertama dalam kelas Fiqh Muamalat bagi pelajar tahun 3 di European Institute of Human Science. (www.eihs.org.uk) Tiba-tiba seorang pelajar dari Russia mengangkat tangan lalu bercakap dalam bahasa arab yang masih boleh saya fahami walaupun agak sedikit kelam kabut. Ia satu perkembangan memberangsangkan, kerana sebahagian pelajar ini dahulunya tidak mengenali huruf 'Arab, namun hari ini dalam tempoh 4 tahun, mereka sudah boleh bercakap ‘Arab dengan gaya bahasa pasar, walaupun ada kesalahan namun ia tertutup dengan gayanya yang penuh yakin. Itulah salah satu kunci untuk berjaya dalam pertuturan bahasa, keyakinan terlebih dahulu dan diikuti pembetulan sedikit demi sedikit. "ustaz, kami sebenarnya suka kuliah ini tetapi kami harap ustaz tidak mengambil hak kami, biasanya pensyarah memberikan kami 10 minit rehat dan tamat 10 minit lebih awal" Panas juga saya mende
MAKANAN YANG DICEMARI DENGAN MELAMINE GUAN, LEO, SANTA DAN SWAN KELUARAN NEGARA MALAYSIA Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk biskut berjenama Julie’s keluaran Negara Malaysia ditarik balik dari pasaran kerana dicemari dengan bahan melamine.Siaran Akhbar ini dikeluarkan berikutan dengan penarikan balik oleh Ageni ‘Agri-Food and Veterinary Singapore’ keatas produk-produk berikut seperti: 1. Julie’s Golden Kaka Crackers keluaran Negara Malaysia. 2. Julie’s Wheat Crackers keluaran Negara Malaysia. 3. Julie’s Cottage Crackers (Vegetable Yeast Cracker) keluaran Negara Malaysia. 4. Julie’s Cottage Crackers (Original Yeast Cracker) keluaran Negara Malaysia. 5. Julie’s Chez Creamy keluaran Negara Malaysia. 6. Julie’s Sugar Crackers (extra flaxy) keluaran Negara Malaysia. 7. Julie’s Waferico Chocolate Wafers with Chocolate Cream keluaran Negara Malaysia. 8. Julie’s Cream Crackers keluaran Negara Malaysia. 9. Julie’s Minico Rich Chocol

Banjir Lagi

Hujan yang belarutan menyebabkan berlakunya banjir di negeri kedah, Kerajaan dibawah pimpinan pas perlu mengambil tindakan yang pro aktif untuk membantu mangsa banjir supaya ia tidak diambil kesempatan oleh BN untuk memperlekehkan kepimpinan baru

Rosmah Ada Pejabat Di MOF? dari Blog.. Merah Tinta

Kalau Benarlah Ini... Parah Rosmah Ada Pejabat Di MOF? PAGI tadi saya minum dan pekena capati dengan seorang kawan lama di retoran Pakistan berdekatan rumah. Bertemu, makan sambil untuk beraya. Beliau seorang penulis veteran, pengulas politik yang rapat dengan kebanyakan pemimpin politik. Bersifat provokatif. Mengakui banyak mengetahui hal-hal dalam kain pemimpin. Lebih jauh dari itu beliau juga turut menerima maklumat dalaman Kerajaan termasuk soal-soal keselamatan. Kawan ini juga baik dengan penulis dan sasterawan negara. Pernah berkhidmat dengan akhbar di Indonesia dengan menjadi wakil akhbar itu untuk negara ini tahuan 60-an. Pernah dibayar sebanyak USD1,000 oleh akhbar berkenaan, satu bayaran lumayan! Begitulah ceritanya. Gaya hidup kawan ini bertaraf tinggi, ada kelas dan standard. Berpakaian kemas, bertali leher senantiasa dan terpangaruh dengan disiplin Barat. Akhir-akhir ini banyak menulis mengenai biografi tokoh-tokoh politik, diplomatik dan korporat. Mengaku tidak pernah men

Ulangan 9 Oktober

Hari ini menjelang lagi 9 oktober bagi kali yang ke 52, sejak insan ini dilahirkan oleh seorang ibu, Ibu yang bernama Fatimah, ibu yang menjadi insan yang amat memahami hatibudi anak nya, anakmu hanya mampu berdoa semoga ibu akan ditempatkan bersama para ambia,shuhada dan solehin

Shawal

Ramadhan telah berlalu, bulan shawal menjelma, adakah setelah kita berpuasa selama sebulan dan kita juga akan beraya sebulan sepanjang bulan ramadhan. Bagaimana Puasa sunat 6 hari di bulan Shawal, adakah kita akan mensia-siakan ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi sesiapa yang berpuasa selama 6 hari dalam bulan shawal akan mendapat ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun. Sambutan majlis rumah terbuka yang diadakan setiap hari sepanjang bulan shawal adakah akan membuatkan kita terlupa dan lalai untuk menyempurnakan puasa sunat yang amat besar ganjarannya. Aidul Fitri adalah satu shawal. Walaupun tidak menjadi kesalahan jika kita mengambut Aidul fitri sepanjang Shawal, tetapi kita jangan pula melupakan puasa 6 hari dalam bulan shawal. Kerana sekolah Ramadhan telah mendidik kita untuk bertaqwa kepada allah, jadi puasa dalam bulan shawal adalah tanda dan hasil dari didikan ramadhan.

Berakhirnya Ramadhan 1429

Apabila Azan maghrib 30 Ramadhan 1429, jam 7.15 waktu Alor Star berkumandang, maka berakhirnya Ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan. Tetapi kita sebagai hamba Allah, apakah yang kita dapat dari didikan ramadhan: 1.Ketakwaan kita telah meningkat? 2.Amalan ibadah kita telah bertambah dari segi kualiti dan kuantiti sebelum, pada dan selepas Ramadhan? 3.Sifat-sifat keji telah dapat dihapuskan dan diganti dengan sifat terpuji ? Sama-sama kita bermuhasabah untuk menilai kesan dari pendidikan ramadhan yang baru saja berlalu. Akhir Kalam, selamat menyambut Aidul Fitri,

Kerajaan Be End & Kerajaan PR

Kerajaan Be End kini dalam keadaan tertekan kerana kepercayaan Ahli UMNO kepada kepimpinan Pak Lah semakin terhakis, Melalui berita Akhbar yang menjadi pendokong kuat kepada kerajaan kini telah jelas suara-suara yang mempertikaikan kepimpinan dan peralihan kuasa antara Pak Lah dengan Pak.............. Bolg Kuda Kepang dan Jawatankuasa Ad-Hoc adalah blog yang boleh dapat kita melihat suasana kecelaruan dan ketidak pekaan Kepimpinan UMNO untuk membuat perubahan selaras dengan suara hati Ahli UMNo sendiri, kita lihatlah kesudahannya. Kita lihat pula kerajaan PR, pada masa ini tidak ada blog yang dapat dijadikan asas untuk kita mendapat berita yang meyakinkan, tetapi kita yang menyampah dengan Kera......jaan, kita berharap kerajaan PR dapat dibentuk dan sekali gus menghapuskan kurafat yang dibawa oleh U**O bahawa depa saja yang pandai memerintah, ya betul kut pandai memerintah, tetapi tidak pandai mentadbir dan mengurus negara.

Sejarah tidak pernah menipu, lihat Lah

">Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno.Berikut beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu. Dalam fakta ini tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat.akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua. Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini. di susun mengikut negeri-negeri. Kelantan: Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Macam-macam Hang le Lah

PAS Muqabalah, Saiful Mubahalah, BN Munggalabah Bila Hang Lah sedar Anwar bagi masalah Dia istihar UMNO dan PAS bermuzakarah PAS kata sebenarnya ia adalah muqabalah Lalu tersepit dia suruh si Saiful mubahalah Semuanya tak menjadi maka P44 BN jatuh kalah Anwar kata 16 September tak ada masalah BN tenggelam punca dan mula menggelabah Dihantar 51 MP BN ke Taiwan oleh Hang Lah Betui-betui punya dongoi cara BN memerintah Apa punya haprak mentaliti BN dan Hang Lah Aku rasa BN dah masuk kategori Mughalazah Perabis duit hantar MP BN ke Taiwan Misinya ialah belajar sambil berjalan Malam boleh berseronok di kelab hiburan Sepatutnya beramal lebih di bulan Ramadan Macamlah tak boleh jalan lain-lain bulan Hang Lah dan NorJeep kata ianya kebetulan Hangpa ingat rakyat bodoh tak guna fikiran Kalau tersepit eloklah hangpa dua letak jawatan Mufti Perlis pun dah tulis pantun cari ganti Kalau negara kacau eloklah hangpa dua berenti Mana boleh Perompak ganti Pencuri Perompak tu NorJeep Pencuri tu Bedw

1 Ramadhan

Image
اَللَّهُمَّ رَبَّ شَهْرِ رَمَضَانَ الَّذي اَنْزَلْتَ فِيهِ الْقُرْآنَ، وَافْتَرَضْتَ عَلَى عِبَادِكَ فِيهِ الصِّيَامَ، ارْزُقْنِي حَجَّ بَيْتِكَ الْحَرَامِ فِي هَذَا الْعَامِ وَفِي كُلِّ عَام، وَاغْفِرْ لِيَ الذُّنُوبَ الْعِظَامَ فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُهَا غَيْرُكَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ Bulan Ramdhan telah bermula, apakah kita masih tidak mengambil peluang mengisi bulan ramadhan dengan beribadat, dalam terdapat satu malam yang dinamakan malam lailatul khadar, dimana amalan pada malam itu mendapat ganjaran seperti bribadat selama 1000 bulan, adakah kita tidak mengambil peluang yang disediakan oleh Allah. 1 Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Tak sampai 24 jam lagi (inshaallah) kita akan mula menyambut bulan ramadhan dan menunaikan ibadat puasa. Apakah persediaan kita untuk menerima kunjungan bulan yang penuh keberkatan ini, Semoga bulan ramadhan tidak berlalu begitu sahaja. Sama-sama lah kita menghidupkan bulan Ramadhan seperti yang dituntut oleh Islam Marhaban ya Ramadhan.................................................

Kerajaan PR

Tahniah kepada Dato' Sri Anuar Ibrahim kerana berjaya dalam Pilihanraya Permatang Pauh, Tetapi Prinsip perjuangan perlu di pertahankan demi survival islam dan orang melayu kita lihat adakah semua yang diperjuangkan akan direalisasikan

Jika Keluar dari Mulut Depa [be end], lihat Lah

Image
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k

Jiwa Hamba

Kenapa, bila, siapa, adakah kita, pelupa, depa, desparada, sentiasa teraba-raba, entah dimana-mana, adakah ini puncanya - menyebabkan orang Melayu jadi malas, penakut, tidak berani menentang, tidak kritis dan yes tuan kerana kita sejak dulu di ajar dengan sembah takzim, ampun berjuta ampun, tunduk dan angkat tangan sembah, meniarab melutut. Kita dilengkongi khurafat dan bidaah, syirik kononnya itu adalah adat.

Ramadhan al mubarak

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN 1.Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan. 2.Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari. 3.Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau. 4.Solat Tarawikh 20 rakaat. 5.Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk. 6.Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi. 7.Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat) 8.Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur. 9.Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur. 10.Jangan tidur sesudah sahur. 11.Solat Subuh berjemaah di Masjid. 12.Tadarus pendek. 13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq. 14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera. 15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha. 16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali. 17.Jam

Renungan

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .'Jauhilah riba, sesungguhnya riba itu haram lagi memusnahkan.

Pemimpin kita macam ni dak

Image
Wednesday, August 20, 2008 Kehidupan Presiden Iran Inilah cara hidup Presiden Iran. Gambar dirakam dalam pesawat rasmi presiden. Cuba bandingkan dengan pemimpin Malaysia yang ada pada hari ini. Bagaikan langit dengan bumi...

Pilihan raya Permatang Pauh

Image
Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh akan menentukan arah tuju pengundi khasnya dan keseluruhan rakyat amnya, Tetapi adakah pengundi hantu yang telah dijamu oleh tuan nya akan berkeliaran. atau hantu-hantu telah pandai memilih, walaupun dijamu tetapi tidak mengikut tuannya lagi. Jika keputusan PRK permatang pauh, memihak kepada Be end, maka rakyat yang rasional (rakyat yang menyokong PR dah lama mempercayai peranan pengundi hantu) akan mempercayai bahawa Hantu-hantu makin bermaharajale dan masih taat kepada tuannya. Kita tunggu dan lihat

Lihat Detik Hitam UiTM dibawah UMNO- Renungkanlah

Membela hak Melayu? Tidakkah Ibrahim Abu Shah menyedari bahawa banyak isu lain berhubung hak Melayu yang sepatutnya diperjuangkan golongan 'nasionalis totok' seperti beliau. Bagaimana dengan dasar kerajaan BN yang membuka 10 peratus pengambilan Maktab Rendah Sains MARA kepada bukan Bumiputera? Bagaimana pula kuota biasiswa 55-45 bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Jika Ibrahim benar-benar merasakan Abdul Khalid perlu memohon maaf; beliau terlebih dahulu perlu melakukan perkara serupa kerana telah pun melaksanakan idea Abdul Khalid beberapa tahun lalu seperti dinyatakan Prof Khoo Kay Kim. Ibrahim juga dilapor menyifatkan Abdul Khalid sebagai cetek pemikiran kerana sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai UiTM sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa. Tidak sedarkah Ibrahim bahawa beliau juga berfikiran cetek kerana mendakwa tidak melihat sebarang perubahan yang dilakukan keraj

Adakah Rakyat Masih Dalam Gua Batu

Image
Peluang Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil yang dijangka hari pengundian pada 26 Ogos 2008 memang cerah berdasarkan UMNO dan BN tenggelam punca dan terdesak untuk mengemukakan calon, menurut penganalisis politik. Menjelang penamaan calon 16 Ogos 2008, UMNO yang pada peringkat awalnya gagal memujuk Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bagi menjadi calonnya. Malah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mengakui pilihanraya kecil itu menjadi medan untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai dasar kerajaan, seolah-olah selama ini rakyat tak diberi penjelasan, beritahu aktivis masyarakat di Pahang L Mankadir Shamsi. “Dengan kenaikan harga petrol, kegelisahan peniaga dan kesukaran kerajaan membendung rasuah, peluang PKR adalah cerah,” kata Mankadir k Lagi Nasib Melayu dibawah kuasa Melayu Malam kelmarin (4 Ogos 2008) ketika dalam perjalanan balik selepas menghantar anak saya ke Seri Kembangan, singgah pula di Taman Ken

Entah lah Apa Nak Jadi Dengan Cerdik Melayu

Image
Langkah pihak IPTA mahu mengambil tindakan undang-undang dengan saranan menjadikan institusinya sasaran bagi membuka kuota kemasukan pelajar 10 peratus kepada bukan Melayu dianggap membazir dan kebudak-budakan, menurut bekas Exco Pemuda UMNO Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Mengulas laporan Naib Canselor UiTM, Profesor Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah hari ini (17 Ogos 2008) yang mahu mengambil tindakan undang-undang kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sekiranya tak meminta maaf, Dato’ Kamal Amir berkata, “Tan Sri Khalid tak mempunyai kuasa membuat keputusan selain daripada membuat cadangan sahaja, justeru Profesor Dato’ Seri Ibrahim perlu tumpukan tugasnya di UiTM sebagai penjawat awam”. Beliau juga berasa hairan kenapa Naib Canselor UiTM itu tak bangun menentang isu PTPTN yang dikritik oleh sebahagian besar ahli akademik di IPTA dan IPTS. Isu PTPTN yang mengajar pelajar-pelajar Melayu berhutang adalah bertentangan perlembagaan yang jelas menyebut penganugerah biasiswa adala