Entah lah Apa Nak Jadi Dengan Cerdik Melayu
Isu PTPTN yang mengajar pelajar-pelajar Melayu berhutang adalah bertentangan perlembagaan yang jelas menyebut penganugerah biasiswa adalah terkandung dalam hak istimewa orang Melayu. Dato’ Kamal Amir yang juga Jurucakap PRIMA menasihati pimpinan IPTA dan IPTS mencontohi bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dr Syed Hussein al-Attas (Allahyarham) yang berani mengkritik ‘diri sendiri’ semata-mata mahu melonjakkan martabat akademik di IPTA dan IPTS. Malah menurut Dato’ Kamal Amir, Dr Syed Hussein berani menimbulkan isu ‘profesor kangkung’ apabila kalangan akademik mencapai status kerana dorongan politik bukan disebabkan jatidiri masing-masing. “Majoriti kalangan profesor memang wajar menghasilkan buku kajian akademik secara berterusan sebagai latihan ilmiah,” katanya lagi.
Lagi Cerita Nasib Melayu
Duhai Melayu
apabila suatu bangsa
sudah tidak dapat lagi membezakan
antara kebenaran dan kepalsuan
makanya, bangsa itu sudah mula
membuangkan pakaian di tubuh
kerana di dalam masyarakat orang telanjang
yang berpakaian dianggap biadap
dan tidak sopan.
Syabas saudaraku Anwar Ibrahim
kau masih menjadi wira
yang tidak membuang pakaianmu
dan obor perjuangan masih jua tetap
benderang di tangamu!
Dan lagi....................
Seloka Bangsa Melayu
Berhimpunlah semua pelajar-pelajar IPTA/IPTS
Kita berdemo di UiTM ke merata pelusuk kampus.
Limpahkan banggamu ke setiap pejuang Melayu
Simbahkan duka bangsa ke setiap adab jatidirimu.
Di mana tersisipnya lidah bangsaku ‘Utusan Melayu’
Keberanian yang tewas melawas di tengah kepantasan waktu.
Di mana dirgahayu kemegahan Keretapi Tanah Melayu
Landasan kian terbatas di atas lokamotif KTMB di hujung kalbu
Siapa melupakan kepahlawananmu wahai Askar Melayu
‘Angkatan Tentera Darat’ alternatif kepada gemilang bangsaku!
Siapa pembunuhmu Bank Bumiputera yang terbilang
Khabarkan kepada pelajar-pelajar UiTM yang memberang!
Di mana biasiswa legasi hak istimewa Melayu dalam perlembagaan
Anak-anakku di UiTM terimalah PTPTN hutangmu berpanjangan.
Di mana tangismu puteri Melayu Norita Shamsuddin
Biarkan rahsiamu terkambus dalam dakapan kelmarin.
Bagaimana perih nestapanya gadis Melayu Nurhayati
Relakan kematanganmu meneruskan perjuangan hakiki!
Mari kita berdemo di dataran UiTM ke gapura Shah Alam
Menelusuri pejuang Melayu berbakti yang kian tenggelam!
Mari tanyakan kepada UMNO tanpa rasa malu
Berikan jawapan siapa sebenarnya pembuli Melayu?
Shah Alam, Selangor
16 Ogos 2008.
Lagi dan lagi dan lagi
Wahai Allah lindungilah kami yang tak berdosa! Jauhilah kami daripada laknat-Mu ya Allah, disebabkan sumpah orang yang mahu bersumpah. “Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu, adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung” (mafhom surah al-Hajj; ayat 47) – (SMS; 17 Ogos 2008; 16:17:51 – Dr Seri Intan, Tapah, Perak).Di kalangan penyokong UMNO saya difahamkan mereka yang berminat ke Permatang Pauh disediakan ‘duit petrol’ dan ‘duit plaza tol’ menerusi Ketua Cawangan (sebenarnya pemberian berkenaan tak boleh dikira rasuah, kerana dalam Adat Perpatih orang tua-tua mengungkapkan: ‘Orang disuruh diberi upah; kerbau membajak diberi makan’). Tetapi UMNO sejak pilihanraya 1955 memang tak pernah menggunakan simbol sendiri ‘keris bersilang’ apabila berhadapan dengan pengundi, sebaliknya menerusi lambang ‘kapal layar’ hingga pilihanraya 1969. Berikutan mengalami kemerosotan prestasi, pimpinan baru UMNO menukar kepada simbol ‘dacing’ pada pilihanraya 1974, malah turut juga dikongsi bersama oleh PAS, PPP dan Parti Gerakan. (Bagaimanapun PAS disingkirkan pada 1978, seterusnya menggunakan simbol ‘bulan purnama’, selepas ‘bulan bintang’ diharamkan penggunaannya).
Laporan TV3 juga cuba provokasi Presiden PAS Dato’ Seri Haji Hadi Awang dalam isu jawatan ‘Perdana Menteri’ apabila PKR membentuk kerajaan. Isu yang sama pernah diwar-warkan pada pilihanraya 1990, di samping menyenaraikan kabinet ‘Gagasan Rakyat’ yang dipimpin Parti Semangat Melayu 46 – dengan provokasi Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu. Memang BN mampu mendominan keputusan pilihanraya pada 1990, tetapi bagaimana kesudahannya pada 1998? Mungkin sahaja keberangan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad boleh diubati pada pilihanraya 2004, sebaliknya keberangan tersebut sukar dibendung hingga pilihanraya 2008. Isu ‘salib’ dipakai Tengku Razaleigh 1990, di samping isu ‘liwat’ Dato’ Seri Anwar 1998, tak mampu menyembunyikan kebobrokan UMNO pada PRU12. Alahai!
MEDIA MACAM ‘IKAN BELACAK’
IKUT PASANG SURUTNYA AIR LAUT
LAKNAT BUKAN UNTUK INDIVIDU
ALLAH TURUN KEPADA SATU NEGERI?
Masya Allah! Buletin Utama di TV3 malam ini laporkan Saiful Bahri bersumpah di masjid. Disebut oleh para ulama di masa lalu, Allah tak akan turunkan laknat kepada seseorang. Tetapi laknat Allah akan diturunkan kepada seluruh kampung, atau daerah, malah negeri! Ketika pilihanraya 1969, Tunku dan Tan Sri Asri Muda juga bersumpah di masjid kerana isu kafir mengkafir. Maka 13 Mei 1969 turunlah laknat Allah kepada seluruh negara. Tsunami pun, jangan difikirkan bencana alam, tetapi renunglah akan perbuatan menzalimi diri sendiri di kalangan manusia. Wallahualam! - (SMS; 15 Ogos 2008; 21:52:17 – Alba, Jelebu, Negeri Sembilan).
TAK BOLEH SAMPAIKAN KHUTBAH
TITAH RAJA MUDA KEPADA ORANGKAYA

Ahad lalu (10 Ogos 2008), ketika singgah di Sungai Besar untuk menjengah bapa mentua di Bagan Datoh, saya memesan nasi goreng sahaja dengan air suam, harganya ialah RM4.20 (termasuk air suam dikenakan bayaran 20 sen). Seketul kuih karipap juga harganya sudah dinaikkan kepada 40 sen, berbeza sebelumnya RM1.00 bagi 3 biji. Bagaimanapun di gerai mamak, air suam masih tak dikenakan bayaran di samping harga roti canai masih RM0.80 (sekalipun dinipiskan sedikit). Sekiranya menteri-menteri turun padang, mereka tentu memahami fenomena sekarang. Justeru kalau ‘duit makan’ RM10 sehari kepada anak-anak yang sedang belajar, memang tak mencukupi (lainlah kalau tak sarapan pagi dan petang, atau kudap-kudap sebelah malam).


-Pak Dharma.
Comments