Shawal
Ramadhan telah berlalu, bulan shawal menjelma, adakah setelah kita berpuasa selama sebulan dan kita juga akan beraya sebulan sepanjang bulan ramadhan. Bagaimana Puasa sunat 6 hari di bulan Shawal, adakah kita akan mensia-siakan ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi sesiapa yang berpuasa selama 6 hari dalam bulan shawal akan mendapat ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun. Sambutan majlis rumah terbuka yang diadakan setiap hari sepanjang bulan shawal adakah akan membuatkan kita terlupa dan lalai untuk menyempurnakan puasa sunat yang amat besar ganjarannya. Aidul Fitri adalah satu shawal. Walaupun tidak menjadi kesalahan jika kita mengambut Aidul fitri sepanjang Shawal, tetapi kita jangan pula melupakan puasa 6 hari dalam bulan shawal. Kerana sekolah Ramadhan telah mendidik kita untuk bertaqwa kepada allah, jadi puasa dalam bulan shawal adalah tanda dan hasil dari didikan ramadhan.
Comments