Skip to main content

Malangnya Melayu

SATURDAY, MAY 14, 2016


UMNO membuatkan wartawan Melayu lekeh






Adakah  wartawan akhbar berbahasa Cina diberikan kebebasan menulis yang lebih berbanding wartawan akhbar Melayu atau wartawan akhbar Cina jauh lebih hebat membuat analisis berbanding wartawan akhbar Melayu?   Analisis oleh wartawan akhbar Melayu sebahagian besarnya menyokong melulu kepada arus utama dan  menghentam melulu terhadap arus yang bertentangan.

Tetapi analisis yang disiarkan di akhbar berbahasa Cina,  misalnya yang  dalam akhbar Sinar Harian  kelihatan tidak dipengaruhi oleh  arus utama.  Mereka menulis  sesuatu yang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat,  sebaliknya di akhbar Melayu kelihatan cuba untuk menyenangkan hati penguasa arus utama.

Saya sama sekali tidak fikir wartawan akhbar berbahasa Cina jauh lebih baik dalam membuat analisis.  Wartawan akhbar Melayu juga mampu menulis sedemikian kecualilah wartawan yang sememangnya dilahirkan untuk menyokong melulu.  Faktor yang membezakan kedua-dua akhbar ini adalah  perbezaan ruang kebebasan menulis dengan fakta oleh pihak yang mengawal akhbar berkenaan.

Tetapi yang  terpancar ialah   wibawa akhbar dan wartawan berbahasa Melayu jatuh.  Mereka kelihatan hanya mempertahankan penguasa arus utama  tanpa hujah yang kukuh.  Berbanding akhbar dan wartawan berbahasa Cina yang menulis dengan hujah dan fakta yang semua rakyat tahu kebenarannya.

Saya tidak fikir  ada wartawan akhbar Melayu yang diberi ruang kebebasan menulis  secara jujur tentang kesan skandal 1MDB terhadap masa depan negara seperti yang ditulis oleh  wartawan  akhbar berbahasa Cina.  Walaupun Sinar Harian  sebuah akhbar berbahasa Melayu tetapi  tidak dikawal  sepenuhnya oleh UMNO.  Maka Sinar Harian  kelihatan bebas  menyiarkan analisis-analisis  yang tidak boleh disiarkan oleh akhbar  kawalan UMNO.

Cuba hayati analisis di bawah ini,  adakah anda fikir analisis serupa ini boleh disiarkan oleh akhbar bahasa Melayu di bawah kawalan UMNO?  Jadi, yang membuatkan akhbar kawalan UMNO kelihatan  hambar,  sokong melulu dan sempit hujahnya bukanlah tidak mempunyai wartawan yang hebat.  Tetapi kehebatan dan ruang untuk mereka menjunjung profesionalisme  wartawan telah dikembirikan oleh penguasa-penguasa UMNO.

No comments: Kayangdaily post



Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Maktab Wan Jah

Setelah membuat lawatan keatas 4 buah sekolah, ini satu sekolah memberi surveniar, hehe