Dari Blog: sakmongkol AK47 - 5 APRIL 2016

TUESDAY, 5 APRIL 2016

GST, Kos Hidup Hidup Tinggi, Rakyat Derita, Masyarakat Sengketa, Pemimpin Berdusta dan Berfoya foya


Saya ada ketika Dr Mahathir, umur 91 tahun, berucap diatas lori dalam kawasan Dataran Merdeka. Orang ramai berhimpun untuk membantah GST dan mendesak Najib undur. Himpunan kali ini tidak seramai himpunan Bersih. Suhu yang terlalu panas dan isiu yang teknikal, mungkin menyebabkan himpunan tidak sehebat himpunan Bersih. 
Orang ramai lebih menyukai isiu yang lebih besar atau the big picture perspective; yakni segala musibah yang melanda negara hari ini disebabkan  oleh Najib Tun Razak. Oleh yang demikian, prioriti rakyat ialah melihat Najib di keluarkan dan diganti oleh sebuah kerajaan yang mengujudkan persekitaran dan iklim sosial yang lebih baik. 

Orang yang menyebabkan keadaan negara kita seperti sekarang ini ialah Najib Tun Razak. Dan ketika Dr Mahathir berucap, saya tidak dapat elak dari memikirkan bahawa ini juga silap Dr Mahathir.

kesilapan Dr Mahathir ialah dia sangka kerana Najib datang dari keluarga bangsawan, secara semulajadi tentulah mampu melakukan perkara murni. Ini kesilapan tipikal orang Melayu- percaya dan memikir hanya orang bangsawan sahaja yang ada monopoli keatas nilai2 dan perlakuan murni.

Sedikit sebanyak pemuliaan orang bangsawan ini ialah pecahan dari kepercayaan bahawa pemerintah itu bayangan Allah dimuka bumi. Oleh yang demikian, pemerintah tidak boleh melakukan kemungkaran. Walaupun zalim, rakyat harus bersabar.Sangat mendukacitakan, inilah sikap beberapa pemimpin PAS yang saya kenal.

Berapa kali kita sudah dengar para juak UMNO menyamakan Najib sebagai personifikasi Islam dan tentangan terhadapnya berdosa dan murtad? Ismail Sabri umpamanya, menyamakan taraf Najib setahap dengan Nabi Muhammad saw. Ungkapan Najib ibarat sabda Nabi. Dalam PAU tahun lalu, ada seorang sarjana yang mengeluarkan kenyataan bahawa setiap butir beras yang kita makan, adalah kerana UMNO.  Orang UMNO sanggup bersyirik untuk kekal kuasa.
Demikian juga, dalam masyarakat barat, bertaat kepada pemerintah yang walaupun zalim, adalah wajib kerana orang bangsawan yang memerintah itu adalah jelmaan tuhan2 dan dewa. Dalam pemikiran politik barat( suatu ketika) mereka yang menyokong keberadaan pemerintahan yang keras dan zalim mendapat inspirasi dari penulisan Hegel; dia berhujjah bahawa pemimpin ialah hasildeification- jelmaan tuhan dan dewa. Maka pemimpin itu mempunyai ciri2 ketuhanan. 
Hasil dari kepercayaan ini ialah pemerintah tidak mendengar rintihan rakyat, mereka hanya tuntut taat setia mutlak.Najib tidak dengar rintihan rakyat, dia hanya menuntut kesetiaan dan kepercayaan rakyat. Dan dia sanggup membeli kesetiaan.

Berapa kali kita dengar Najib mengaitkan dirinya dengan tetesan darah pahlawan Bugis seolah olah baka Najib adalah baka yang secara semula jadi, berhak memimpin Malaysia? Najib sudah tidak lagi mampu mempertahankan dirinya atas pencapaian dan rekod nya; dia sudah sampai tahap mengungkit baka dan keturunan. 
Its game over untuk Najib kalau deimikian defence nya.

Kita orang Melayu mesti berhenti dari mempercayai cerita dongeng dan karut ini.

Dr Mahathir antara sebab Najib ada di tampuk kuasa. Dia menyokong Najib untuk ganti Pak lah, serigala yang berwajah kebiri. Rupa2 nya, tindakan Dr Mahathir ialah seperti membawa harimau menghalau serigala. Harimau akhir nya mengambil alih kuasa dan menganiayai rakyat. Sang harimau membaham semua harta negara.

Sekarang kita berada dalam keadaan duka dan sengsara. Dan Dr Mahathir pada umur 91 tahun, mahu membetulkan penyesalan nya. Kita tidak ada pilihan mesti menyokong nya. Bukan untuk Mahathir menebus kesalahan, tapi Malaysia mesti diselamatkan dari Najib.


Kita sekarang tumpukan perhatian kepada Najib Tun Razak- the embezzler–in-chief. 


Saya suka deskripsi dalam tulisan Jebat Must Die.

It is funny to see exasperation coming from people who desperately try to defend the indefensible. By now, we all know Najib Razak is a morally decadent, globetrotting brat; a greedy merchant of the opulent life and a flagrant seller of the nation’s coffer.


Ini deskripsi yang sangat tepat. Sekarang orang sedar bahawa Najib seorang yang morally decadent. Decadent ini bermaksud ; dissolute, dissipated, degenerate, corrupt, depraved, sinful, unprincipled, immoral;

Najib telah hilang pedoman antara salah dan benar, antara bathil dan sah. Orang yang berfikiran begini memerintah negara ikut suka hati nya. Harta rakyat menjadi harta dia. Kuasa  rakyat dia cabul. Kepercayaan rakyat kepada nya menyusut. Tapi orang seperti Najib tidak peduli itu semua. Selagi dia control apparatus kerajaan, dia ingat dia kebal.

Sebab dia ingat dia ada kuasa dan menguasai pula institusi yang menyokong dia berkuasa, maka dia hanya perlu berdiam diri. Jentera kerajaan yang ada dalam tangan nya, mengugut dan mengancam rakyat; undang2 yang ada digunakan untuk menakutkan rakyat, mereka yang bersemangat lemah di suap dengan bantuan dan wang.

Inilah Najib yang kita kenali sekarang. Najib yang berbohong sehingga tidak ada lagi orang yang boleh dibohongi. Najib yang menggunakan isiu2 lain untuk mengalihkan tumpuan rakyat. Isiu seperti pembelian rumah Lim Guan Eng. Jika ada substance bawa lah ke mahkamah. Lim Guan  Eng bersedia untuk diadili. Tapi Najib menggunakan 1001 helah untuk tidak di adili.Malah Najib menyekat keadilan.

Pemimpin yang tidak bermoral, suka berfoya foya dan berseronok seronok atau seperti kata Zaaba-mengasyikkan diri dengan memuaskan nafsu syahwat dan kebinatangan, hilang kualiti moral, dan sedia melakukan pembohongan untuk mendapatkan wang dan imbuhan peribadi. Dia menggunakan wang yang banyak untuk membeli belah. Dia terbang kesana sini bergentayangan dengan jet milik kerajaan yang berjumlah 8 semua nya. Dia seorang yang berpegang kepada prinsip cash is king atau wang itu raja. Wang boleh beli kesetian dan perasaan kasih rakyat.

Antara yang paling mudah di beli ialah orang Melayu.

Orang Melayu yang bermaruah tidak dapat memerima kualiti ini dalam pemimpin mereka kecuali mereka sudah hilang pedoman mengenai nilai2 murni.
Sudah tentu, keadaan demikian lebih mendukacitakan kerana Melayu melaungkan mereka Islam; setiap pagi mengistiharkan bahawa sibghah Allah itu yang terbaik. Celupan Allah yakni nilai2 Islam mewarnai kehidupan mereka- tapi bila tiba kepada Najib melakukan maksiat dan kejahatan , pencurian, songlap wang, orang Melayu sanggup mensahihkan perbuatan Najib?

Jadi kemana nilai2 ini dibuang oleh orang Melayu? Saya harap yang melakukan ini hanya Melayu UMNO yang 3 juta itu. Jika baki 15 juta Melayu lagi enggan melanggani idea dan nilai Melayu UMNO, Malaysia masih boleh diselamatkan.
Dan ahli UMNO hanya 1 dari 6 orang Melayu yang bererti tanpa 1 Melayu UMNO, 5 Melayu lain boleh terus hidup. Kita tidak perlukan UMNO. Kita perlukan kerajaan yang memerintah secara berundang undang.

Saya telah cakap mengenai peribadi Najib sejak 3 tahun dulu lagi. Saya pun malas hendak mencungkil artikel saya yang terdahulu. Tapi ramai orang tuduh, saya hentam Najib kerna tidak dipilih sebagi calun dan tidak dapat projek. Fikiran dangkal seperti ini kadang2 perlu dijawab kembali- sebab jawapan dahulu tidak dibaca oleh pembaca mutakhir.

Tidak ada orang melayari hidup dengan dendam. Frustration saya kerana tidak dipilih, hanya mungkin berhayat tidak sampai setahun pun. Selepas satu tahun, yang sustain kritikan saya keatas Najib ialah kesangsian dan keraguan saya kepada Najib sebagai pemimpn, kejujuran nya, pemikiran nya, dan character flaw nya.  bagaimana seorang yang morally decadent boleh memimpin negara ini? Bagaimana seorang yang hipokrit seperti Najib boleh pimpin negara ini?
Dia saudagar yang membeli kehidupan berfoya foya yang dibiayai dengan wang rakyat. Orang Pahang kata- bukan duit bapak aok. 

Kedua- mengenai projek2- memang tabiat orang melayu suka menjaja fitnah. Kalau saya hendakkan projek, lebih elok saya duduk dalam kem Najib dan menggunakan kapasiti penulisan untuk bodek Najib dan Rosmah- mereka suka pembodekan. Seterusnya, kalau ada tuduhan mengenai saya dapat ini dan itu, ianya senang sahaja untuk di verify- dapatkan bukti dari institusi yang memberi nya. Seperti berapa lombong besi, timah, bauxite, emas yang diberi kepada saya. Kalau balak- keluarkan maklumat dari pejabat hutan atau mana2 institusi. Habis cerita.

Fakta nya, semua itu hanya fitnah. Sebab tabiat orang Melayu UMNO, seperti yang saya kata dulu2- apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, dikeluarkan melalui lubang atas.

Itulah juga apa yang dikeluarkan oleh juak2 UMNO hari ini. Tidak ada transformasi minda berlaku pada Melayu UMNO. Emas berlian Rosmah tidak sampai kesiku. Biasalah, orang jantan suka membeli barang kemas untuk isteri dan girlfriend. Saya dengar ramai juga hendak tahu, banyak tak hadiah dan barang kemas diperolehi oleh Kartina Aziz dari seorang pembodek Najib.

Najib boleh lari ke 4 penjuru dunia, tapi dia tidak dapat lari dari kebenaran. Australian Broadcasting Corporation ( ABC) menyiarkan lorong2 tikus pengaliran wang kedalam akaun peribadi Najib. 
Ini pun sudah jadi kesalahan. Kita ada PM yang menggunakan jawatan public nya untuk mendapatkan untung dan wang. Surat2 yang konon nya datang dari putera Arab kemungkinan besar adalah palsu . bagaimana mungkin isi surat seolah olah anticipate orang akan kata derma itu rasuah? Surat2 tersebut hanya untuk mengaburi mata rakyat. Kalau ada surat seperti ini mengapa tidak disiarkan awal2 lagi.

Kita tahu respons Najib- seperti biasa dia akan buat tidak tahu. Tidak mengapa. Budak2 suruhan nya akan berpentesan kaki ‘menerangkan’ keadaan’. Seperti biasa, penerangan mereka menyebabkan kecelaruan yang lebih banyak. Mereka berbohong untuk menutup bohong yang lagi satu.

Ketika selesai deklarasi rakyat pada 4 mac lalu, ada sekumpulan pemberita bertanya- mengapa mahu singkirkan Najib? Apa yang dia buat.

Saya selalu bertanya- pemberita kita ini datang dari planet marikh kah? Atau mereka ini budak upahan dan hingusan dan pelajar tercicir yang memilih kewartawanan sebagai career?

Yang buta pun dapat lihat. Yang pekak pun dapat dengar apa yang Najib telah lakukan. Dia bukan pemimpin yang jujur dan amanah yang menyalurkan berbiliun Ringgit dalam akaun peribadi nya. Tidaklah semudah seperti bercakap saya tidak pakai untuk tujuan peribadi. Wang RM4 billion yang masuk dalam akaun nya, mesti sedia di oditkan untuk membersihkan nya.

Najib berbohong kepada ramai orang dan kini, tiada siapa lagi yang tinggal untuk dibohongi nya. Kecuali tukang ampu dan yang seminda dengan nya- yakni yang merompak dan menyamun dan yang merasakan bahawa, Melayu mereka itu, suatu hak untuk menyamun.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14