Skip to main content

Saja-saja Untuk Renungan

Sifat Rakan: kadang-kadang tu boleh merapatkan persahabatan korang ataupun menjadi lebih dingin. 

1. Kawan yang selalu lambat
Bangun pagi pun lambat tidur pun lambat.

"Jangan kembara dengan rakan yang suka bangun lambat atau rakan yang tidak pernah tepati masa. Nanti akan akan yang bergaduh dan bermasam muka dan sebagainya."    Khairul Abdullah. Com
2. Kawan selalu cepat bosan
Ayat yang selalu keluar dari jenis kawan yang cepat bosan "jom... jom balik"
3. Kawan yang cepat angin
Jenis ni cepat angin kalau silap jalan, lebih-lebih lagi kalau time lapar tak dapat makan.
4. Kawan yang selalu lupa
Setiap saat kena ingatkan barang-barang dia, kalau tak ingatkan mesti tertinggal

5. Kawan yang suka ambik gambar
Hampir setiap saat dan setiap langkah kawan jenis ni tak lepaskan peluang untuk ambik gambar, selfie dan sebagainya. Kiranya kalau ada jawatan kosong kat Google Street View, boleh mintak kerja.

Masa travel sangat untung ada kawan macam ni. Foto oleh : Afnan Muhyiddin

6. Kawan yang selalu "Aku Ok jer"
Kawan jenis ni jarang membantah, "Ko nak makan dulu ke atau nak pergi terus ke sane?"Jawapan yang keluar dari mulut kawan jenis ni selalu sama, tak pernah berubah...

 "Hmmm aku ikut ko la, aku ok jer.."

7. Kawan yang asyik dengan PHONE 
Sebelum naik flight, turun flight lagi dasyat sambil berjalan pun asyik dengan phone. Kawan jenis ni bukan jenis tak bersosial, jarang bercakap tapi kerap tanya "Eh kita kat mane nih????" Sebab selalu asyik dengan phone, sampai tak tahu kat mana.
8. Kawan yang asyik nak pergi tandas
Jenis ni pantang jumpa tandas, kalau tak jumpa tandas pun mesti tanya "tandas kat mane, tandas tandas kat mane"

9. Kawan yang selalu membantah
Kawan jenis ni sangat bertentangan dengan kawan yang no. 6. Jenis ni selalu membantah "Jom kita pergi makan dulu, pas tu baru pergi jalan-jalan kat sane" Biasanya bantahan dibuat last minute,


"Ehhhh... kejap, kejap,kejap...Buat ape nak pergi makan dulu, aku rasa baik kita pergi sana dulu!"

10. Kawan yang cerewet
Jenis cerewet ni sangat susah untuk buat keputusan, itu tak suka ini tak suka, kadang-kadang jenis cerewet ni takut nak cuba sesuatu yang baru.

11. Kawan yang happy go lucky
Kawan ni memang suka tengok dia, nampak laut "wahhhhhh cantiknya" nampak fridge magnetpun "wahhh banyaknya, murahh nye..."

12. Kawan yang banyak tanya
Ada kawan yang sangat suka bertanya seolah-olah macam kita tahu semua benda, nampak benda pelik mesti nak tanya "eh, dia ni buat dariada apa ekkkk?" Tapi waktu sesat suruh tanya kat orang, jenis ni akan diam seribu bahasa...

13. Kawan yang Diktator
Jenis ni suka orang nak ikut dia, macam la dia tahu semua. "Ye ker ikut jalan tu??? nih ikut jalan ni, aku tahu la aku dah 7 kali sampai kat sini" Last-last sesat jugak, wakakaka...

Macam mana pun kawan korang, tak kisah le sakit hati ke tak sakit hati, dia tetap kawan kita kan? Jangan la pergi bercuti nak bermasam-masam muka, elakkan berlaku salah faham, kalau ada masalah hadapi bersama-sama, baru la boleh jadi sahabat sejati. Pengalaman mengembara atau bercuti bersama-sama juga mengajar kita untuk mengenali kawan kita dengan lebih rapat. Tak kurangnya jugak kita belajar mengenali diri kita sendiri "matang".

Kongsikan pengalaman anda semasa travel bersama rakan-rakan...

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ...