Hanya 45 minit lagi menjelangnya 27 Ramadhan, adakah Malam Lailatul Khadar akan menjelma malam ini. Ada pendapat ulama sesungguhnya malam lailatul khadar berlaku pada 27 Ramadhan, wallahualam
Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.
Comments