29 Shawal 1430 H

Sebentar tadi selepas selesai menunaikan Solat Magrib di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya atau Masjid besi, terpandang Jam yang menunjukkan Waktu Solat dan tarikh tahumn Hijrah dan Masehi, yang menunjukkan tarikh Hijrah telah 29 Shawal 1430H. Sebentar tadi semasa Azan magrib berkumandang, hambamu Ya Allah baru saja berbuka puasa shawal. Alhamdulillah, Walau pun sehingga di penghujung Shawal, lengkap juga puasa 6 hari di bulan Shawal, Ya Allah engkau terima lah amalan puasaku dibulan shawal ini walau terpaksa korbankan majlis Jamuan Hari Raya yang boleh dikatakan diadakan kan setiap hari, dari sebesar-besar agensi hingga sekecil2 unit masing-masing tidak ketinggalan untuk mengadakan jamuan hariraya selagi mana adanya shawal. Selepas kementeriaan adakan jamuan hari raya, bahagian juga tidak ketinggalan nak adakan jamuan hari raya, unit yang hanya ada beberapa kerat sahaja kakitangan tidak ketinggalan nak adakan jamuan hari raya. Begitu juga ditempat kediaman atau taman, Jawatankuasa Presint adakan jamuan hari raya, lepastu, Jawatankuasa lorong juga tidak ketinggalan nak buat jamuan hariraya, celah-celah tu, jiran kat kiri rumah, kanan rumah, depan rumah dan belakang rumah juga tidak melepaskan peluang nak adakan jamuan hari raya. Oleh itu 30 hari dalam bulan shawal akan dipenuhi dengan Majlis Jamuan Hari Raya. Mari kita renung dan fikirkan amalan ini adakan baik atau tidak kepada masyarakat melayu am nya, islam khasnya. Adalah amalan ini kerana:

Sifat pemurah
Kesyukuran atas nikmat Allah
Berlumba-lumba untuk membuat kebajkan
Berlumba untuk menunjuk2
Untuk mengiratkan shilatulrahim

Kita berbaik sangka [ Husnul Zhan]amalan ini adalah baik belaka, Amin

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14