Dari Blog Ustaz Amin

Mejar Jeneral Datuk Haji Jamil Khir Haji Baharom dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baru dan bertanggungjawab atas hal ehwal agama Islam. Apakah Syiar Islam lebih melonjak ketika amanah ini ada ditangannya?

Semoga YB MJ(B) Datuk Hj Jamil Khir telah membaca blog Ustaz Amin


Tahniah kerana kenaikan pangkat dan kedudukan menjadi menteri, takziah kerana mendapat amanah yang tidak ringan di hadapan manusia dan di hadapan Allah.


[Fahami lah kata-kata Ustaz Amin yang begitu dalam maknanya].


Semoga satu hari nanti, anda turun dengan sejarah mempertingkatkan keduduakan Islam di negara ini. Bukan dikenali dengan sejarah semakin berubah Islamnya, semakin kurang berakhlak, semakin menyepak tong sana dan sini, semakin membela yang kurang tepat dan semakin hanyut dengan keadaan baru.

Semoga, sebagai agamawan, anda menjadi perubah sekeliling. Jika niat itu ada, pasti akhirnya akan bersatu dengan agamawan yang lain. Jika tidak di dunia, insyaAllah di syurga.

Sejak merdeka kita renungkan persoalan dibawah:
1.Berapa ramai orang semakin baik dengan bertukarnya agamawan yang berpangkat?
2.Berapa ramai anak muda yang semakin menutup aurat dengan bertukarnya agamawan yang berpangkat?
3.Adakah statistik rasuah semakin menurun dengan bertukarnya agamawan yang berpangkat? 4.Adakah program TV semakin banyak yang baik dengan bertukarnya agamawan yang berpangkat?


Mereka buat kerja untuk agama atau tidak, akhirnya turun juga, akhirnya jatuh juga, akhirnya tersisih juga.

Alangkah baiknya jika mereka diturunkan, turun dengan sejarah cuba memperbaiki sekeliling. Alangkah baiknya jika tersisih, tersisih dengan sejarah cuba membawa agama ke tingkat yang lebih tinggi. Alangkah baiknya jika mereka jatuh, jatuh dengan sejarah cuba membimbing ke arah penghayatan agama yang lebih baik.

"Sekilas Itu Realitu, Realiti Itu Kehidupan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 10 April jam 7.45 pagi

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14