Skip to main content

Nasib Ulama Dalam UMNO, Jadi Kupang Tembaga


JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
UNTUK BACA TALQIN UNTUK KUBURKAN UMNO
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Confirm Mejer Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.
Mungkin PM baru letak beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk lawan kekuatan Pas di Kedah. Beliau berada di kawasan Dato’ Seri Azizan Razak, MB Kedah kubu kuat Pas di Kedah. PRU 13 beliau akan lawan di Parlimen Jerai atau lawan Ustaz Azizan Razak di DUN Sungai Limau.
Tidak tahulah saya apa yang Jamil Khir hendak cari. Tidak cukup lagikah gaji dalam Kagat. Kaya macam mana pun mana boleh makan ikan siakap sekali makan tujuh ekor.
Patut beliau kena fikir semua orang agama dalam Umno macam daun kari sahaja. Waktu hendak bagi gulai bau sedap maka daun kari digunakan. Waktu hendak makan, daun kari ditolak ketepi. Macam itulah nasib ustaz dalam Umno dan saya yakin itulah juga akan menimpa beliau sikit hari lagi. Umno guna waktu dia menjadi seleberiti di kaca TV sahaja. Selepas tidak laku lagi balik kampung bawa mesin padi dekat Yan.
Beliau menyertai cabinet masuk waktu kapal Umno sudah hendak karam yang dipimpin Datuk Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem negara selama 22 tahun. Terima jawatan waktu PM yang sampai hari ini tidak berani hendak saman akhbar Perancis yang menuduh beliau dalam kes Antatuya.
Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”
Eloklah wahai Jamil Khir anta tolong baca talqin bersama dengan Tun Dr Mahathir yang mengiringi Datuk Seri Najib di kubur Umno tidak berapa lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ...