Skip to main content

Perjuangan Melayu masih cara UMNO lagi?

Ramainya orang melayu yang merasa bimbang dengan kuasa Politik Melayu di Malaysia.
Kelompok-kelompok ini sering melaungkan ketuanan melayu, hak istemewa melayu dan pelbagai lagi yang kononnya untuk melayu, tetapi jika perjuangan itu masih lagi mengikut acuan dan kepompong UMNO, maka semua yang diperjuangkan hanyanya retorik sahaja. Walaupun perjuangan itu atas dasar keikhlasan dan kesedaran untuk menjamin masa depan orang melayu, lebih dukacita jika perjuangan itu atas kepentingan diri dan kepentingan UMNo sendiri.

Jika perjuangan lebih bercorak universal kepada orang melayu, ia lebih cenderong untuk mendapat sokongan padu dari orang melayu. Bangsa melayu diyakini akan lebih berjaya dalam semua bidang kerana peluang dan kesempatan yang ada lebih terbuka dan ini akan melahirkan bangsa melayu yang berjaya dalam persaingan yang sihat dan penuh dengan keadilan kerana hukum alam telah membuktikan siapa yang berusaha, kesungguhan, berikhtizam dan penuh keikhlasan, kesamarataan akan berjaya, kejayaan itu bukan untuknya sahaja tetapi untuk semua manusia di muka bumi ini. Tiada lagi gulungan yang terpinggir dan dinafikan peluang untuk mendapat nikmat yang ada

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Maktab Wan Jah

Setelah membuat lawatan keatas 4 buah sekolah, ini satu sekolah memberi surveniar, hehe