Semalam, sebelum solat magharib umat islam beramai berdoa diaakhir tahun Hijrah dan selepas magharib berdoa untuk menyambut tahun baru hijrah 1430, walau pun ada kalangan kita yang menganggap amalan itu adalah bidaah, tetapi ia tidak bertentangan dengan prinsip berdoa, maka adalah lebih baik berdoa dari tidak berdoa, kita berharap bermulanya tahun hijrah 1430, umat islam akan menjadi umat yang lebih berpegang kepada ajaran islam dan Allah s w t a akan membantu umat islam membangun daulat islam di muka bumi ini, amin.
Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.
Comments