Skip to main content

Kerajaan Be End ke Kerajaan PR

Dimana Kita selepas ini sebagai Umat Islam, masihkah kita mendominasi kerajaan PR

Sama-sama kita renungi Artikel yang ditulis oleh Tantawi 08 - antara yang dibincangkan:

"JIKA Pakatan boleh bentuk kerajaan yang Islamnya terpelihara , maka tiada halangan utk PAS terus bersama menjadi anggotanya. Saya menyebut JIKA kuasa politik berada di tangan bukan Islam maka masa depan ummat Islam di negara ini akan terus suram sebagaimana suramnya mrk dizaman UMNO atau mungkin lebih kelam .

( saya bukan bercakap soal majoriti rakyat dlm negara . Saya bercakap soal majoriti ahli parlimen yg ada kuasa mengundi dlm parlimen utk menentu dasar dan keputusan . di tangan siapakah ia ? itu persoalannya )

Saudara bayangkan , JIKA anggota kabinet dan suara majoriti adalah bukan Islam dan mereka boleh menentu dasar dan kuasa ,bagaimana keadaan ummat Islam dan kepentingan agama Islam dalam negara ini ?

Sebelum ini kita bertahalluf ( kerjasama ) dan kita tidak kesal dgn tahalluf tersebut , tetapi perlu diingat bhw Islam meletak syarat dalam tahalluf agar Islam tidak tergugat. Jika Islam dilihat tergugat maka tahalluf tersebut mesti dikaji semula .

Kita tidak boleh mengizinkan Islam dicabar . Hari ini pun saya lihat sedikit demi sedikit usaha mencabar Islam berkembang. Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berlarutan.Sekali lagi saya tegaskan JIKA kerajaan pakatan yang bakal ditubuh , majoriti MP nya ( yang akan menentu suara/keputusan dalam parlimen ) ialah bukan Islam , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh menjadi anggotanya.

PAS mesti berada di luar dari Kerajaan itu . bukan sebagai anggota kerajaan yg nantinya terpaksa akur dgn suara ramai / majoriti dlm kerajaan tersebut sekalipun keputusan tersebut bercanggah dgn Islam. .Saya bukan bercakap soal dakwah di dalam artikel tersebut. Dakwah tetap menjadi asas perjuangan PAS dan dakwah adalah tugas rasmi dan rutin PAS. Tiada siapa yang boleh pertikai kerja dakwah yang telah dilakukan oleh PAS. So PAS akan terus berdakwah biarpun diluar pakatan. Yang saya timbulkan ialah soal keanggotaan kpd sebuah kerajaan yang kuasa majoritinya bukan ditangan Islam .

Apa pandangan anda?

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ...