Adakah Rakyat Masih Dalam Gua Batu

Peluang Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil yang dijangka hari pengundian pada 26 Ogos 2008 memang cerah berdasarkan UMNO dan BN tenggelam punca dan terdesak untuk mengemukakan calon, menurut penganalisis politik. Menjelang penamaan calon 16 Ogos 2008, UMNO yang pada peringkat awalnya gagal memujuk Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bagi menjadi calonnya. Malah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mengakui pilihanraya kecil itu menjadi medan untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai dasar kerajaan, seolah-olah selama ini rakyat tak diberi penjelasan, beritahu aktivis masyarakat di Pahang L Mankadir Shamsi. “Dengan kenaikan harga petrol, kegelisahan peniaga dan kesukaran kerajaan membendung rasuah, peluang PKR adalah cerah,” kata Mankadir k

Lagi Nasib Melayu dibawah kuasa Melayu

Malam kelmarin (4 Ogos 2008) ketika dalam perjalanan balik selepas menghantar anak saya ke Seri Kembangan, singgah pula di Taman Kencana, Cheras apabila Zakaria Bidin beritahu ‘mi bandung Muar’ di gerai berhampiran Menara MPAJ rasanya ehem ehem! Justeru jam 12 malam, saya menelefon Zakaria Bidin memintanya datang ke gerai berkenaan. Memang gerai makan berkenaan dikendalikan oleh peniaga-peniaga Melayu, sayangnya berhampiran dengan tempat membuang sampah dengan baunya, aduhai kurrr semangat! Sepatutnya MPAJ yang sudah dikuasai oleh kerajaan baru perlu prihatin dengan penjaja-penjaja Melayu yang selama ini diabaikan oleh UMNO. Nah, sekarang masanya kerajaan bukan UMNO buktikan kepada rakyat, bukan sahaja prihatin malah sensitif dengan permasalahan mereka. Begitulah!

-Pak Dharma.

SIAPA PEMBOHONG?
ANWAR SEDIA BERTANDING
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih teraju kepemimpinan negara sebagai satu pembohongan.Semua media termasuk akhbar dalam talian melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen Permatang Pauh , ia dikosongkan berikutan perletakan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).Kenyataan Abdullah ini sudah tentulah menggelikan hati rakyat jika dihubungkan dengan kenyataan beliau sebelum Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) dahulu berkaitan isu kenaikan harga minyak yang turut mempenagruhi harga barang. Sudah tentulah kenyataan orang nombor satu negara itu memperlihatkan betapa dia sudah lupa dengan banyak hal kerana dia masih lena dan hadiah bantal dan bantal peluk kepadanya dahulu adalah amat wajar.Sudah tentulah ramai rakyat masih ingat dengan jelas bahawa kenaikan harga minyak hanya akan berlaku pada bulan Ogos 2008.
Namun sekitar 48 jam selepas kenyataan itu diumumkan tiba-tiba kenaikan harga minyak telah berlangsung sehingga kenderaan berbaris panjang santak ke waktu selepas Isyak.Amat menyedihkan terdapat pemilik kenderaan yang beragama Islam terlepas menunaikan fardu Maghrib. Ramai kalangan pemuka Islam yang sedih dengan situasi tersebut dan bagi sebahagian daripada rakyat menganggap itu adalah sebahagian daripada Rukun Islam Hadhari! Sebab itulah barangkali awal-awal lagi negeri Selangor menolak Islam Hadhari. Kedah, Kelantan, Pulau Pinang juga rasanya sependapat dengan kerajaan negeri Selangor itu.Perlu direnungi bahawa pembohongan menurut ajaran Islam yang sebenar dan bukan Islam Hadhari adalah sebahagian daripada sifat-sifat orang munafik selain mungkir janji, khianat dan sifat melampaui batas apabila berbalah atau bertengkar.Khalayak sewajarnya mempertimbangkan dengan saksama sama ada hendak bersubhat dengan para pendusta atau menghindarinya. Juga hendaklah memikirkan sama ada kita sanggup mengunyah daging saudara sendiri dengan bersubhat dengan para penyebar fitnah. Ingat Allah melihat apa yang kita laksanakan pada bila-bila masa sahaja. Tak tahulah jika ajaran Islam Hadhari itu menghalalkan segala tegahan Islam sejati. Berfikirlah.

KOMENTAR
bersama Pak Parjo



Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14