Skip to main content

Posts

Dari Blog Saiful Islam

Atau ia sekadar ungkapan tanpa makna. Seperti Assalamualaikum yang gersang dari rasa sebuah doa , atau Insya Allah yang hanya kosmetik untuk cadangan memungkiri janji ? Fenomena kata-kata tanpa makna ini memang sudah lama wujud, sudah lama berlaku. Kerana itulah agaknya, Hasan al-Banna sering memulakan ceramahnya dengan menyebut: “Aku alu-alukan kalian dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah, penuh kebaikan dan keberkatan, manusia menyebutnya sebagai adat, sedangkan kita menyebutnya sebagai ibadat, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh” ADAT DAN IBADAT Dua-dua boleh jadi manfaat. Satu sekadar mengemas dunia, satu lagi memanjang ke Akhirat. Namun, usahakanlah agar adat itu dibuat dengan sedar akan matlamat, diangkat dari suatu kebiasaan kepada suatu jalan taqarrub kepada Tuhan. Adat harus dibuat dengan ‘kesedaran hidup berTuhan”, agar adat menjadi ibadat. Manakala ibadat pula, biar pun melakukannya adalah rutin harian dan kelaziman, janganlah pula sa...

Selamat Tinggal dan Jumpa Lagi

Jam 5.00 ptg tadi Punch Card di ketik untuk kali terakhir bagi pusingan kedua di JAN CNK. Selamat tinggal sahabat dan kawan, semoga ada lagi pusingan ketiga, sebelum berakhirnya dalam perkhidmatan awam malaysia. Dalam tempoh yang singkat selama 1 tahun 3 bulan 9 hari perkhidmatan di JANCNK bagi pusingan ke2, telah diarah untuk bertugas di Putrajaya juga untuk pusingan ke2 juga. Mudah2an KDN menjanjikan keselesaan yang lebih dari tempat yang lalu.

Moral Di Sebalik Cerita Ini

Tikus v Orang mesej yang mendalam di sebaliknya.... ______________ Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. . tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Lumbu. Ia mendapat jawaban sama. "M...