Musim PRU 14.

Joseph Stalin adalah seorang diktator yang paling kejam di dalam sejarah Russia .

Pada suatu hari Stalin melangkah masuk ke mesyuarat kabinetnya sambil mengepit seekor ayam hidup.

Sepanjang mesyuarat berlangsung Stalin tidak bersuara walau sepatah perkataan pun. Sebaliknya, dia leka mencabut bulu ayam tersebut satu persatu dengan sadis dan tanpa belas kasihan. Setiap kali bulu nya di cabut si ayam akan mengerang kesakitan. Dan menteri menteri Stalin walaupun agak terganggu dengan apa yang berlaku tetapi masih meneruskan mesyuarat seolah olah tiada apa yang berlaku. Mereka tahu apa akibat nya kepada yang berani menegur dan menentang Stalin.

Setelah setiap bulu di tubuh ayam tersebut di cabut, Stalin mengangkat tangan memberi isyarat supaya mesyuarat di hentikan. Dia meletak kan ayam yang togel tanpa bulu dan dengan tubuh yang di penuhi darah di atas meja. Dari poket baju nya, Stalin mengeluarkan bungkusan kecil yang mengandungi dedak dan menaburkan beberapa butir kepada ayam tersebut. Dan setiap butir dipatuk dengan lahap nya oleh sang ayam yang seolah olah lupa dengan segala kesakitan yang di alami dan kekejaman yang baru lakukan oleh Stalin ke atas nya.

Setelah itu, tanpa berkata apa apa, sambil membersihkan bulu ayam di pakaian nya, Stalin bangkit dari kerusi dan meninggalkan dewan  mesyuarat. Dan si ayam togel melompat dari meja dan mengekori Stalin dari belakang.Kali ini tanpa perlu pegang atau di kepit oleh Stalin.

Credit : Buku Zinab OlenaBelova...

CARILAH PENGAJARAN...

LIHAT, BGMNE DEDAK BOLE MMPNGARUHI ORG YG TK KUAT IMANNYE ... DLM KSAKITN MSIH TTAP MAMPU MNGIKUT KATA.!!!

Copy dr group sebelah

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN