Malangnya Melayu
SATURDAY, MAY 14, 2016
UMNO membuatkan wartawan Melayu lekeh
Adakah wartawan akhbar berbahasa Cina diberikan kebebasan menulis yang lebih berbanding wartawan akhbar Melayu atau wartawan akhbar Cina jauh lebih hebat membuat analisis berbanding wartawan akhbar Melayu? Analisis oleh wartawan akhbar Melayu sebahagian besarnya menyokong melulu kepada arus utama dan menghentam melulu terhadap arus yang bertentangan.
Tetapi analisis yang disiarkan di akhbar berbahasa Cina, misalnya yang dalam akhbar Sinar Harian kelihatan tidak dipengaruhi oleh arus utama. Mereka menulis sesuatu yang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat, sebaliknya di akhbar Melayu kelihatan cuba untuk menyenangkan hati penguasa arus utama.
Saya sama sekali tidak fikir wartawan akhbar berbahasa Cina jauh lebih baik dalam membuat analisis. Wartawan akhbar Melayu juga mampu menulis sedemikian kecualilah wartawan yang sememangnya dilahirkan untuk menyokong melulu. Faktor yang membezakan kedua-dua akhbar ini adalah perbezaan ruang kebebasan menulis dengan fakta oleh pihak yang mengawal akhbar berkenaan.
Tetapi yang terpancar ialah wibawa akhbar dan wartawan berbahasa Melayu jatuh. Mereka kelihatan hanya mempertahankan penguasa arus utama tanpa hujah yang kukuh. Berbanding akhbar dan wartawan berbahasa Cina yang menulis dengan hujah dan fakta yang semua rakyat tahu kebenarannya.
Saya tidak fikir ada wartawan akhbar Melayu yang diberi ruang kebebasan menulis secara jujur tentang kesan skandal 1MDB terhadap masa depan negara seperti yang ditulis oleh wartawan akhbar berbahasa Cina. Walaupun Sinar Harian sebuah akhbar berbahasa Melayu tetapi tidak dikawal sepenuhnya oleh UMNO. Maka Sinar Harian kelihatan bebas menyiarkan analisis-analisis yang tidak boleh disiarkan oleh akhbar kawalan UMNO.
Cuba hayati analisis di bawah ini, adakah anda fikir analisis serupa ini boleh disiarkan oleh akhbar bahasa Melayu di bawah kawalan UMNO? Jadi, yang membuatkan akhbar kawalan UMNO kelihatan hambar, sokong melulu dan sempit hujahnya bukanlah tidak mempunyai wartawan yang hebat. Tetapi kehebatan dan ruang untuk mereka menjunjung profesionalisme wartawan telah dikembirikan oleh penguasa-penguasa UMNO.
No comments: Kayangdaily post
Comments