Posts

Showing posts from May, 2016

Exsekutif Talk

Jamuan Sebelum Ramadhan.

Image

Lawatan Ke KDN

Image
Lawatan EKSA ke KDN dan RELA, Parcel D

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ( صبا زمزم ) Kurd  – Kurd ( كرد ), Hijaz Kar Kurd ( حجاز كار كرد ) Nawa

Malam Jasamu di Kenang JAN 2016

Image
Untuk merai Pesara dan Bakal Pesara JAN Jan - Jun 2016

TARANNUM AL-QURAN

Image
TARANNUM AL-QURAN 1. PENGENALAN Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonatian, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik. Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama ialah: Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama: alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelo

Senamrobik P15

Image

Malangnya Melayu

Image
SATURDAY, MAY 14, 2016 UMNO membuatkan wartawan Melayu lekeh Adakah  wartawan akhbar berbahasa Cina diberikan kebebasan menulis yang lebih berbanding wartawan akhbar Melayu atau wartawan akhbar Cina jauh lebih hebat membuat analisis berbanding wartawan akhbar Melayu?   Analisis oleh wartawan akhbar Melayu sebahagian besarnya menyokong melulu kepada arus utama dan  menghentam melulu terhadap arus yang bertentangan. Tetapi analisis yang disiarkan di akhbar berbahasa Cina,  misalnya yang  dalam akhbar Sinar Harian  kelihatan tidak dipengaruhi oleh  arus utama.  Mereka menulis  sesuatu yang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat,  sebaliknya di akhbar Melayu kelihatan cuba untuk menyenangkan hati penguasa arus utama. Saya sama sekali tidak fikir wartawan akhbar berbahasa Cina jauh lebih baik dalam membuat analisis.  Wartawan akhbar Melayu juga mampu menulis sedemikian kecualilah wartawan yang sememangnya dilahirkan untuk menyokong melulu.  Faktor yang m

Untuk Bacaan Santai

Image
WEDNESDAY, 4 MAY 2016 Tanggung Jawab Moral Kita suka bila menteri2 UMNO angkuh dan sombong. Dalam bahasa Inggeris ini disebut sebagai hubris( hyoo-bris). Mereka sombong dan angkuh bila menceritakan pencapaian mereka. Orang Inggeris kata- pride comes before a fall atau sombong mendahului kejatuhan. Mudah mudahan ini akan berlaku keatas BN.  Sememang nya mereka telah tewas dari segi undi popular dalam PRU13.BN hanya dapat 47% undi popular yakni dari jumlah undi keseluruhan nya.  Walaupun Najib melawat kampung yang bapanya Tun Razak lawat dahulu, rakyat Sarawak sedar bahawa kampung tetap tinggal kampung. Kemajuan masih asing kepada penduduk pedalaman Sarawak. Hasil bumi kampung dan desa sudah diangkut keluar untuk mengayakan golongan terpilih. Rakyat hanya dapat tong2 untuk isi air. Kawasan luar bandar dan desa, tetap ketinggalan.Tidak banyak berubah selepas Tun Razak melawat. Biarlah Najib menitiskan air mata buaya nya. Semasa melawat Kampung Tribuh di Serian, Najib kata jik

Konon nya.

Image
TUESDAY, 3 MAY 2016 Hikayat 1MDB Ramai orang kata, orang Melayu, terutama yang diluar bandar tidak pedulikan isiu 1MDB. Mereka tidak faham. Oleh kerana itu Najib akan terus jadi PM.  Agak nya itulah menyebabkan sang isteri kata- 1MDB tidak mengapa apakan Najib - ianya semua ujian dari Allah.Sahaja orang fitnahkan Najib. Orang dengkikan Najib. Itu saja. Saya rasa pandangan ini tidak benar. Orang Melayu faham 1MDB itu apa. Dan fitnah tidak ada pengluahan bukti2 dan petanda.  Pertama mereka faham- 1MDB ialah syarikat kuda tunggangan yang diujudkan untuk curi wang.Dari mula sudah ada niat menipu. Kenapa 1MDB mahu berJV dengan syarikat yang didaftar di British Virgin Islands? Tempat ini ialah dimana syarikat didaftar untuk lari dari cukai dan menyembunyikan perniagaan dari siasatan pihak rasmi. Kedua ianya syarikat yang diberi kapasiti meminjam wang yang banyak. Najib beri surat jaminan dan surat selesa. Kalau apa2 jadi, kerajaan akan bayar.  Orang Melayu faham oleh