Klagan Hotel
Program di SMKA Keningau selesai ptg Khamis, Cadangan awal akan bermalam di Keningau, tetapi oleh kerana masih ada waktu untuk balik ke KK. Selesai kerja dan Pengetua menjemput untuk minum petang . Selesai minum petang dalam jam 5.30 petang, bertolah balik ke KK dalam kegelapan malam perjalanan dengan kereta bergerak melintasi kawasan pergunungan dan sampai di hotel penginapan hampir jam 8 malam. Sampai ke KK terus ke Hotel Klangan secara Walk-in kerana tiada tempahan kerana pertukaran program.
Jam 9.00 pagi, 6 Nov 2015, Pemandu dari JPN Sabah telah menjemput untuk ke Pejabat BPP Cawangan Sabah untuk menyelesaikan tugas seterusnya. Bergegas ke hotel untuk Check-out dan bergerak ke Masjid KK untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat kerana waktu Flight ke KLIA jam 2.40 ptg. Walaupun masuk waktu Zohor jam 12.01 thari tetapi Azan hanya di kumandangkan hampir jam 12.25 thari. ini buat kelewatan untuk bergerak ke Airport. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.
Comments