Sedutan dari Blog: A Kadir Jasin

Satu Cerita Daripada Berjuta Derita


SEORANG ibu tunggal. Miskin. Ada dua orang anak. Yang bongsu sihat. Yang sulung dilahirkan sempurna, tapi jadi cacat akibat demam panas. Makan cecair melalui tiub - intravenous feeding.


Perlukan tiub bersekali butang penutup. Perlu diganti setahun sekali. Dulu kos mesin RM700. Sekarang RM742 kerana GST.

“Orang miskin macam saya pun kena bayar GST,” rintih si ibu tunggal itu.

Sebuah cerita derita daripada berjuta. GST cukai terangkum simpul mati. Tiada siapa terkecuali. Siapa berbelanja dia kena. Tak kira si miskin atau si kaya.

GST buat Fitch gembira. Naikkan rating hutang negara. Hasil kerajaan bertambah. Rakyat jelata susah. Perniagaan turut terima padah.

Persatuan Peruncit Malaysia (Malaysia Retailers Association (MRA)) kata, pertumbuhan jualan makin kecut. Pengguna makin takut.

Mereka turunkan unjuran kali ketiga untuk tahun semasa kepada empat peratus saja.

Pengguna enggan berbelanja. Kos rasa hidup yang tinggi jadi punca. Kelemahan ringgit bawa bencana. Itu kata mereka.

Ibu tunggal. Anak cacat. Beban GST. Banyak perniagaan terhenti. Itulah antara sejuta cerita derita menjelang hari raya.

Wallahuaklam.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN