Lihat lah Komen Mereka, ada juga Macai Karat Biru

Dari
Sekali lagi tergamam malam ini, selesai solat maghrib sementara menunggu solat isya' di masjid negeri Al Azim Melaka, mengucur air mata, menyeka dari tumpah lagi, alangkah sunyi dari kuliah dan ceramah, apakah patut masjid sebesar ini sunyi... dari kuliah? bertanya kpd petugas masjid, mmg begini lah lps maghrib kecuali sekali sekala sahaja kata mereka, membiarkan masa berlalu tanpa pengetahuan ilmu satu kezaliman kpd diri kita sendiri, penuhilah masa ini dgn perkara bermanfaat, bukan berbicara kosong..di Selangor Alhamdulillah tiada malam melainkan kuliah setiap malam.. mudahan Melaka akan tiba kembali nanti..See more
  • Salawati Shahir Astagfirullah... Ustaz menegur supaya diimarahkan masjid dan surau...bukan suruh bergaduh pasal politik... di Selangor sebelum PR naik pun dh banyak majlis ilmu dan program agama dijalankan atas kesedaran penduduk setempat... kemudian mereka mengundi PR dan aktiviti2 itu semakin diperluas dan dikerapkan...
    Pernah tonton tanyalah ustaz yg mmg diadakan dimasjid shah alam setiap hari secara langsung bermakna selepas solat Subuh mereka berkongsi ilmu. Halaqah pula kebanyakkannya diadakan dimasjid2 sekitar shah alam dan subang... tanpa kesedaran individu, tiada kesedaran masyarakat...tanpa kesedaran masyarakat, tiada kesedaran rakyat negeri...
    Ajk Masjid lah antara org bertanggungjawap...tanpa undangan bagaimana ustaz mahu memberi ceramah di masjid2 tersebut... tanpa hebahan, siapakah yg akan memenuhi masjid2 utk mendengar ceramah itu... tepuk kepala tanya akal...
  • Ahmad RAdzi sy dduk penang Alhamdulillah kuliah agama banyak..tiap bulan ade ustaz istimewa dtg...tp sy tetap minat selangor...masjid buat mcm2 program istimewa..lg2 10 malam akhir ramadhan,masjid shah alam jd pilihan..
  • Rohana Yusoff Maaf ya ustaz, memang itu hakikat sekarang....ibu kepada sahabat saya yang duduk di batu pahat pun suka ke KL.Apabila dtg ke rumah anak beliau dia pasti akan menghadiri majlis ilmu. Katanya di kampung kampung amat kurang,melainkan duduk depan tv tengok Tanyalah Ustaz. Ibu saudara saya di muar pula komplain nak panggil ustazh/ustazah mahal dan minta itu ini dan mereka tak mampu, kalau kelas ugama mereka sedekah 2/3 rm je. Sebenar ramai ustaz asal dari kampong pun telah berhijrah ke KL kerana di KL mereka senang berdahwah....namun apa salah dah dapat imbuhan lebih di KL salurlah semula ke kampung. Why not saya sarankan ustaz Ahmad Dasuki pelupori program ustaz balik kampong beri ceramah (mereka ingin sekali melihat in person ustaz ustaz yang keluar tv 9 program tanyalah ustaz). Buatlah dana khas untuk program ini (kita kutip dana banyak dan kemudian hantar ke negari orang lain. ini tak salah tapi jgn lupa kampung halaman sendiri) dan jadualkan ustaz ustaz masuk kampung. Apa kata ustaz Ahmad Dasuki cadangan saya..
  • Umi Yadh Rasanya ini bukan menghasut..ini bertujuan memberi kesedaran bahawa masjid yg begitu indah ini dibiarkan kosong begitu sahaja tanpa pengisian..berbaik sangka..
  • Md Nor Hasim D PPinang sejak Pakatan memerintah tidak ada sekatan apa2 pun untuk majlis ilmu dMasjid2 n surau2.Malahan hampir setiap masjid ada kuliah magrib n hujung minggu d adakan kuliah subuh pulak.Yg menjadi penghalang adalah diri umat Islam Melayu sdiri sahaja yg mahu atau x mahu mengejar ilmu Islam,.Alhamdullilah..
  • Mohd Faqhrun Setelah diselidiki pada malam berkenaan ustaz yang sepatutnya menyampaikan kuliah pada waktu tersebut tidak dapat hadir di saat-saat akhir. Masjid Al-Azim sememangnya terkenal dengan aktivitinya yang padat dan bermanfaat kepada semua golongan sama ada kanak-kanak,remaja,dewasa mahupun warga emas. Jangan kerana dek sehari tiada kuliah, kita terus melabel masjid tersebut begitu begini. Adalah tidak adil jika kita berbuat demikian. Jangan serkap jarang. Bertanya kepada mereka yang benar2 ahlinya. Sekian. harap maklum. - JEMAAH TETAP MASJID AL-AZIM
  • Nadhrah Zaki negeri bwh PR lbh byk mengimarahkan masjid alhamdulillah....
  • Oh Ameen masjid batu 10 cheras boleh kata tiap2 mlm ada kuliyyah mahgrib, subuh pun ada.. insya Allah makin hari orang akan makin ramai berjemaah di masjid bila hari hari kita buat kuliyyah.. qariah jadi lebih bersemangat, sapa kerap pi masjid yg selalu ada kuliyyah dia boleh nampak perbezaan jumlah jemaah yg ada..
  • IA Pakda Pendekkan cerita negeri bwh PKR lebih mengimarahkan masjid dari ngri bwh BN...itu moral cerita ni
  • Ibnizal Ibni Izmi Buat camna Ustaz....itu lah keadaan di Melaka ....lihat kepimpinan Melaka sebelum ni...Ali Rustam....kalau dia berilmu, dia dan Majlis Agama Islam Melaka tak akan biarkan Masjid Kg Hulu dan Masjid Keling di renovate serentak bermula bulan Jan lalu...kedua-dua masjid ini bergilir setiap kali solat fardu Jumaat setiap minggu utk kariah mereka....bila di approvekan utk renovation....adakah boleh di approved buat renovation secara serentak....menyebabkan Anak kariah terpaksa solat jumaat di Surau yg disediakan di luar kariah....apa masalahnya jika di renovate kan masjid keling dahulu kemudian bila siap, baru bermula renovation seterusnya masjid kg Hulu .... keadaan ini menyebabkan kariah tersebut tak solat Jumaat di dalam kariah ... Bercerita tentang majlis ilmu ....tak heran la kalau masjid negeri kekurangan majlis ilmu...kalau perkara di atas ini pun tak ambil pusing..Moga akan kembali Melaka makmur dgn Islam dan diainilah bermulanya penerimaan Islam yg pertama sekali di Tanah Melayu dan terletak masjid tertua di Tanah Melayu..Moga jua alan kembali menjadi pusat dakwah Islam yg lebih makmur bermula di Melaka ini....Insyaallah..
  • Ewang Norizwan Sy bangga mnjadi org selangor. Hidup sejahtera dibawah PR pimpinan yg telus...
  • Nalza Adis Bila negeri d perintah pembangkang... Hari2 para ustaz ceramah.... X kesah lah ilmu d selit ngn politik... Sebab benda benar..
  • Raja Norhanizah Mintak maaf mencelah... Rasulullah ikon politik...politik paling bersih even diiktiraf Sebagai manusia berpengaruh no 1 dlm dunia dlm 100 top leaders in the world. Penulis tu org putih. Sy x ingat saper... So menngambil tau Dan mengamalkan politik juga sunnah Rasulullah... Yg menjadi salah ialah cara org berpolitik.sy tidak berpihak pd sesiapa.. Cuma nak ingat kan sesama manusia baik Kita berfikir Dan berkata dengan berhemah... Jgn gadai agama Dan akidah dgn kata2 prejudis spt " smua politik kotor"... Sama mcm menolak poligami...tolak sunnah bermakna tolak Rasulullah... Hati hati Semua... Politik Dan Islam amat rapat... Cuma jgnlah Kita berpecah belah kerana kitadakmatangan Kita untuk respect other human rights dlm berpolitik. As salam
  • MD Dot Kesiannya Org Melaka Tempat ambe di Selangor tiap2 malam ada.. Nak tak nak je pergi .. Org Melaka mesti ramai yg nak dengar..tapi tak pula dibenarkan utk diisi kesian2...
  • Salawati Shahir Yusnizam mohd yusof...maaf saya dh terdelete komen saya sendiri, komen selepas komen anda reply ini... ada kes ajk dh buat tapi tiada sambutan or kariah cabut pas solat... jadi yg dahaga ilmu kena kemukakan or request lah dengan sokongan...
    Saya org Johor yg pernah duduk diSelangor...rindu suasana masjid dan suraunya... saya berasal dr Senggarang, Batu Pahat, Johor... Alhamdulillah imarah masjid Senggarang juga indah... sekarang saya duduk di Muar, Masjidnya sayu namun sedang diusahakan utk diimarah semula bermula dgn menarik anak2 kecil ke Masjid...doakan berjaya
  • Ku Ahmad Mukhlis kali kedua rasa ustz komen pasal masjid di melaka....
  • Salawati Shahir Daeng Hadrie, masjid mana tu? Kalau boleh ditegur,akan ditegur...kadang2 ceramah itu hanya ber'bau' politik sbb penceramah mungkin mahu menasihat pemimpin bagaimana perlu dipilih... pemimpin itu x semestinya menteri tapi bos, ketua kg, ketua blok dan lain2 termasuk ketua keluarga..
  • Daeng Hadrie Daeng Jamal Sya dok di selangor..mmg btol mesjid pnh bla kuliah@ceramah..tp masalahnya bkn kuliah agama@ilmiah,lbh kpd politik...byk mengarut..guna ayat quran utk kepentingan politik..kesian sya tgk..rmai yg ketawa berdekah2 bla sang 'ustaz' menghiburkn jemaah.. pasang kuat melalui pembesar suara..mukadimah shj yg menarik..tp isi kuliah lbh kpd politik.sudah..sudahlah.. sya rindukan masa lalu yg mana mesjid pd ptg hari anak2 muda beriadah dgn takraw mahupun badminton..mlm ada ustaz ngajar ngaji..lps suboh sama2 bersihkn kawasan mesjid..tp kini? Yg tggl hya kenangan..bapak bawa anak dgr kuliah politik..anak kecil di 'tarbiyah' dgn budaya benci & tak tau bersyukur... apa lg yg kita sbg umat melayu ada utk dipersembahkn 50 thn akan dtg?? Mesjid rumah suci kita..sampaikanlah dakwah..pimpinlah asnaf dan saudara baru kita dgn medium mesjid..kita tunjukkan kpd golongan lain kita hebat dlm arti kata sebenar..wallallhualam.
    • Ikram Nordin Kita bila dengar ceramah ambil yang jernih , buang yg keruh. Jangan berfikiran kolot. Hang ingat kat Selangor ni takde ustaz2 pro-K. beri ceramah ke?
    • Isa Ben Ikramah Lu baru `kena' sikit je ngan ust tu lu dah gelabah....itu sume peringatan supaya bila lu balik kang lu bole check betul ke apa yg lu buat selama ni....
  • Oh Ameen takdak ustaz2 luar nak bagi kuliyyah, tok imam pun boleh ajak jemaah bersama sama belajar baca alfatihah dengan betul makhraj, tajwid, makna, ajar cara solat yg betul, itu pun dah cukup baik, asalkan ada pengisian ilmu... biaq berulang ulang kali benda yg sama takpa dari masa terbuang begitu saja...
  • Adam Kamar Saya org melaka...mmg melaka sunyi dr ceramah agama....
  • Raja Norhanizah Pernah di salah satu University sy belajar dahulu majlis bacaan yaasin setiap khamis mlm jumaat dihentikan berbulan2... Larangan wanita berpurdah Dan bertudung labuh dikenakan serta paling menyayat hati kaset2 agama dirampas atas dasar kemungkinan Ada kaitan dengan parti politik... Tak percaya kan? Ini lah hakikat yang kami pernah rasai biler Ada manusia berkuasa tidak faham kaitan Islam Dan politik...sanggup tolak agama kerana politik...mereka tidak pernah keluar kan pekeliling pelajar wanita wajib tutup aurat tp haram kan tudung labuh...tak kisah pelajar x solat. Tp risau majlis bacaan yassin...tak risau tentang video lucah tp khuatir tntg cd agama.. Maaf sy bkn mengata mana2 pihak,,, Cuma nak sedarkan kembali kekeliruan manusia zaman sekarang... Nama uni di rahsiakan untk kepentingan peribadi... Tq
    • Masita Hassan oh i know this story, ramai yang tak percaya, now ni mmg ada pekeliling kata kakitangan tidak boleh memakai jubah untuk kerja, bila tanya kenapa, tiada jawapan, hanya kata dah ade dlm pekeliling, even jubah berseluar pun tidak boleh, tapi punjabi boleh dipakai oleh orang sikh, ramai yang pakai jubah melanggar pekeliling tersebut kerana tahu tiada alasan munasabah tidak membenarkan pemakaian jubah, bila orang kata politik tiada kaitan dengan islam tu la jadinya.. terus jadi mangsa diperbodohkan
  • Mohd Shahir Abu Hassan Ramainye macai yg terase ngn posting Ustaz yer.
  • Ku Sabri ada yg bimbang... bilamana kefahaman umat terhadap islam meningkat.. maka ada yg akan hilang pengaruh... maka mereka berjuang utk menjahilkan umat...
  • Pakatan Rakyat Seri Serdang Syaitan memang benci bila masjid penuh dgn majlis ilmu.maka geng2 setan pun terus membenci apabila ust2 berkuliah.zaman rasullah saw pun ada politik diajar dlm masjid.siasah tu politik mangkuk oii.....
  • Mohd Asyraf Benar ustaz. 3 minggu dah saya bertugas di melaka skrg rata2 masjid di sini tiada kuliah. Syukur tinggal di selangor.
  • Mohamad Syukri Yie sapo la BOS sanerrr....Parok nanangggg....Bos kelate selangor bergerak majuu menbawa masyarakat mengenali Allah swt dengan Mengarahkn majlis ILMU mesti di.hidupkan ...wuuu
  • Kuala Medang Man umno kan suka kalau melayu bodoh dan miskin,bila melayu bodoh dan tak faham pasal islam senang la diperbodohkan terima je apa yang keluar kat TV3 dan utusan meloya dan bila melayu miskin,melayu sentiasa mengharapkan sumbangan UMNO,dah 55 tahun kepala otak melayu dan ditanamkan hanya UMNO yang boleh membela melayu.
  • Adzman Ahmad Alhamdulillah di selangor banyak majlis ta'lim dan majlis ilmu berbanding ceramah2 yg kadangkala disalahertikan sbg 'ceramah politik'..Semoga Allah swt merahmati dan mempermudahkan jln penuntut2 ilmu..Amin Allahuma Aminnn...
  • Masita Hassan My friend and I were speechless when we were told that AJK masjid are not necessarily "orang masjid", i hope u know what I mean, when audited, money collected are spend on more on celebration of a specific day such as maulid Nabi or raya korban, kuliah is a very insignificant expenses compared to AJK allowances and AJK meeting expenses.
  • Haji Azman Haji Jaffar Kita nak duduk di Raudhah Madinah bukan selalu kita ke sana.
    Majlis Ilmu selepas solat Maghrib adalah adalah seperti duduk di Taman Syurga. Oleh itu perbanyakkan majlis ilmu. Semoga kita semua dirahmati dan diberkhati oleh Allah. Malaikat akan mendoakan kepada sesiapa yang duduk di dalam majlis majlis ilmu.
  • Mansor Abd Rahman Melaka yg maju dan pesat dgn pembangunan..tapi..inilah hakikatnya jika dasar nya bukan islam dan alquran dan hadis bukan pegangan..
  • Sate Bin Udden Klu tk suka ngan ustaz pas skali pun,skurang2nya dtg la brjemaah kt masjid.Lps salam cepat2 lari kluar..blik rmah g ceramah ngan anak bini sendiri kt rumah.
  • Nor Bahruddin Ismail Kononnya klu DAP memerintah azan xblh berkumandang..

    La ni BN memerintah, banyak tiang dari orang..
    Sape boleh jawab?
  • Mohd Fitri Al-Haj Contohilah masjid-masjid dan surau-surau di pantai timur dan belah utara.. Tak kira fahaman politik apa sekalipun,, agama Allah Tetap Dimartabatkan,, Bangga Sangat dengan MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG,, tapi Masjid Negeri tak maju dengan masyarakat yang sedia ada... Moga Dato Wira Ir Idris Haron akan melakukan perubahan di Negeri Melaka..
  • Anuar Abdul Hamid Tempat saya diAmpang..alhamdulillah..kerap diadakan tazkirah dan ceramah..tp sayang..dlm berceramah boleh pulak tukar tajuk..keluar segala isu politik semasa...masa saya kecil dulu ustaz pesan kalu nak belajar agama elok pergi masjid atau surau...tp rupanya zaman skrg kalau nak belajar politik pun boleh dtg masjid atau surau...bila ditanya kenapa???..ini kali lah..
  • Rohayati Hashim Ya Allah permudahkan urusan ku utk memakmurkan setiap masjid di Melaka ini dgn jdkan anak2ku Al Hafiz...jgn ko biarkan rumahmu terbiar kosong...memang kami dahagakn ilmu agama ..dan utuskanlah ustaz2 bertauliah keturunan rasullulah ke sini...sesungguhnya kau Maha mendgr..ameen....
  • Ija Johan alhamdulillah Selangor, semoga bertambahsemarak majlis ilmu, kita doakan Melaka & juga negeri lain, biar seluruh Malaysia imarah masjid
  • Ummi Sarah Aminn .. insyaallah ustaz. Kite doakan bersama. To those yg tak setuju jgn la beri komen yg bukan2. Niat ustaz sama mcm niat org2 lain yg BUKAN USTAZ yg cintakan agama dan dgn harapan agar apa yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini terus hidup didada tiap umatnya. Kalau rasa ilmu agama tu kurang atau pun rasa dah tinggi sangat ilmu agamanya diam saja lah. Tak perlu mengeluarkan perkataan yg tak elok. INGAT lah di hari kta dihisab nnt, apa yg kita buat akan ditunjukkan semula pada kite. TAK TAKUT KAHHH??
  • Mastura Hamzah Kerap gak singgaah utk solat dimasjid ini...pernah teman saya bermusafir utk bermalam disitu..tapi dihalang oleh petugas disitu..masjid kn rumah Allah...
  • Mahadi Abu Bakar Orang Melaka.kat Selangor balik ceritamasjid kat Selangor macamana dan bawa orang Melaka ke masjid di Selangor dalam 2-3 hari terutama hujung minggu.. Lepas tu tepuk dada tanya iman. Bandingkan..
  • Mohd Rashidi Begitulah Ustaz suasana di Melaka... Rakyat dah dihidang dgn pelbagai hiburan duniawi oleh pemerintah.
  • Mohammad Fauzi Berat doh orang kita....masjid pon dipolitikan......
  • Wan Nisa Kt bangi juga bnyk kuliah pas maqrib.kalau dpt umah tepi masjid.alhamdulillah.ilmu tuccahaya.jahil kegelapan.nak berjaya didunia prlu dg ilmu.nk berjaya diakhirat perlu dg ilmu
  • Abdul Hadi Abu Bakar Boleh bgtau tempat kamu di mana??negeri mana?? Surau nama apa?...hg suruh la sendiri pemimpin hg buat kuliah agama tempat hg..kat selangor ngan pulau pinang.masjid bebas utk berdikusi secara ilmiah..Yg UMNO perguna masjid utk kempen politik tu takpa pulak..aku tak setuju imam sampai dua..tp klu org musafir boleh imam asing..di sini org cerita pasai masjid kat melaka...apa kena mengenanya masjid di negri PR..klu kat melaka tu dah umno pegang suruh la ajk masjid lantik ustaz2 yg ceramah selain bab politik..apa masalahnya..negeri tu umno berkuasa..tp yg status ustaz diatas ni ckp masjid besar..bawah umno..tp kuliah pun takdak..nk ckp suruh buat kuliah apa lg..ada faham aci..
  • Remy Hanafy Org Melaka mmg dahagakn ilmu...ramai ustaz2 yg bagus2 telah di 'gam' dari menyampaikan kuliah...yg Ada hanyalah ustaz2 yg sama...Dan gaya penyampaian yang tiada aura langsung...malang sungguh org Melaka...
  • Cik C'lla Kat sabah pun sama jg.tapi sy rindu kat masjid shah alam..
  • Fauziah Mat Isa Alhamdulillah....mmg Selangor vogue dgn majlis ilmu.
  • Norsuhaila Sujud Alhamdullilah...dapat merasa nikmat kuliah setiap selepas mahgrib wpun surau kami kecil .tak perlu ustaz selebriti utk kuliah ilmu.ingatlah...hati menjadi keras jika tidak disuburkan dgn ilmu agama.@puncak alam,selangor
  • Mohammad Firdaus Ibnu Mahadi Negeri umno..membangun bersama kejahilan
  • Nazran Fahmi Nawang mungkin mereka belum rasa,.. manisnya ilmu agama...
  • 52 of 218

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN